Selasa, 2 Ogos 2011

GWM mengenai H2O : Artikel menarik untuk dibaca

YB Dato' Seri Hishamuddin ... Dengarkan Suara Hati Blogger Pro Kerajaan !


GWM tidak sesekali mempertikaikan bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN), namun sejak akhir-akhir ini timbul berbagai reaksi dan perspektif agak negatif.

Rakyat semakin skeptikal dengan langkah dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang yang diambil oleh KDN.


Dan panggilan yang amat menyakitkan halwa telinga seperti 'Kementerian Amaran Demi Amaran', 'Menteri Amaran' tidak seharusnya berlaku bagi sebuah badan yang menjaga kepentingan dan keselamatan negara ini.

Sudah habis ikhtiar dan sedaya upaya tidak mahu menegur langsung KDN namun apakan daya, GWM juga manusia seperti rakyat yang lain mahu KDN kembali disegani dan dihormati.

Buat yang dihormati YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, teguran bukan bererti membenci jauh sekali memusuhi. Berbeza pandangan dan pendapat adalah kawan yang baik.


Anggaplah teguran nakal dari blogger pro kerajaan sebagai usaha mahu mendekati dan memahami tugas dan tanggungjawab Dato' Seri serta kementerian yang dinaungi.

Bukanlah kerja blogger pro kerajaan mahu menjatuhkan kredibiliti malah mengampu KDN hidup-hidup! Blogger pro kerajaan tidak buat kerja mengampu seperti blogger UMB! Kipas mengipas bukan amalan blogger 'Polong Tidak Bertuan' pro kerajaan.

Consistency dan Law Enforcement adalah keyword yang mahu diketengahkan melalui artikel ini. KDN seolah-olah dilihat tidak konsisten dalam menguatkuasakan undang-undang.

GWM yakin dan percaya KDN mempunyai sebab yang munasabah mengapa beberapa orang anggota Parti Sosialis Malaysia(PSM) termasuklah Dr S.Jeyakumar,Ahli Parlimen Sungai Siput dibebaskan ... YB lebih arif dalam hal ini.

Namun sekilas pandangan, juak-juak pelampau ini seolah olah sudah kebal dan mempunyai imuniti dari sebarang tindakan oleh KDN dan itulah yang paling digusarkan.

Penangkapan juak-juak ini cukup berkait rapat dengan pertuduhan di bawah Ordinan Darurat kerana kesalahan mereka untuk memerangi Yang DiPertuan Agung sejajar dengan kehendak Seksyen 122, Kanun Keseksaan.


Apabila terbukti kesemua mereka ini berniat melancarkan tentangan itu dengan menghidupkan kembali fahaman komunis melalui beberapa nama yang mereka julang sebagai tokoh sedangkan Parti Komunis Malaysia serta fahamannya telah diharamkan oleh kerajaan dan undang-undang pengawalannya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

GWM meminta jasa baik YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk memberi penjelasan sebaik mungkin. Penjelasan dari KDN cukup ditunggu-tunggu mengapa mereka ini dibebaskan dan atas dasar apa kesemuanya dibebaskan.

Perlu sebenarnya YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein dan pihak kementerian mengeluarkan kenyataan sebelum banyak lagi suara-suara yang mempersoalkan 'kelembapan cuaca' di KDN.


Anggaplah artikel ini sebagai tanda salam perkenalan diantara blogger 'Polong Tidak Bertuan' pro kerajaan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Jangan Marah YB ... sekadar mahu penjelasan. 



Tambah sikit:


Dahulu semasa H2O menjadi Menteri Pelajaran , Beliau telah menghurukan ibu bapa dan kementerian beliau  sendiri dlam isu menghapuskan yuran sekolah.


Yuran yang wajib ialah RM 4.50 sahaja. Bila menteri mengumumkan yuran dihapuskan, semua ibu bapa seronoklah. Bila anak mulakan hari persekolahan pertama, semua pakat-pakat tak bawa duit yuran. 


Haru biru lah jadinya. bila pihak sekolah sudah siap senarai yuran untuk kutipan yuran tambahan seperti yuran PIBG, buku tulis, lencana, tali leher, buku peraturan sekolah dan sebagainya yang mencecah puluhan ringgit. 


Mai Pak Lah tokok pula , tak mau bayar yuran tak apa......