Khamis, 17 November 2011

Pakatan Nak Menang Mudah dalam PRU 13

Raja Pembohong, Raja Putar Alam telah memulakan episod pembohongannya terlebih awal. Baca

 

Ekslusif - Video Konspirasi PAS, DAP & PKR Dalam Penggunaan Dakwat Kekal  [ dari blog papagomo]



"Set Mencuci Dakwat Kekal"

Dakwat Kekal namun ianya tidak kekal dan tidak sesuai untuk digunakan oleh Malaysia dalam menghadapi proses Pilihanraya. Penggunaan Biometrik disarankan untuk ketelusan pengundian.

Dibawah ini Video yang Gomo rakamkan lewat pagi tadi mengenai Demo cara cara Dakwat Kekal digunakan jika berlangsung pilihanraya dan juga Cara cara menghilangkan dakwat kekal tidak sampai 5 Minit. Pohon saksikan sehingga tamat apa yang berlaku.





Jelas terbukti buat kita seluruh rakyat Malaysia bahawa Dakwat yang dikatakan kekal ini adalah tidak Kekal sama sekali sepertimana yang dinyatakan oleh pemimpin Pembangkang. Malah tuntutan pihak BERSIH yang mendesak SPR menggunakan Dakwat Kekal pada PRU 13 juga jelas terbukti agenda Jahat yang dirancang bersama PKR, PAS dan DAP demi memenuhi hasrat mereka menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak sihat.


Indelible Ink
Dikeluarkan oleh syarikat GLC Mysore Paints & Vanish Ltd
dari negara India.
- Sebotol Indelible Ink mampu menampung seramai 700 orang pengundi
-Kekal 2 ke 3 di jari hari tampa menggunakan apa apa pencuci.

Cleaning 1 - Mengandungi Sodium Hydroxide Solution
yang boleh diperolehi di farmasi, Hardware


Cleaning 2 - Mengandungi Alcohol with Turtentine
yang boleh didapati di Farmasi dan kedai Hardware


Panic Stone - Sering digunakan untuk membersihkan Kuitik



Kapas - Boleh diperolehi di Farmasi

Diatas ini merupakan bahan bahan yang mana terdiri dari Dakwat Kekal (Tak kekal pun) dan alat serta bahan peluntur yang digunakan bagi menghilangkan Dakwat yang dituntut oleh PAS,PKR dan DAP pada PRU 13 nanti.

APA MOTIF PAS, PKR & DAP YANG SEBENARNYA DALAM ISU DAKWAT KEKAL?

Untuk makluman semua, pihak pakatan pembangkang beriya iya mendesak SPR untuk menggunakan dakwat Kekal adalah bertujuan untuk mencetuskan huru hara dihari pengundian dijalankan pada PRU 13 kelak.

Caranya mereka akan memanipulasi keadaan yang mana mereka Jentera yang telah dilatih dalam menghilangkan dakwat Kekal akan menjalankan tugas menghilangkan dakwat yang ditanda dijari pada pengundi yang telah selesai bagi membolehkan pengundian dijalankan sebanyak 2 mahupun 3 kali dalam satu satu masa.

Bila berlaku hal sedemikian maka akan ada pula kumpulan yang yang memboikot sewaktu proses pengundian berjalan yang mana kita sendiri boleh bayangkan situasi yang tegang akan berlaku disetiap pusat pembuangan undi.


Dalam hal ini yang akan memperolehi keuntungan besar adalah Pakatan PAS, DAP dan PKR yang mana mereka akan menyatakan kepada rakyat bahawa proses pengundian telah tercemar dan tidak telus kerana ada yang telah membuang undi lebih dari sekali.

Malah Gomo juga berani nyatakan bahawa Pakatan Pembangkang akan menyediakan satu Team Khas yang akan melakukan rusuhan di setiap lokasi bagi memberikan tekanan kepada pihak SPR untuk membatalkan pilihanraya walaupun selepas keputusan pengundian diperolehi.

Setelah kekcohan ini berlaku pihak Pakatan Pembangkang akan memastikan agar pilihanraya diadakan semula dan tidak mustahil pada waktu ini rakyat akan terhasut dengan Agenda Pakatan Pembangkang yang menyatakan Barisan Nasional iaitu kerajaan menggunakan taktik kotor dalam proses pengundian.

Dan percayalah bahawa jika diadakan Pilihanraya semula walaupun tampa Dakwat Kekal Pakatan Pembangkang yang mana setelah tamat proses pengundian bukan lagi sebagai Pembangkang sebaliknya Kerajaan Malaysia. Ini lah motif utama mereka Pakatan PAS, DAP dan PKR kerana mereka tahu Rakyat mudah dihasut dalam proses pilihanraya dan itulah juga peluang buat mereka bagi menawan Putrajaya.

Mungkin ada yang beranggapan apa yang Gomo nyatakan ini hanya sekadar Fantasi dan bukan realiti namun Gomo nak berikan anda semua kenyataan dari Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi :

"ejen-ejen mengundi juga sudah tentu akan membantah mereka yang sudah dicalit dakwat kekal di atas jari kuku masing-masing daripada cubaan mengundi kali kedua. Apa yang berlaku ialah mereka telah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika ketegangan di antara pengundi dan ejen-ejen mengundi berlaku di saluran mengundi di seluruh negara, pihak polis sudah memaklumkan kepada SPR bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal ketegangan yang mungkin berlaku sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam pada hari mengundi. ."

Kenyataan diatas sudah jelas menyatakan bahawa jika berlaku kekecohan mengenai Dakwat Kekal ini,ketegangan tidak akan dapat dikawal seluruh negara dan ianya akan mengundang bencana buat rakyat Malaysia keseluruhanya.


Dengan bukti VIDEO yang Gomo tampilkan diatas maka seharusnya pihak Pakatan Pembangkang Menafikan dan menidakkan apa yang terkandung dalam video tersebut. Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Wan Azizah dan juga seluruh pemimpin Pakatan Pembangkang mesti memberikan BUKTI bahawa Dakwat Kekal yang mereka perjuangkan tidak akan HILANG dalam masa 5 minit.


Indelible Ink - utk buktikkan orang tu sudah pun mengundi. Tapi tak mengesahkan pengenalan orang tu.

Biometrik - mengesahkan identiti individu utk mengundi dan seterusnya direkodkan individu tersebut telah mengundi.

Yang mana Pilihan Anda?