Langkau ke kandungan utama

Akhbar Milik MCA Promosi DAP: Masih Relevankah MCA di Dalam BN?

Kata orang, jika kita tidak belajar dari kesilapan maka kita akan dihukum mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali. Jika kesilapan pertama menjadikan rumah kita retak, kesilapan seterusnya pasti akan membuatkan rumah kita runtuh. Jika rumah kita retak kerana kontraktor tidak punya kredibiliti, apakah kita akan menyuruh kontraktor yang sama juga memperbaiki keretakan itu?

Kata orang bijaksana pula, perkara pertama perlu ada pada mereka yang ingin menceburi politik ialah 'kematangan' dan perkara utama yang tidak harus ada pada seorang ahli politik ialah sifat 'naif'. Sedar atau tidak, sifat naïf pemimpin yang tidak menyedari keadaan sebenar di peringkat rakyat serta cenderung menaruh kepercayaan kepada pihak yang licik, merupakan bibit-bibit awal yang membawa kepada terjadinya 13 Mei 1969.

Kata orang berpengalaman, dalam menangani kelicikan musuh dalam selimut, kita tidak seharusnya mengambil sikap 'apologetik'. Dalam konteks politik Barisan Nasional, musuh dalam selimut itu, tidak lain tidak bukan ialah MCA. Ini terbukti pada PRU-13 yang lalu apabila 97% orang-orang Cina menolak BN.

Kita dapat melihat sendiri bagaimana sepanjang penggal lalu, MCA tidak begitu berminat untuk menambah ahli tetapi menumpukan sepenuh tenaga untuk mempopularkan Perdana Menteri, iaitu taktik yang pasti akan memakan diri apabila dilakukan keterlaluan. Tidak mustahil taktik ini sebenarnya adalah satu bentuk sabotaj yang licik sekali.

MCA semestinya menyangka bahawa orang-orang Cina pasti berjaya menawan Malaysia untuk kesekian kalinya dalam PRU-13 dengan membiarkan Pakatan Rakyat menang di mana DAP mendahului jumlah kerusi. Namun, dengan kuasa Allah SWT, perancangan mereka tidak berjaya dan mereka terpaksa terus bersama BN walaupun sebahagian besar dari mereka telah mengundi DAP pada PRU lalu dan kemungkinan besarnya pada PRU akan datang juga.

Lalu, kepada BN, MCA mengaku bersalah, meminta maaf dan bersedia memikul tanggungjawab dengan menolak sebarang jawatan kabinet.

Namun, di masa yang sama, MCA meneruskan agenda Ketuanan Cina mereka melalui akhbar milik mereka iaitu The Star. Lenguh sudah tangan-tangan blogger mendedahkan kelicikan MCA sebagai amaran kepada kepimpinan BN, namun sehingga kini BN masih mengambil sikap menutup mata terhadap permainan MCA melalui The Star. Tiada amaran, tiada kenyataan tegas dari kepimpinan BN dan jauh sekali tindakan terhadap kebiadapan MCA.

Dan hari ini, The Star mempromosi DAP lagi melalui laporan Mid Autumn Festival yang memaparkan gambar peniaga dengan maskot DAP. Seperti biasa juga pemimpin BN melihatnya sebagai satu perkara kecil.

The Star membawa suara DAP bukan lagi satu rahsia, dan semua orang tahu mengenainya. Selain akhbar, MCA juga mengeluarkan produk pro-DAP melalui Universiti miliknya iaitu UTAR dan Kolej TAR.

Jelas bahawa MCA dan DAP mempunyai hala tuju yang sama tetapi berjuang melalui platform yang berlainan bagi memastikan penguasaan yang lebih meluas dan bermakna iaitu dengan menguasai kedua-dua belah pihak. Sedangkan, UMNO hanya melihat kemenangan dari segi undi terhadap BN, bukan penguasaan yang sebenar.

Mungkin kerana itu, UMNO berpura-pura tidak merasa tikaman MCA di belakang. UMNO juga pura-pura tidak mendengar gelak tawa MCA terhadap kenaifan atau mungkin juga 'ketamakan' atau 'kebebalan' mereka.

Hakikat bahawa MCA tidak lagi membawa aspirasi BN atau semangat setiakawan yang termeterai melalui kontrak sosial, langsung tidak menggusarkan BN.

Sedangkan, dalam keadaan yang begitu rapuh, BN tidak boleh memilih untuk berdiri atas kekuatan musuh. Apatah lagi kini apabila telah terbukti bahawa UMNO boleh berdiri sendiri atas sokongan padu orang-orang Melayu jika kena strateginya. Dan strategi menyimpan musuh dalam selimut bukanlah strategi yang tepat.

Sudah sampai masanya UMNO mendesak MCA meletakkan garis yang jelas dalam perjuangan mereka. Paksa MCA menyatakan di pihak manakah mereka berada. Jika BN boleh memaksa para blogger menyatakan sokongan dengan tidak mengkritik BN, maka kenapakah MCA tidak boleh diberi layanan yang sama? Apa ada pada MCA sehingga menyebabkan mereka boleh berbuat sesuka hati mempermainkan UMNO dan BN di dalam akhbar milik mereka?

Atau soalan yang lebih tepat ialah, berbaloikah segala pengorbanan memperbodohkan diri kepada MCA ini?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

  1. Olih itu sangat penting bagi delegate memberi teguran kepada presiden umno jgn leka dan tertipu dgn muslihat musuh dlm selimut. Ingatkan dia betapa besarnya semangat Allahyarham Razak Husin. Jgn dia hancurkan perjuangan Tunku, Tun Razak, Tun Dr Ismail dan Tun Mahathir yg berani dan sebenarnya yg menganjakkan nasib orang kita. Fokus perkara penting bukan hanya kerana nak kan populariti Berpijak dibumi nyata.Jgn nak menyesal dan minta maaf bila orang kita dah tersungkur dibumi yg Allah berikan pada orang kita.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…