Ahad, 7 Ogos 2011

BUKTI PAS TUNDUK KEPADA DAP SELANGOR

Nampaknya Pas sekali lagi terpaksa bermuasyarat untuk memutuskan apakah FATWA yang harus diumumkan kepada pengikut Pas seluruh negara dalam isu serbuan JAIS.

Pas sekali lagi campur tangan dalam urusan pentadbiran JAIS. Hairan kenapa dalam isu Ahmadiyyah dan Qardiani Pas mendiamkan diri tetapi bersabit isu serbuan di DUMC Pas terpaksa mencari fatwa baru. Apakah wujud tekanan daripada pihap DAP?

Tindakan Pas menunjukan mereka dalam keadaan terdesak untuk mencari pengaruh dan sokongan. Menentang JAIS bererti tunduk kepada DAP. menyokong JAIS bererti menentang DAP dan tunggulah azabnya dari DAP dan Pluralisme Pkr,

Ahad Ogos 7, 2011
PAS Pusat Bincang Isu JAIS Serbu Gereja


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) akan membincangkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu, pada mesyuaratnya Ahad.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali berkata pada mesyuarat CWC itu, PAS Selangor akan membentangkan laporan berhubung isu itu serta mendapatkan penjelasan dari exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang juga anggota CWC.

"Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga mendapat penjelasan daripada PAS Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat PAS di sini pada pukul 10 pagi.

Dr Hasan, exco hal ehwal Islam negeri, bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS menyerbu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) selepas mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam pada majlis itu.

 Tunggu ! Nak tonton drama Pas Pis Pus dalam episod seterusnya.............

http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/08/12-melayu-islam-berbuka-d-gereja.html