Isnin, 2 April 2012

Blog Waadat: Isu PTPTN yang hina di mata Anwar

Isu PTPTN tolong sebarkan



Semalam dua orang adik Demang datang ke Melaka. Kedua-duanya sudah tamat pengajian di sebuah kolej lebih kurang setahun yang lalu dan sudah bekerja.

Walaupun keputusan SPM mereka sederhana namun mereka berjaya menyambung pelajaran dengan dana PTPTN!

Yang seorang sudah berkereta (Pesona) manakala yang seorang lagi sedang menunggu gaji pertama hampir RM2K sebulan.

Mereka singgah di Melaka kerana diminta datang ke kolej bagi mengambil 'rebate' bayaran PTPTN sebagai hadiah memperolehi keputusan cemerlang.

Itu cerita 2012 yang berlaku sekarang.

Kira-kira 20 tahun lalu Demang selesai SPM dengan keputusan sederhana tapi rasanya lebih baik daripada kedua-dua adik Demang itu.

Demang memohon untuk menyambung pelajaran namun tidak berjaya. Masa tu belum ada PTPTN. Jika ingin menyambung pelajaran perlu dapatkan biasiswa.

Mendapat biasiswa ibarat menemui harta karun. Ia bukan sahaja tidak dicukai bahkan langsung tidak perlu dibayar kembali.

Namun sebagaimana kata Demang tadi, menerima biasiswa ibarat bertemu harta karun. Hanya beberapa kerat sahaja yang berpeluang. Dalam sekolah Demang, calon SPM KIRA-KIRA 200 ORANG. Sekolah kami sekolah teramai di Pahang.

Berapa ramai yang dapat biasiswa? Tak lebih 10 orang!

Bagaimana dengan 190 orang lagi? Mereka menyambung 'pelajaran' di kilang, ladang sawit, kebun getah, dan sebagainya walaupun SPM Pangkat 1, 2, atau 3.

Demang memasuki tingkatan 6 dan mengambil STPM. Keputusan STPM sederhana dan sekali lagi tidak layak menerima biasiswa untuk memasuki universiti atau kolej.

TIDAK ADA SEORANG pun daripada 60 orang calon sekolah kami masuk universiti tahun itu walaupun ramai yang sebenarnya layak.

Semuanya kerana biasiswa amat terhad!

Demang dan 2 orang lagi rakan bernasib baik kerana diterima memasuki maktab perguruan dan keluar sebagai guru.

Selepas menjadi guru Demang cuba memohon biasiswa bagi menyambung pelajaran namun tidak berjaya. Hanya selepas 10 tahun barulah Demang memasuki universiti iaitu apabila PTPTN diperkenalkan.

Demang dapat pinjaman RM26K. Begitu juga isteri Demang yang sama-sama sepengajian.

Tamat pengajian Demang kembali bekerja dengan gred DG41 dan mula membayar kembali pinjaman sebanyak RM80 sebulan.

RM80 sebulan dipotong daripada gaji Demang. Banyak ke? Kerajaan bayar Demang lebih RM3K sebulan dan dipotong semula RM80!

Bagi Demang PTPTN adalah sistem terbaik yang kita pernah ada. Jika anda atau Anwar Ibrahim ada cadangan lain sila kemukakan.

Takkan lah nak berkongsi idea pun mesti kena jadi PM dulu?

Oh ya. Dua orang adik kembar Demang pula sudah selesai pengajian di universiti KL dalam bidang kemahiran. Dana? Yuran percuma dan dapat elaun setiap bulan. Sebelum itu mereka di kolej kemahiran dengan perbelanjaan 100% daripada kerajaan serta mendapat elaun bulanan.

Semuanya tak perlu dibayar.

Justeru sebelum buat tuduhan dan cadangan yang bukan-bukan sila dapatkan info apa yang kerajaan dah sediakan untuk pendidikan anak-anak kita. Jangan dek ghairah sokong pembangkang maka kita terlepas pandang peluang lain yang disediakan.

Lain lah jika anda kaya seperti orang cina yang mampu hantar anak ke kolej terbaik tanpa biasiswa. Mereka juga ada yayasan dan persatuan sesama mereka. Cuba lah anda mohon dana mereka jika dapat!

Itulah baiknya jika bangsa kaya raya.

Tahun ini putera Demang ke sekolah menengah. Dalam UPSR dia dapat 5A dan UPKK 8A disamping menjawat jawatan Ketua Murid tetapi gagal ke MRSM.

Tak apalah, kalau dia dapat maka adalah pelajar lain pula yang gagal mendapat tempat.

Kita tidak boleh dapat semua perkara serentak. Dalam ekonomi disebut sebagai kos melepas.

Kini dia di sekolah swasta dalam bidang tahfiz Ulul Albab, iaitu konsep yang diperkenalkan Tun Abdullah dan dikembangkan Idris Jusuh semasa beliau menjadi MB Terengganu.

Di Melaka, Zahid Hamidi menaungi sekolah tersebut dengan dana wakaf. Itulah kebaikannya apabila orang Islam berharta dan tidak lupa pada kebajikan.

Walaupun sekolah swasta namun bayaran cuma RM100 sebulan. Lihat www.imtiazmelaka.com.my.

Demang adalah blogger berwajah. Sila hubungi 0194402211 dan kita boleh berbual serta sahkan cerita ini. Atau boleh juga ke www.morhabshi.com kalau tak percaya.

Demang harap pengalaman Demang ini disebarkan untuk makluman seberapa ramai rakyat Malaysia. Demang nak orang lain tidak terlepas peluang yang ada.

Jangan menghentam tanpa memahami duduk perkara. Orang yang menghentam PTPTN kerana mereka ada agenda tersendiri. Kita tak usah lah terperangkap sehingga melepaskan apa yang kita ada.

Ramai yang menghentam PTPTN adalah penerima biasiswa yang kerana mereka lah Demang dan kawan-kawan tidak merasa ke universiti atau kolej selepas SPM.

Kini mereka sekali lagi mahu merampas peluang anak-anak kita.

Setujukah anda dengan mereka?

Read more: http://waadat.blogspot.com/2012/04/isu-ptptn-tolong-sebarkan.html#ixzz1qtESE5us