Khamis, 27 Ogos 2015

Pas lebih sensitif daripada Rafizi dan Tony Pua

Assalamualaikum

Sikap taksub umat Islam dijadikan alat menyemai kebencian terhadap Perdana Menteri.

Saya selaku pimpinan NGO Islam iaitu Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (ikddas) merasa terpanggil utk memberi sedikit luahan sebagai mana sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap isu 1MDB yang menghakis keyakinan & kepercayaan rakyat kepada PM.

Kesempatan mendengar secara langsung luahan hati PM terhadap isu ini sangat menyentuh hati saya setelah saya amat amati hasrat tersirat disebalik agenda yang dibawa oleh PM.

Sebagaimana kejayaan yang ditunjukkan oleh Temasik Holding, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan Singapore merupakan cth terdekat kepada model penubuhan 1MDB. Bagaimana Temasik menjadi entiti pelaburan terkaya di Asean & berupaya mengembangkan pelaburannya ke seluruh dunia.

Justeru YAB PM berhasrat dgn penubuhan syarikat 1MDB itu, dapat membolehkan kerajaan khususnya UMNO memiliki entiti perniagaan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Langkah awal adalah dgn menjana kewangan kepada 1MDB bagi mengambil alih syarikat2 pengeluar tenaga elektrik swasta (IPP) yang kebanyakan dimiliki oleh syarikat2 bukan Melayu spt YTL & Berjaya.

Ini kerana tenaga elektrik adalah suatu keperluan yang sentiasa meningkat permintaannya. Dengan cara itu kerajaan dpt mengelakkan kenaikan tarif elektrik yang akan membebankan rakyat akibat subsidi tenaga yang perlu dibayar.

Namun isu ini menjadi kebencian oleh jutawan2 Cina yang merasakan kekayaan mereka dirampas oleh 1MDB, lantas menaja pihak tertentu utk menyerang & memburukkan syarikat 1MDB sehinga hasrat utk penyenaraiannya di Bursa Saham KL tergendala.

Orang Melayu yang taksub membuta tuli menjadi alat pembangkang juga turut mula hilang kepercayaan mereka kpd kerajaan dgn terus menyemai kebencian.

PM juga berhasrat utk menjadikan 1MDB sbg entiti pelaburan yang berdaya saing dgn memberikan kepercayaan utk membangunkan kawasan strategik iaitu TRX.

Kawasan tanah tersebut sekian lama diimpikan oleh Berjaya Group milik Vincent Tan yang menggunakan pengaruh Tun M utk lobi tanah tersebut...namun kerajaan memutuskan 1MDB sbg pemaju yang bertgjwb memastikan wujudnya mercu tanda ekonomi orang Melayu di KL...maka sekali lg kebencian timbul terhadap 1MDB.

Hasrat utk menjadikan 1MDB sbg syarikat pelaburan milik umat Islam semakin dibenci oleh musuh2 Islam. Maka agenda mereka utk menjatuhkan YAB PM digerakkan.

Malangnya umat Islam yg taksub membuta tuli sehingga tidak nampak lagi sumbangan yang diberikan oleh 1MDB terhadap mereka. Mereka lupa setiap tahun ratusan jemaah haji dpt menunaikan ibadah haji secara percuma dgn pembiayaan dari 1MDB.

Mereka lupa setiap tahun ratusan ekor lembu dikorbankan sempena hari raya korban yang dtg nya dari sumbangan 1MDB.

Mereka lupa bahawa kerajaan ini berusaha bersungguh2 utk memertabatkan syariat Islam & membela umat Islam dari sudut ekonomi dgn membantu melahirkan syarikat2 pelaburan milik umat Islam....

Kepada umat Islam, usah terus diperalat menjadi alat kepada musuh Islam utk menjatuhkan pimpinan yang diterajui oleh orang Islam.

Contohi pimpinan utama Pas yang lbh suka mendapatkan penjelasan terus dari YAB PM apabila timbul isu tertentu kerana tidak semua perkara perlu dihebahkan kepada umum apatah lagi ianya melibatkan sentimen perkauman.

Semoga Allah memelihara negara kita dari segala musibah & YAB PM diberikan jln keluar dr permasalahan yang berlaku. Aamiinnn

Ust. Rosdi Long
Presiden Ikddas

IPU Tinggi, Pantau Keadaan Manjung:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

Ahad, 23 Ogos 2015

RINGKASAN FAKTA SKANDAL RM30 BILION

#WangRakyatSelangor
#SkandalKerajaanSelangor

1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd.

2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. (menurut ADUN DAP).

3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewagan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini (menurut ADUN DAP).

4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri. Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa-apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa.  (hanya kepada Board of Director Syarikat).

5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang-undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.

6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan-rakan parti komponennya sebelum ini.

7. Apakah nasib aset WANG dan RAKYAT negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?.

8. Jangan lupa setelah PKR / DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%. Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%. Sebagai contohnya, perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490. Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak. Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat. Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013. Apakah kenaikan-kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2?. Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2?. Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya?

9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya Kerajaan Negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baru yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang individu?

10. Mengapa Ambiga, Anwar, Rafizi Ramli, Red Bean Army, Malaysiakini, BERSIH dan Tony Pua belum lagi bersuara? Mengapa kini diam tidak berkata?

Jumaat, 14 Ogos 2015

Proton Saga FLX face lift

Kereta Proton Saga FLX merupakan model popular masa kini. Oleh kerana sambuta6 baik sebagai kereta family sedan mampu milik, kini model tersebut telah di face lift dengan 5 item tambahan tanpa mengenakan cas tambahan.

Bagi  mengetahui apa kah tambahan terbaru, sila berkunjung ke pusat pengedaran seluruh negara.



Ahad, 9 Ogos 2015

Ahli Umno jangan jadi penyu



Dato Seri Najib Razak menggesa 3 juta ahli Umno hari ini melancarkan serangan balas terhadap mereka yang menyerangnya melalui platform media sosial.

Presiden Umno itu berkata kekuatan ahli parti itu mampu menangkis serangan tentera siber pembangkang sekali gus mengembalikan penguasaan Umno yang dilihat lemah menangkis serangan di media sosial.

“Buka akaun Facebook dan Twitter. Jika anda tidak boleh menjadi blogger, menggunakan Facebook dan Twitter pun memadai.

“Bila anda melihat pandangan salah, betulkannya. Bila anda melihat presiden parti diserang, anda boleh serang mereka kembali,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Najib ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Cheras hari ini turut menafikan beliau hanya memilih mereka yang sanggup menjadi “pak turut” sahaja.

Katanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor walaupun sering berselisih pendapat dengannya masih menjawat jawatan setiausaha agung Umno.

“Saya bukan presiden parti yang mahu semua pemimpin Umno menjadi ‘yes man’. Jika parti terdiri daripada hanya ‘yes man’, maka kita tidak akan berbeza pendapat. Saya bukan kuku besi. Tanya Ku Nan (Tengku Adnan), kadangkala dia kata ‘Maaf tuan, saya tidak bersetuju dengan anda’,” katanya.

Menteri kewangan itu turut mengingatkan ahli Umno boleh saja berselisih pandangan antara satu sama lain seperti dalam hubungan suami isteri namun di luar ia perlu dilihat bersatu dan gembira.

Katanya, Umno hanya dapat dilemahkan apabila presidennya diserang dan itu yang sedang dilakukan puak pembangkang.

“Saya diserang bukan kerana saya Najib. Jika tidak, mengapa saya tidak mendapat lebih serangan ketika menjadi timbalan presiden? Jadi untuk tumbangkan Umno melalui pemimpinnya. Cerita tak wujud, dibuat-buat,” katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan pemimpin agar tidak hanya mendengar suara "pembodek" sebaliknya perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira pandangan orang-orang di sekeliling mereka, walaupun terdapat pendapat yang bercanggah.

Tanpa menyebut nama sesiapa, timbalan presiden Umno itu ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pagoh, di Johor hari ini berkata, pemimpin yang hanya mendengar pujian-pujian dan menolak teguran adalah disebabkan mereka "dilindungi hijab" manusia yang tidak ikhlas.

"Yang ini jadi masalah bila kita jadi pemimpin, kadang-kadang kita dikelilingi penyokong kita yang beritahu, 'its ok sir, things are so good', 'don't worry sir, everything is ok sir, yes sir. Kita tidak nampak apa-apa tapi rasa bangga diri. Ini yang saya kata kepada perdana menteri, salahkah saya?" soalnya, merujuk kepada tindakan Najib menggugurkan dirinya daripada Kabinet baru-baru ini kerana lantang mengkritik membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menggunakan saluran luar untuk isu membabitkan syarikat itu, sebaliknya kritikan hanya disalurkan menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.

"Banyak pandangan saya disuarakan dalam mesyuarat. Hari ini, walaupun di luar jemaah menteri, saya tidak harus berdiam diri.

"Lagi lama jadi pemimpin, lagi banyak keliling kita kata 'okay, great, you are great man for the nation', tapi tidak pernah berkata 'sir, this is wrong',” katanya. – 8 Ogos, 2015.