Jumaat, 20 Disember 2013

Melayu oh Melayu, kenapa engkau miskin papa kedana



Malaysia terima pujian daripada Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) kerana pencapaiannya mengagumkan dalam membasmi kemiskinan sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

Hari ini, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana hujung tinggi bersama indeks pembangunan manusia yang tinggi.

Pelapor Khas PBB Hak Bagi Makanan, Olivier De Schutter berkata, antara 1995 dan 2012, insiden kemiskinan agregat rakyat Malaysia dikurangkan daripada 8.9 kepada 1.7 peratus dan kemiskinan bandar berkurang daripada 3.7 peratus kepada 1.0 peratus.

Kemiskinan luar bandar, satu kebimbangan utama pada satu ketika dahulu, berjaya dikurangkan daripada 15.3 peratus kepada 3.4 peratus.

“Jurang pendapatan dalam kalangan 13 buah negeri di Malaysia dan tiga Wilayah Persekutuan juga berkurang. Negeri termiskin, Sabah menyaksikan pengurangan ketara dalam kadar kemiskinan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 6.1 peratus pada 2012.

“Bilangan mereka hidup dalam kemiskinan tegar, tidak dapat memenuhi keperluan makanan asas telah berkurang daripada 0.7 peratus pada 2009 kepada 0.2 peratus pada 2012,” katanya pada persidangan media mengakhiri lawatan beliau ke negara ini baru-baru ini. - Bernama

NOTA LUTUT,

Hanya mereka yang tahu bersyukur sahaja akan digandakan rezeki mereka.

500 tahun negara di jajah oleh Benggali Putih, Belanda dan Orang Putih, hasil mahsyul negara berbilion telah di bawa keluar oleh Belanda dan Inggeris, hasil bumi yang dimaksudkan ialah bijih timah.

Lebih pedih lagi apabila Raja Larut Long Jaafar dan Ngah Ibrahim juga terpedaya dengan muslihat orang putih.

Selepas merdeka baru rakyat sedar bahawa selama ini mereka ditipu oleh penjajah, orang Melayu dimiskinkan di kampung-kampung. Orang bandar terutama China juga sedar bahawa mereka juga ditipu dengan amalan dan budaya hidup barat. Sekolah cina tidak mendapat tempat orang cina tetapi sekolah mubaligh menjadi tumpuan mereka.

Melayu hidup miskin, bersawah padi dan menoreh getah di kebun sendiri. Orang India kasta paling rendah menoreh getah di ladang-ladang milik orang putih, menjadi tukang angkat najis, tukang sapu, kuli buat jalan dan kuli bersih jalan keretapi.

Orang India kasta yang tinggi menjadi doktor, tentera, polis, guru dan padre. Melayu dari golongan bangsawan memenuhi MCKK termasuk dan kepada merekalah kita berterima kasih kerana mereka mempunyai semangat melayu yang tinggi.

Mereka berusaha menubuhkan Umno, menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan negara. Untuk merdeka kaum cina dan India tidak boleh diketepikan, mereka perlu diserap menjadi warganegara.

Jus soli diperkenalkan, 7 wasiat raja-raja melayu diperkenalkan, perlembagaan persekutuan diperkenalkan oleh dan ditulis oleh 4 peguam Islam dari India dan Pakistan dan dipersetujuai oleh raja-raja melayu.

Setelah merdeka negara dilanda masalah kemiskinan terutama apabila harga komoditi jatuh selepas orang putih meninggalkan kita.

Negara dilanda masalah ekonomi dan pengurusan, sama seperti yang dialami oleh Singapore selepas disingkirkan dari Malaysia.

Bersyukur kerana kebijaksanaan pemimpin Umno berjaya membawa orang Melayu ke tahap memberangsangkan hari ini, anak-anak kecil 50 tahun dahulu yang berlari menangkap belalang untuk hidangan waktu malam kini sudah menjadi orang besar dalam GLC, dan lain-lain. Jika dahulu anak penoreh getah dari kasta untouchable kini sudah menjadi CEO sebuah syarikat global, jika dahulu anak cina angkat najis yang bermain bermain wau helang dan wau bulan bersama anak melayu kini sudah menjadi boss besar yang mempunyai gedung perniagaan seluruh ceruk rantau di dunia. Begitu lah hebatnya pemimpin Umno.

Akan tetapi jangan lupa jika kita lihat orang melayu yang miskin sehingga hari ini jangan pula hairan, ini kerana apa sahaja usaha kemajuan yang dilakukan oleh Umno telah ditolak oleh mereka. Mereka lebih percaya akan kata-kata tok guru mereka.

Sekian.