Sabtu, 16 November 2013

Masalah kebanjiran pekerja asing, jenayah dan menyebaran wabak penyakit







Tahniah kepada pihak yang berwajib kerana begitu aktif memeriksa syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang banyak menggunakan khidmat warga asing. Serbuan demi serbuan telah dilakukan, bukan sahaja di tempat kerja, malah rumah-rumah tempat tinggal mereka juga diserbu.

Bak kata orang, sudah terhantuk baru tengadah. Ini semuanya kesan daripada kes pengawal keselamatan yang menembak mati seorang kaki tangan bank beberapa minggu lalu dan pembunuh akhirnya ditangkap di penghujung dunia Tanjung Belungkor yang terkenal sebagai tempat keluar masuk pendatang haram melalui jalan laut.

Baru-baru ini juga media arus perdana mendedahkan pegawai kerajaan di terminal tambang murah terlibat dan mengaut untung lumayan kerana penyeludupan warga asing yang masuk menggunakan dokumen palsu.

Dalam berita tv baru-baru pihak berkuasa telah menahan beberapa orang pengawal wanita dalam satu serbuan di sebuah rumah yang dihuni oleh 8 wanita warga asing yang berkerja sebagai pengawal keselamatan dan memiliki kad pengenalan palsu.  Jika dilihat dari satu sudut pengawal keselamatan tersebut hanya menjadi mangsa sindiket, mereka datang dan bekerja. tempat tinggal semua disediakan dan sudah tentu dari awal kemasukan mereka dilakukan oleh sindiket. Jadi pihak berkuasa  perlulah menyiasat siapa dalang sebenar dalam hal ini.

Ini baru kes pengawal keselamatan warga asing. agaknya kalau tidak berlaku pembunuhan tersebut sampai sekarang pihak berwajib akan pejam mata sahaja pada hal mereka mudah dikesan di merata-rata tempat awam seperti di pasaraya, hotel, perumahan mewah dan lain-lain

Selepas isu pengawal keselamatan haram kita sembang pula isu pendatang GRO dan Restoran Tomyam.

Hasil 6 bulan pertama tahun ini, pihak berwajib telah membuat 25 ribu serbuan dalam Ops Noda dan hasilnya statistik merekodkan wanita warganegara China paling ramai ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran iaitu seramai 2,032 diikuti wanita Vietnam (1,849), Thailand (1,390), Indonesia (580) dan Filipina (245) dan mereka menjalankan kegiatan mereka di restoran dan pusat-pusat hiburan malam di bandar-bandar besar seperti di Lembah Kelang.

Pihak berkuasa juga selepas ini perlu membuat pemeriksaan terhadap pekerja restoran, hotel, kilang yang banyak mengambil pekerja asing. Mereka difahamkan mendapat layanan baik daripada majikan dengan memberikan penginapan percuma dan peluang kerja lebih masa dengan gaji permulaan RM 900 sebulan, alangkah malangnya bagi rakyat Malaysia yang menerima gaji yang sama tetapi tidak mendapat peluang membuat kerja lebih masa dan tidak diberikan penginapan percuma, malah tambang bas juga tidak disediakan, tetapi pendatang Bangla, Burma dan Vietnam mendapat khidmat bas percuma.

Restoran Tomyam

Kebanyakan restoran tomyam dari Perlis sampai ke Johor kebanyakan adalah dimiliki oleh orang Siam. Dalam tempoh 5 hingga 10 tahun beroperasi di Malaysia mereka mampu membeli kereta mewah seperti Alphard, Mercedes dan lain-lain dan mampu membina banglo mewah di kampung halaman mereka di Selatan Thai. Kebanyakan isteri tauke restoran yang menjadi juru wang barang kemas intan berlian, emas perak berkilo-kila ditubuh mereka.

Kebanyakan pekerja atau pelayan restoran adalah warga Thailand yang datang secara haram atau pun menggunakan Pas Sempadan.  Pernah satu ketika sewaktu TM berada di sebuah Restoran Cheery Corner di Jalan Aulong Taiping, tiba-tiba beberapa pekerja lelaki bergegas melarikan diri ke dalam kawasan gelap dan kosong restoran tersebut, rupa-rupanya mereka melihat sebuah van jabatan imegresan yang berhenti tidak jauh dari restoran tersebut. 

Baru-baru ini juga kementerian kesihatan telah mendedahkan bahawa negara kini diancam dengan penyakit seperti TB, demam malaria dan sebagainya. menurut menteri tersebut penyakit-penyakit yang dahulunya sudah hampir pupus kini kembali semula akibat kemasukan pendatang asing.

Bila mendengar kenyataan tersebut, terasa takut untuk menaiki kenderaan awam kerana kebanyakan warga asing ini menggunakan kenderaan awam untuk bekerja, beriadah, melancong dan sebagainya.

Bahkan jika berada dalam sebuah hotel pun kita masih terdedah kepada bahaya-bahaya penyakit ini kerana ramai pengemas bilik, tukang sapu, pelayan adalah warga asing.


Restoran Mamak

Kebanyakan restoran mamak samada dimiliki oleh warga India atau tempatan kebanyakan mereka menggunakan tenaga kerja yang diimport dari India.

Oleh itu pihak berwajib perlulah membuat serbuan dan memeriksa  dokumen mereka dan yang penting sekali adakah mereka mempunyai sijil kesihatan dan mendapat suntikan  typhoid.....?? Rasanya tak ada lah sebab jika ada kad-kad tersebut perlu dipamerkan dalam premis mereka.

Jadi dalam tindakan kementerian kesihatan menyita restoran nasi ganja di Ipoh baru-baru ini,  ada atau tidak pengusaha tersebut mempamerkan kad kesihatan pekerjanya?

Sekian