Isnin, 11 Mei 2015

Tabung Haji sudah, 1MDB pun sudah, Sekarang dedahkan pula kisah IPT ini.

Puak-puak pembangkang sangat teruja dengan GST. Bermodalkan isu GST, Makcik Kipas mampu meraih kemenangan di P44   dan menutup cerita kes liwat.

Begitu juga dengan 1MDB, Nurul Izzah juga dalam usaha memenangkan Makcik Kipas di P44. beliau juga dengan panjang lebar mendedahkan 'skandal 1MDB' yang banyak di selewengkan oleh Najib dan Umno.

Hari ini taipingmali nak selak sikit tentang isu sebuah IPT supaya Nurul atau Rafizi mainkan isu ini.

Beranikah mereka?




rencana

ARKIB : 16/07/2014

Selamatkan Asia E Universiti - AeU daripada jatuh ke tangan lain!

Oleh Zaini Hassan


ASIA E UNIVERSITY (AeU), satu-satunya universiti Malaysia bertaraf antarabangsa.


Tahukah anda bahawa universiti itu menerima mandat penubuhan dari gabungan 32 buah negara yang merupakan ahli Asia Co-operation Dialogue (ACD)?


ACD adalah forum antara benua iaitu selain daripada perjumpaan setahun sekali, ia juga melaksanakan projek-projek tertentu.


AeU adalah salah satu daripadanya. Pada ACD Dialogue di Doha, Qatar 2006, ACD meluluskan penubuhan AeU yang akan diterajui Malaysia.


Untuk menjayakan projek ini, kerajaan Malaysia meminjam dana sebanyak RM100 juta terhadap penubuhan universiti itu serta penubuhan Asia e Learning Sdn. Bhd., syarikat swasta yang akan mengurus dan mentadbir universiti tersebut.


Kursus-kursus yang dilaksanakan adalah kursus ijazah, sarjana dan kedoktoran. Sistem pembelajarannya menggunakan sistem konvensional serta sistem pembelajaran internet.


Selain ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, AeU juga mengendalikan pusat pembelajaran di luar negara, antaranya di India.


Suatu perkara yang perlu dibanggakan adalah pengurusan dan pentadbiran universiti antarabangsa ini dilaksanakan oleh syarikat milik 100 peratus orang Melayu Islam iaitu ketiga-tiga pemilik saham syarikat adalah bumiputera.


Namun demikian, dokumen-dokumen yang saya terima menggambarkan terdapat desas-desus bahawa pemilikan saham syarikat akan bertukar tangan -- menjadikan syarikat itu bukan lagi milik Melayu sepenuhnya.


Tetapi perubahan drastik ini hanya boleh terlaksana sekiranya penjualan saham syarikat tersebut dibenarkan oleh kedua-dua kementerian yang menyelia syarikat Asia e Learning Sdn. Bhd. iaitu Kementerian Kewangan yang melabur wang di dalam AeU dan Kementerian Pendidikan, badan pelesenan AeU serta penyelia pentadbiran Lembaga Pengarah syarikat tersebut.


Apa yang lebih membimbangkan ada ura-ura bahawa pihak yang berminat memiliki saham syarikat adalah dari pihak yang ada kaitan dengan puak pembangkang di Malaysia!


Apakah kerajaan Malaysia serta kementerian-kementerian yang terlibat secara langsung dalam isu ini akan membenarkan syarikat milik 100 peratus Melayu Islam berpindah tangan kepada orang bukan Islam yang juga merupakan pembangkang?


Saya mempunyai detail mengenai hal ini. Tetapi tidak perlulah saya dedahkan di sini.


Kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak-pihak di atas untuk menyelesaikannya.


Keputusan penjualan saham adalah di tangan menteri-menteri berkenaan.


Maka harapan kita adalah menteri, serta pegawai-pegawai kementerian yang bertanggungjawab menjaga kepentingan agenda Melayu Islam dan menentukan hala tuju universiti ini menolak dan menghalang penjualan dan pemindahan saham tersebut.


Sekali gus langkah itu akan melindungi hak orang Melayu daripada jatuh lagi ke tangan orang lain.


Jangan biarkan Melayu terus melayu di bumi sendiri.


Sebagai aktivis wakaf (waqafer) menerusi Wakaf Korporat, saya merasakan inilah masanya aset-aset milik Islam Melayu di negara ini perlu diselamatkan.


Itulah juga antara tujuan wakaf korporat diwujudkan -- yang antara penerajunya juga ialah seorang bertaraf menteri Kabinet.


Jika tiada mana-mana wakafer (aktivis atau penggerak wakaf) yang mampu memilikinya, di mana pula perginya fungsi Ekuinas?


Ekuinas sepatutnya bertindak menyelamatkan syarikat-syarikat bumiputera daripada jatuh ke tangan lain.


Seperti yang pernah saya ingatkan sebelum-sebelum ini "jika semasa kita berkuasa ini, gunakanlah sebaik-baiknya kuasa yang ada. Jika tidak, maka tunggulah sahaja hari pembalasannya kelak".


Pada masa itu "menangis sehingga keluar air mata darah sekali pun, sudah tidak berguna".


Ingat lagi pemindahan aset Taiping Consolidated kepada YTL? Apa sudah jadi kepada Jalan Bukit Bintang dan Sentul sekarang? Itu hanyalah contoh kecil daripada banyak lagi.


Ingatlah, kealpaan hari ini akan mengakibatkan impak yang cukup besar kepada generasi Melayu akan datang. Ia boleh menyebabkan agenda Melayu terus terkubur.


Jika bukan kita yang ambil kisah siapa lagi?


Oleh itu, Selamatkanlah AeU!



Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140716/re_03/Selamatkan-Asia-E-Universiti---AeU-daripada-jatuh-ke-tangan-lain#ixzz3ZmmTrSWK
© Utusan Melayu (M) Bhd













11 ulasan:

  1. Betul gang !

    Dalam blog lain ada menyatakan Wisma Yakin juga tergadai ! Aku belum tahu kesahihan tetapi zaman Khalid semua milik Melayu di henyak.

    Melayu PR kebanyakkan pengkhianat. Mereka berpolitik untuk diri masing-masing, mempergunakan rakyat yang di kelirukan oleh persepsi mereka sepanjang masa.

    PM Najib satu hal pula.

    BalasPadam
  2. Sama jer mana mana melayu...mrk pentingkan utk kesenangan diri sendiri...

    BalasPadam
  3. Secara logik RM 188 juta boleh ke bailout RM 42 billion...ini bukan kes petronas kena bail out co mirzan mahathir sebanyak rm 1.7 billion..rugikan institusi islam kehilangan hartanah hanya kerana fitnah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah kalau orang kurang membaca buat komen. RM188 itu adalah bailout untuk membayar hutang setengah tahun 1MDB. Tak de RM188 juta tu, 1MDB akan terpaksa meminjam lagi. Sekarang ni, 1MDB nampaknya seperti terpaksa meminjam duit setiap 6 bulan semata-mata nak bayar hutang saja. Ada faham?

      TH tak perlu bayar RM188 kalau TH mahukan tanah di situ. Sebab tanah tu memang asalnya tanah Yayasan Pembangunan Bumiputera. Jadi TH boleh dapat tanah tu pada kadar sama yang 1MDB dapat. RM188 yang TH bayar untuk satu setengah ekar, bermakna 1MDB hampir dapat 70 ekar yang lainnya secara percuma sebab 1MDB cuma bayar RM190 juta untuk 70 ekar. Ada faham?

      Padam
    2. studio mangkuk... ko tau tak ke perniagaan real estate ni?? Ko dapat tanah, kemudian nak jadi developer hanya dengan jual tanah tu dengan harga asal kembali ke??

      Ko ingat nak buat satu pusat kewangan hatta satu bandar tak payah fikir pasal sistem jalan, sistem saliran, sistem perhubungan, taman-taman rekreasi atas bandar yang dibina tu ke???

      Cerita boleh la... kat Kelantan tu nak buat satu bandar moden pun terkial-kial... belum lagi nak cerita pasal projek lebuhraya rakyat... kencang kencang, tapi sampai ke hari ni masih takde ape2 kemajuan pun. akhirnya suruh kerajaan pusat lak yang bina. Pemimpin PAS dah kenyang dengan duit derma prepaid hiway, duit balak... akhirnya mereka cuci tangan...

      Pergi mampus dengan penyokong PR macam ko tu...!!!!!!!!

      Padam
  4. Telah hampir 58 tahun negara merdeka dari penjajah dan semenjak itu:

    a) Semua Sultan, Raja, Yam Tuan serta Yang Dipertua Negeri DAN
    b) Perdana Menteri DAN
    c) Menteri Besar serta Ketua Menteri (kecuali Pulau Pinang) DAN
    d) Semua Pegawai Daerah DAN
    e) Pegawai-Pegawai Tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan

    adalah terdiri daipada orang melayu. Ironinya selain daripada (a) di atas, melayu-melayu yang telah diberi kuasa mentadbir ini gagal memperjuangkan nasib orang melayu sebaliknya menuding kearah pembangkang pula untuk menutup fakta kelemahan mereka dalam memperjuangkan nasib orang melayu. Ia ibarat jika guru yang tidak pandai mendidik murid atau selalu sahaja ke mesyuarat berbanding masa mengajar maka yang dipersalahkan adalah pembekal kapur tulis papan hitam, sekiranya pencapaian murid tersebut tidak memuaskan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian... selama ko hidup ni mesti hanya mampu duduk bawah jambatan kan?? Makan pun kais pagi makan pagi dek kerana 'melayu-melayu yang menyalahguna kuasa' tu kan??

      Padam
    2. Aku lagilah kesian pada kamu, sebab kamu membuktikan bahawa kamu membuat cubaan untuk memesongkan isu tetapi tidak sampai kemana. Spesis yg dikatakan oleh Tun M rupanya, patutla....Tidak terfikirkah kamu akan nasib anak cucu dan keturunan kamu akan datang? Selagi orang yg tidak mampu berfikir untuk memperjuangkan nasib melayu dijadikan pemimpin, selagi itulah polemik ini tidak akan dapat diatasi.

      Padam
  5. huhuhu......ramai lagi melayu yg bodoh rupanya.... patutlaaaa

    BalasPadam
  6. Tkpe.lepas ni kita lantik cina ngan keling pulak.kita cuba 10 tahun.mari kita menang kn dap 100%. baru negara kita setanding dgn singapura jadi negara maju.orang melayu semua mari pindah ke bukit bukau n kebun getah.ada tanah kt bandar kita jual pada cina,blk kg beli tanah hutan,kita bangun kn.bila dh membangun, kita jual lagi kt cina.kita pindah lagi,kali ni bawah jambatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama ini melayu yg memegang tampuk kuasa, kenapa ramai melayu yg diusir oleh penguasa melayu juga? Apa sudah jadi dgn Kampung Chubadak dan Pedra Branca? Cuba terangkan dgn jelas jika anda cukup bersedia untuk mengeluarkan hujah.

      Padam