Rabu, 11 September 2013

Mengenai Kalimah Allah ― Mohd Parid Sheikh Ahmad

Penyokong kuat Ikhwanul muslimin di Malaysia





JANUARY 16, 2013


16 JAN ― IKRAM maklum terdapat kegusaran di kalangan sebahagian umat Islam mengenai penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut bukan Islam di negara kita.

IKRAM berpendirian bahawa hukum asalnya adalah harus bagi penganut agama lain untuk menggunakan kalimah “Allah”. Pandangan ini disandarkan kepada penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam seperti yang terkandung dalam banyak ayat-ayat al-Quran seperti ayat 61 dan 63 surah Al-‘Ankabut, ayat 78 surah An-Nisa’ dan ayat 78 surah Ali Imran. Mereka juga menggunakan kalimah “Allah” dengan makna yang bertentangan dengan sifat Allah seperti yang terkandung dalam ayat 30 surah At-Tawbah, ayat 68 surah Yunus serta ayat 17 dan 72 surah Al-Maidah.

IKRAM maklum bahawa terdapat kebimbangan di kalangan sebahagian masyarakat Islam bahawa jika diizinkan penggunaan kalimah “Allah” oleh selain orang Islam, pintu fitnah akan terbuka untuk memudahkan pengembangan agama Kristian, sekali gus memudahkan usaha mengajak orang Islam yang lemah akidah kepada agama Kristian. Untuk menangani masalah ini, IKRAM berpandangan bahawa penyelesaiannya bukan dengan menghalang penggunaan kalimah “Allah” tetapi dengan melipatgandakan usaha bagi menangani kelemahan aqidah dan kejahilan umat Islam sendiri.


Dalam konteks perkara-perkara 3 dan 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang merujuk kepada Islam sebagai agama persekutuan dan sekatan terhadap penyebaran agama lain di kalangan penganut Islam, IKRAM berpandangan apa yang sudah termaktub wajar dihormati.

Pandangan IKRAM ini bukan bermakna IKRAM merelakan sebarang agenda untuk menyebarkan agama lain dalam kalangan umat Islam. IKRAM menyeru semua agar menghormati peruntukan perlembagaan di dalam hal ini.

* Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ialah Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

5 ulasan:

  1. Ini kes cerdik tak boleh ditumpang, bodoh tak boleh diajar.
    Presiden IKRAM ni pernah ke jejak kaki ke Vatican, pusat pentadbiran Roman Catholics dunia. Pernah ke dia ke negara-negara Eropah dan Amerika.
    Kalau dia pernah ke Vatican, Eropah dan Amerika, pernah ke dia dengar penganut Kristian di sana sebut nama Allah sebagai tuhan mereka.
    Janganlah cuba menggunakan ayat-ayat al-Quran di dalam context yang salah....astaghfirullah....sejahil ini ke Presiden Ikhwanul Muslimin Malaysia?

    BalasPadam
  2. punggah.. punah ranah akhir zaman balaci2 iblis laknatullah dan kafir laknatullah bertopengkan Islam cuba merungkai satu persatu Aqidah dgn logik nafsu.. inilah kebimbangan Saidina Umar Al-Khattab R.A yg tidak mahu sama sekali solat di gereja wpun tiada nas pd larangan.. krn ditakuti kebodohan dan kesombongan spt mamat di atas ini akan merosakkan Aqidah dan dakyah kafir dan iblis..

    Allahu Akbar...!!

    BalasPadam
  3. Ayat putar belit

    http://satuhala.blogspot.com/2013/01/bila-lembu-dan-anjing-diberikan-nama.html

    BalasPadam
  4. Kenapa kita perlu mempertahankan dan sebabnya :-

    Surah Al Ikhlas
    ِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﹼﻪِ ﺍﻟﺮﱠﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﻴﻢ
    Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

    1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa

    Adakah Jesus Christ itu Esa seperti Allah SWT sedangkan Jesus Christ dijadikan dan dilahirkan seperti manusia . Jesus Christ juga mati . Kalau mati mana esanya?

    2. Allah itu selama-lamanya Tumpuan seluruh makhluk.

    Adakah Jesus Christ menjadi tumpuan seluruh makhluk? . Banyak dikalangan bangsanya menentang beliau termasuklah kaum Yahudi dan menolaknya . Bangsa India dan Cina juga tidak mengiktiraf Jesus Christ sebagai Tuhan melainkan sebagai 'manusia' yang diberi kelebihan. Olih itu untuk kategori sebagai tumpuan makhluk seisi alam amat jauh sekali. Jesus hanya 'menjurus; kepada Kristian saja sebagai 'Tuhan"

    3. Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan.

    Jesus Christ dilahirkan dan diperanakan olih seorang wanita seperti manusia manusia lain juga cuma tiada berbapa. Tetapi nabi Adam lebih 'hebat' dan 'ajaib' jika dibandingkan dengan kelahiran Jesus Christ. Adam dijadikan olih Allah SWT tanpa melalui fitrah manusia . Dia tidak diperanakan dan tidak beribu serta berbapa. Tidak pula Adam mengaku bahawa dia Tuhan.

    4. Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.

    Bolehkah Jesus Christ menandingi kuasa Allah SWT sedangkan kehidupannya sama firtahnya dengan manusia lain, seperti makan, minum., tidur, lapar dan segala keinginan mengikut fitrah manusia. Kalau Jesus Christ itu Tuhan seperti yang didakwa dan setanding dengan Allah SWT kenapa Jesus Christ 'terjerat' dengan "fitnah' dan 'disalib"sampai mati? Perlukah Tuhan itu 'mati"?

    Adakah 4 Firman Allah disurah Al Ikhlas bertepatan dengan Jesus Christ pilihan Kristian?

    sila layari blog Cahaya Al Majid Perjalanan Kedua untk detail.

    BalasPadam