Kita tidak faham kenapa ada yang takut dengan sejarah sedangkan sejarah adalah sejarah, iaitu perkara yang lepas. Kalaupun kita mempunyai sejarah silam yang gelap, namun, jika kita sudah menginsafinya dan meminta maaf maka ia tidak seharusnya menghantui kita lagi. Sebaliknya, kita akan bersedia bercakap mengenai sejarah tersebut sebagai peringatan kepada diri sendiri dan pengajaran kepada orang lain.
Malangnya, di negara ini ada pihak yang takut benar dengan sejarah negara sendiri. Berbagai-bagai usaha dilakukan mereka untuk menafikan dan mengubah sejarah tersebut. Apabila sejarah itu difilemkan, pihak ini benar-benar meroyan, terlompat-lompat tidak keruan cuba menghalang orang ramai menontonnya. Itulah yang berlaku kepada Filem Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang memaparkan sejarah 13 Mei 1969.
DAP yang menjadi petualang dalam tragedi 13 Mei tidak senang duduk apabila filem ini masuk ke panggung hari ini. Bagi melepaskan geram, laman web pro-PR iaitu Negara Pakatan Rakyat menganggap sesiapa yang menonton filem tersebut sebagai tolol.
Laman web tersebut juga menyarankan agar artis-artis seperti Faizal Tahir dan Ahmad Idham tampil membela keputusan Lim Guan Eng untuk mengharamkan filem itu dari ditayangkan di Pulau Pinang. Alasannya ialah, PR perlu menjaga hati orang-orang Cina yang memberi sepenuh sokongan kepada parti itu dalam PRU-13 yang lalu.
Tindakan Guan Eng mengharamkan filem ini di Pulau Pinang hanya mengukuhkan lagi imejnya sebagai diktator yang menyekat kebebasan media. Lebih dari itu, ia juga membuktikan betapa Guan Eng, DAP dan PR tidak punya semangat nasionalisme kerana enggan menghayati sejarah negara.
Dengan sikap membisu PAS yang mewakili Melayu di dalam PR, terhadap tindakan Guan Eng, ia turut membuktikan bahawa PAS adalah pengkhianat bangsa kerana menyokong pihak yang membunuh bangsa sendiri.
Sekiranya PR ikhlas dan matang dalam berpolitik, filem Tanda Putera tidak mungkin menjadi kontroversi.
Seharusnya, PR menggalakan rakyat menonton filem yang jujur memaparkan sejarah negara dan bukannya menghalangnya. Sebuah parti pembangkang yang matang tidak akan sekali-kali menonjolkan diri sebagai pengkhianat sepertimana PR, sebaliknya akan memaparkan diri sebagai pencinta negara yang lebih lagi bagi menyaing kerajaan. Jelas PR tidak bijak kerana tidak mampu menutup sifat rasis DAP sehingga memperjudikan sokongan rakyat.
Walaubagaimanapun, atas dasar ini, rakyat Malaysia wajar melihat kebebalan PR sebagai satu hikmah kerana ia memudahkan kita membuat pilihan antara yang baik dengan yang tidak, atau pihak yang benar dan yang salah.
Kesimpulannya, yang tolol ialah PR, DAP dan Guan Eng bukannya para penonton Tanda Putera
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.