Rabu, 2 November 2011

Nik Abduh menghina Wanita termasuk ibunya

Nik Abduh
 Dr Maza bekas mufti Perlis menulis; 
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai “keterlaluan” menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar “jangan tiru Taliban” dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bukan depan. “Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban,” kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi. Petang semalam, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan depan. Sambil menganggap pandangan Asri (gambar) sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS. “Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.
“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau. Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat. Dalam penjelasannya, Asri berkata, tujuan beliau agar PAS dilihat lebih terbuka dan mampu menguruskan Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum. Katanya, PAS hanya perlu menggesa Jabatan Agama Pahang menghalang Muslim daripada menghadiri konsert itu. “Jika bukan Muslim yang mahu Elton John seperti mana mereka memilih untuk minum arak dan judi, selagi tempatnya tertutup untuk mereka sahaja, itu adalah hak mereka,” kata beliau yang kini merupakan felow di Pusat Pengajian Islam Oxford. Terdahulu dalam respons menerusi akaun Twitter pula, Asri berkata, beliau tidak kata pendirian Pemuda PAS itu salah dari segi nas, namun ia bukan pendekatan yang terbaik untuk PAS, komponen Pakatan Rakyat, dalam politik.
Kenyataan Nik Abduh dalam blognya. 
Mengkritik adalah kebebasan dan hak orang berilmu. Membebel pula adalah senjata orang perempuan. Dari kecil ibu saya mendidik saya dengan membebel. Ayah hanya mendehem. Bebel dan dehem membina saya dan kita semua. Jika Asri mahu mengkritik, itu haknya yang disukai ahli ilmu. Tetapi Asri kadang-kadang membebel. Geli geman juga saya mahu serius menasihatinya agar elakkan membebel. Jangan diambil senjata perempuan. Tak manis orang lelaki digelar pembebel.

TM_Note;


Nik Abduh juga melabelkan Dr Asri sebagai Wahabiayah dan yang paling utama dalam penulisan Nik Abduh ialah penghinaan terhadap kaum wanita, bukan saja wanita diluar malah Nik Abdduh menghina ibunya sendiri yang dianggap kuat berleber atau membebel. 


Wahai kaum wanita yang ada di Malaysia, apa komen anda?