Hari ini penulis didatangi oleh seorang lelaki yang memegang senaskah surat khabar untuk ditunjukkan kepada penulis berkenaan satu artikal berkaitan lelaki tersebut.Maka penulis terus membaca artikal tersebut dan memahaminya.Kenapa masih berlaku kecuaian tersebut adakah kakitangan Unit SOPD Hospital Taiping melakukan kecuaian ini tidak ikhlas melakukan sesuatu kerja atau mengambil mudah terhadap sebarang kerja yang dilakukan yang menanggung adalah pesakit yang berurusan.Kemana hilangnya jati diri penjawat awam, apabila rekod perubatan pesakit lelaki ini hilang jadi doktor mengambil satu jalan mudah dengan meminta pesakit itu menjalani prosedur yang sama semasa proses rawatan yang dulu sebelum hilang rekod dengan buat semula seperti ujian darah, ultra sound, x-ray dan skopi. Bukankah dua proses yang dilakukan berkali-kali seperti x-ray dan skopi boleh meninggalkan kesan dan risiko kepada kesihatan pesakit lelaki ini.Sepatutnya kejadian rekod kesihatan pesakit hilang boleh diminimakan kerana pada zaman teknologi ini pihak yang bertanggungjawab boleh membuat penyimpanan data pesakit didalam pengkalan data maka penggunaan kertas boleh dikurangkan, dengan cara ini lebih menyenangkan dan melancarkan sesuatu urusan. Penulis berharap pihak JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK dan UNIT SOPD HOSPITAL TAIPING dapat menangani kes ini dengan berhemah dan tujuan pesakit ini mengadu kepada penulis dan wartawan akhbar Sinar Harian supaya pihak yang bertanggungjawab tidak mengulangi kes ini lagi kepada pesakit yang lain pula