Nak tanya Saifudin, APA MASALAHNYA?
Malam ini Sya Reformis Seri Kandi PKR membawa isu yang sama di Kampung Sungai Ranting, Kamunting, Perak juga membangkitkan isu yang sama
So what? Apa masalah?
Pengerusi dan Timbalannya jadi ahli Umno tidak menyalahi undang-undang. Bukan dia pegang jawatan dalam parti. bukan Ketua Cawangan, bukan Ketua Bahagian dan bukan Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Inilah perangai puak-puak pembangkang, dahulu komplen kakitangan kerajaan kumpulan A tak boleh jadi ahli mana-mana politik dan tak boleh pegang jawatan.
Saifuddin patut malu kepada diri sendiri, kerana mereka yang menyokong Pakatan Pembangkang adalah mereka yang benak dan buta hati perut. TM berbangga kerana Pengerusi dan Timbalan Pengerusi menjadi ahli Umno dan tidak memilih Pkr ata Dap seperti Tunku Abdul Aziz.
Hari ini kerajaan membenarkan kakitangan kumpulan A menjadi ahli mana-mana pertubuhan politik hatta Pas dan Pkr . So nak bising buat apa ?
Ramai kaki tangan kerajaan menjadi ahli Pas, termasuk pengarah-pengarah jabatan dan ada juga hakim yang pro Pas. Majlis Peguam majority penyokong pembangkang. Kenapa tak pertikai tentang Majlis Peguam yang sepatutnya bebas daripada pengaruh politik? Doktor, Peguam ramai jadi ahli Pas dan Pkr, Umno tak bising pun......Pergi jahanam lah Saifuddin ..[pinjam kata-kata Nik Aziz]
Bagaimanapun ceramah politik oleh Sri Kandi malam ini tidak mendapat sambutan dan tidak tetamu atau penceramah lain.. Sya Reformis terpaksa memendekkan ceramah beliau kerana nak bergegas balik ke Kuala Lumpur untuk masuk ke Dataran Merdeka malam ini sebelum jalan-jalan utama di tutup jam 12.00 malam ini.
Ahli Umno: 'Sudah terlalu lama, saya tidak ingat'
Submitted by malaysia50 on 27 April 2012 - 10:21am
KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.
“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.
“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,” katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam. Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.
“Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat sepanjang berkhidmat di sini,” tegas beliau mengulas laporan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam.Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.Saifuddin menambah, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.
OLEH YANG DEMIKIAN SAIFUDDIN JANGAN CARI PUBLISITI MURAH SEBAB HANG PUN DULU AHLI UMNO.