Rabu, 19 Oktober 2011

Pas enggan mempertahankan Islam.

PAS BOLEH DIANGGAP SEBAGAI SEEKOR KAMBING JANTAN YANG SEGAK BERGAYA , HITAM BERKILAT TETAPI BAU BADAN YANG SANGAT BUSUK. BERJANGGUT  CANTIK  MENGALAHKAN TOK IMAM TETAPI TANDUK SEPERTI SETAN. EKOR MENONGGEK LENTIK TETAPI NAMPAK TELOQ .....

PAS SANGGUP TURUN PADANG UNTUK MENJILAT BONTOT ANWAR DAN AMBIGA, SANGGUP MENGANGKAT DAN MENYATAKAN LILIN 'VIGIL' AMALAN ORTODOK KRITIAN, 

PAS SANGGUP BERKABUNG ATAS KEMATIAN TEOH BENG HOCK. 

NIZAR JAMALUDDIN SANGGUP MOGOK LAPAR DEMI MEMPERTAHANKAN HAKNYA DAN TBH. 

TETAPI PAS TIDAK SANGGUP MEMPERTAHANKAN SYIAR ISLAM APABILA AGAMA ISLAM DIGANGGU - GUGAT OLEH MUSUH YANG CUBA MENGGANGGU KEHARMONIAN ISLAM 
 .   HMP

Perhimpunan Sejuta Umat: PAS Takut DAP? shareshare
Utama|October 18, 2011 12:35 pm

KETIKA semua penyokong Pakatan Rakyat yang beragama Islam merasa bersemangat ingin turut serta dalam Perhimpunan Sejuta Umat, tiba-tiba pemimpin PAS sekali lagi mematahkan semangat kita untuk mempertahankan agama Islam dengan berdolak dalih untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut dengan menyatakan takut terjadinya ketegangan agama.

Ini bukan kali pertama PAS menghampakan penyokong-penyokongnya dalam soal agama. Antaranya, PAS telah menukar hala tuju perjuangan dengan bekerjasama dengan bukan Islam sedangkan sebelum ini PAS mengutuk keras kerjasama antara kaum dalam Barisan Nasional.

Lanjutan dari penukaran hala tuju itu, PAS bergabung dengan DAP dan PKR yang mana membuatkan penyokong-penyokong tegar mereka yang menyokong perjuangan politik agama yang ekstrem, terpinga-pinga seketika.

Bertitik tolak dari gabungan itu, PAS telah menggadaikan terus prinsip untuk mendirikan negara Islam serta menggantikannya dengan perjuangan ke arah Negara Kebajikan yang mirip kepada Barisan Nasional tetapi lebih terbuka dari BN sendiri iaitu, jauh lebih ‘mesra’ dengan pusat-pusat hiburan serta idea kesamarataan total yang diperjuangkan DAP.

Penyokong-penyokong tegar yang terpinga-pinga itu pun menjadi bingung dengan hala tuju dan prinsip baru PAS ini lalu memilih untuk ‘menutup’ terus otak mereka dari berfikir dan mengikut dan menurut sahaja ke mana arah dibawa oleh pemimpin-pemimpin mereka tanpa banyak soal.

Namun, bukan semua penyokong-penyokong PAS yang menjadi bingung begitu. Masih ramai yang mampu berfikir dan terus mempersoalkan tindakan-tindakan dan kenyataan-kenyataan pemimpin PAS.

Isu murtad adalah satu lagi tamparan kepada penyokong-penyokong ini di mana mereka mula hilang sabar apabila melihat pemimpin tertinggi PAS bersilat berpusing-pusing menepis EXCO mereka sendiri iaitu Dato’ Dr. Hassan Ali. Keengganan pemimpin tertinggi PAS untuk berdiri teguh di belakang Hassan Ali tetapi sebaliknya memilih untuk ‘berkecuali’ menjadi titik bermulanya protes dalaman yang lebih besar di dalam diri penyokong-penyokong ini.

Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan apabila melihat betapa kerdilnya PAS di sisi DAP. Di kala DAP sanggup meletakkan jawatan beramai-ramai jika PAS melaksanakan hudud, PAS tidak pula sanggup berbuat yang sama untuk menentang DAP. Di kala DAP sanggup berdiri teguh di belakang gereja, PAS tidak sanggup berdiri teguh di belakang JAIS. Bagi DAP, prinsip lebih penting dari politik, tetapi bagi PAS nyata bahawa politik lebih penting dari prinsip mahupun agama.

Dan kini, apabila umat Islam ingin berhimpun bagi menunjuk tentangan atas usaha puak tidak bertanggungjawab untuk memurtadkan umat Islam, PAS serba salah pula untuk turut serta. Walaupun PAS memberi alasan konon takut timbulnya ketegangan antara agama namun ramai penyokong-penyokong PAS tidak lagi terpedaya.

Bukan penyokong-penyokong PAS tidak tahu bahawa selama ini PAS tidak pernah pun takut akan timbulnya ketegangan dalam negara. Ini terbukti ketika PAS dan DAP berkempen di Sarawak di mana sentimen agama dan kaum dimainkan tanpa berlapik-lapik lagi. Malah PAS jugalah yang menyebarkan ketegangan sehingga terjadinya peristiwa Memali dan Sauk yang berakar umbi dari Amanat Hadi yang mengkafirkan UMNO, polis, kerajaan dan sesiapa saja yang tidak menyokong PAS.

Ini tidak termasuk ketegangan dalam rumahtangga, keluarga dan masyarakat setempat di mana sembelihan UMNO tidak dimakan, sembahyang dua imam, cerai-berai suami isteri dan lain-lain lagi, semata-mata kerana percaya bahawa menyokong UMNO itu kafir.

PAS jugalah yang membekalkan peserta-peserta demonstrasi yang paling ramai setiap kali Pakatan Rakyat ingin menimbulkan ketegangan dalam negara. Reformasi dan Bersih adalah antara usaha yang mampu membawa kepada ketegangan di mana PAS terlibat secara besar-besaran.

Tetapi, kenapa hanya apabila ingin berhimpun atas nama Umat dan atas nama Islam maka PAS menjadi kecut perut seperti syaitan terdengar azan?

Penyokong-penyokong PAS sudah puas menantikan ketika di mana pemimpin PAS mampu bangun mempertahankan Islam, akidah umat Islam dan negara Islam. Kini ada di antara mereka yang berkata bahawa ternyata PAS jauh lebih teruk dari BN yang tidak habis-habis mengampu golongan minoriti.

Penyokong-penyokong PAS sangkakan PAS akan menjadi pejuang untuk memastikan Islam dan Umat Islam terjaga dan selamat selamanya di bumi Malaysia, namun ternyata ini tidak akan berlaku.

Maka hari ini, jika akhirnya PAS memilih untuk tidak menyertai perhimpunan sejuta umat ini, penyokong-penyokong PAS terpaksa akui bahawa benarlah bahawa PAS hanyalah anjing kurap kepada DAP.

Oleh: Iskandar Zulfi