Selasa, 24 November 2015

PENJUALAN ASET PENJANAAN TENAGA 1MDB, JANGAN MENGELABAH TAK TENTU PASAL!


Coretan Ringkas Lokman Adam

Akibat dari serangan bertubi-tubi pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga imej 1MDB rosak, 1MDB tidak dapat menerbitkan IPO mereka pada November 2014 dan Mac 2015. Ini membawa kepada masalah aliran tunai.  Bagi mengurangkan hutang, 1MDB terpaksa menjual semula aset penjanaan tenaga mereka yang sebenarnya menyumbang kepada kewujudan hutang tersebut. Semalam, perjanjian telah dimetrai bersama China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group) dengan bayaran tunai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion (pada 31 Mac 2015).  Ini bermakna Aset tersebut telah dijual dengan harga RM17.26 bilion. Ini adalah hampir sama dengan harga pembelian oleh 1MDB terlebih dahulu iaitu sebanyak RM 18 billion. Tambahan pula, harga RM17.26 billion ini adalah lebih tinggi daripada harga bidaan TNB yang dikhabarkan sebanyak RM15 bilion.

Adalah fakta bahawa harga tariff IPP Edra terendah dikalangan semua IPP termasuk TNB sendiri. Sebagai contoh, pada tahap pembidaan tariff IPP, Edra Energy membekal tenaga kepada TNB dibawah kontrak Power Purchase Agreement (PPA) dengan harga RM 0.34 iaitu 1 sen di bawah harga TNB sendiri dan jauh lebih murah berbanding IPP lain. Pengurangan 1 sen ini, selama tempoh 20 tahun kontrak PPA, mengurangkan kos TNB sebanyak RM 2.9 billion. Itu sebab bila Edra mula bekal dulu, dalam tempoh 3 bulan sahaja TNB berjaya raih keuntungan hingga 2.3b. Bila TNB untung, bukan ke pekerja TNB juga yang dapat manfaat dan rakyat buat kali pertama merasai penurunan kadar eletrik tahun ini.

Cerita yang mengatakan nasib pekerja TNB akan terjejas seperti MAS sangat tidak munasabah.  Yang dijual ialah ekuiti Edra, bukan kita jual TNB. Aset Edra hanya menjana 14% dari keperluan tenaga negara.  50% dijana oleh TNB sendiri, 24% oleh Malakof dan selebihnya oleh pihak lain.  Bila aset Edra dijual, ianya dijual sekali dengan kontrak membekalkan tenaga kepada TNB, yang mempunyai tempoh berlainan, tetapi secara purata, selama 10 tahun.  Ini bererti kadar RM 0.34 itu akan kekal sehingga akhir tempoh kontrak PPA.

Selepas tamat kontrak PPA ini, jika CGN Group perlu memenangi tender baru yang dilaksanakan secara terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga.  Sudah tentu Suruhanjaya Tenaga akan memilih tariff IPP yang terendah dikalangan mereka yang menyertai tender tersebut. Dengan itu, kontrak PPA TNB sudah pasti akan berada pada tahap yang murah.  Maka tidak timbul soal rakyat akan membayar tarif eletrik yang lebih tinggi jika aset tenaga 1MDB jatuh ketangan asing.  Jika CGN Group berdegil menaikkan harga dalam tender, mereka tetap akan menerima nasib yang sama seperti syarikat penjanaan tenaga milik YTL yang ditamatkan kontrak PPA 30 September 2015 lalu.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar janganlah gelabah tidak tentu pasal.  Kalaupun anda prihatin, pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul terlebih dahulu.  Plan rasionalisasi 1MDB sudah hampir sempurna.  Penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia akan selesai tidak lama lagi.  In sya Allah jika penjualan ekuiti tersebut berjaya, masalah hutang 1MDB akan selesai dan 1MDB dijangka akan memperolehi lebihan asset sekitar RM10-12 billion.  Dengan modal RM 1 juta yang diberikan oleh kerajaan, 1MDB berjaya raih keuntungan lebih 10 ribu kali ganda dari modal awal mereka.  Cuba bayangkan jika perniagaan mereka tidak diganggu oleh Tony Pua, Rafizi dan Tun Mahathir.

Untuk berita dan isu semasa terpantas, sila langgani Channel Telegram saya di
https://telegram.me/lokmanadam
Ianya Percuma!  Semua rekod posting saya terdahulu ada disimpan di channel tersebut.

Sabtu, 21 November 2015

BUDAK KOLEJ SWASTA INI BACA SKRIP SIAPA, DAP ATAU PKR?

B

SERANGAN TERHADAP YAPIEM SATU TINDAKAN BEBAL OLEH AKMAL NASIR (NOW)



YaPeim merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] bertujuan untuk Membangun Ummah Melalui Budaya Beramal Jariah”

Yayasan bukan asing bagi rakyat Malaysia, setiap negeri dalam Malaysia mempunyai yayasan sendiri. antara yang terkenal ialah Yayasan Selangor, Yayasan Sabah, Yayasan Sarawak, Yayasan Perak dan sebagainya.

Tak kurang juga yayasan yang ditubuhkan oleh individu dan keluarga atau pertubuhan. Antaranya ialah Yayasan Tun Razak , Yayasan Ilham Budi yang ditubuhkan oleh Irfan Khairi dan banyak lagi.

Untuk menubuhkan sesebuah yayasan, anda perlu mempunyai dana permulaan sebanyak minimum RM1 juta yang boleh dikumpulkan dari seorang individu (atau lebih) ataupun sebuah syarikat (atau lebih).

Yayasan tidak boleh menjalankan perniagaan, oleh itu mereka yang menubuhkan yayasan biasanya mempunyai syarikat yang boleh menjana pandapatan untuk disumbangkan kepada yayasan sebagai pemegang amanah.

Yapeim juga sangat terkenal dengan pajak gadai syariah yang dikenali sebagai Ar_Rahnu. Ar-Rahnu telah ditubuhkan pada tahun 1985 sewaktu Tun Mahathir menjadi perdana menteri.

Pajak gadai Islam ini ditubuhkan untuk melindungi orang-orang melayu kampung yang gemar menggadaikan emas mereka ke pajak gadai cina.  Pajak gadai cina ini kebanyakan banyak menipu.

Mereka telah didapati mencuri emas dan permata tanpa disedari oleh pemilik barang kemas.  Kebanyakan orang melayu kurang pengetahuan tentang timbang berat emas dan tulisan dalam surat pajak gadai, mereka percaya bulat-bulat apa saja yang disebut atau dikatakan oleh tauke pajak yang sememangnya kuat menipu.

Oleh itu seorang individu telah tersentak dengan rungutan seorang wanita tua yang rasa tidak puas hati dengan rantai emas yang ditebusnya kelihatan pendek daripada ukuran asalnya.  Bermula dari peristiwa ini satu kajian untuk mendedah penipuan telah dibuat dan akhirnya segala terbongkar, memang ada yang menipu dalam urusan ini.

Oleh itu satu kertas kerja telah dibuat bagi menubuhkan sebuah pajak gadai islam dan hasilnya hari ini cukup membanggakan.  Malah ada pihak bank cuba meniru operasi Ar-Rahnu tetapi gagal kerana wujud kegiatan penipuan sehingga institusi tersebut rugi besar.

Yapeim dan Ar Rahnu ada dua entiti seperti isi dengan kuku,  jadi tidak hairanlah jika ada pihak yang sakit hati dengan Ar Rahnu dan Yapiem yang banyak membangunkan ekonomi Islam khususnya orang Melayu di Malaysia ini.

Selain daripada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi menjana pendapatan untuk disalurkan kepada yayasan, Yapiem juga membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama dengan Yapiem untuk membangunkan ekonomi Islam dengan menghidupkan budaya amal jariah dan rakyat boleh membuat sumbangan setiap bulan dengan potongan gaji berjadual.

Namun hasil sumbangan orang ramai hanya 60% sahaja dan selebihnya datang daripada pendapatan syarikat-syarikat di bawah Yapeim.

Tindakan National Oversight and Whistleblowers (NOW- Akmal Nasir) sebuah NGO milik pembangkang menyerang Yapiem adalah agenda politik yang cuba menjatuhkan maruah seorang menteri kerajaan yang memerintah.

Sebelum ini pembangkang telah menyerang 1MDB dan ternyata ia berjaya memberikan imej yang buruk kepada kerajaan.  Selain 1MDB, mereka juga menyerang Tabung Haji yang dikatakan sebagai penyelamat hutang 1MDB.

Ingat! Mereka pernah menyerang Felda melalui NGO Anak yang diterajui oleh Mazlan Aliman. Pembelian Scorpen kapal selam milik tentera laut yang dibeli dari Perancis juga menjadi sasaran mereka. 

Jadi, Tindakan menteri dan Yapiem membuat laporan polis terhadap Akmal Nasir adalah tepat.  Ia juga membuktikan menteri tersebut dan pengurusan Yapeim berada dalam keadaan yang betul.

Kesimpulannya ialah kepada mereka yang membuat sumbangan bulanan melalui potongan gaji dan akaun bank tidak perlu gusar kerana sumbangan anda. 100% sumbangan anda adalah untuk membantu mereka yang perlu.


Sabtu, 14 November 2015

Part 3 Full Video: Penerangan #1MDB Oleh Arul Kanda

CUKAI KEPALA YANG PATUT DIHAPUSKAN





Melancong ke Thailand sememangnya menjadi destinasi yang popular bagi rakyat Malaysia.  Antara destinasi yang popular  sekitar Satun, Hatyai, Krabi, Phuket, Koh Lipe, Koh Samui, Pattani dan lain-lain.

Pesta Songkran yang disambut pada pertengahan bulan April setiap tahun telah menjadi tarikan pelancong bukan sahaja dari Malaysia tetapi seluruh dunia.  

Begitu juga dengan pesta himpunan motosikal atau lebih dikenali sebagai bike week yang kerap diadakan di sana. Antara bike week yang menjadi tumpuan para pemilik motosikal besar dari Malaysia, Singapura dan lain-lain ialah Burapa Bike Week, Phuket Bike Week, Krabi Bike Week (hari ini),  Hatyai Bike Week dan lain-lain. Ia menjadikan Thailand tidak pernah sunyi dengan kunjungan ribuan pemilik motosikal tanah air.

Bagi kaum wanita pula mereka lebih gemar menggunakan bas atau van sewa khas. Antara destinasi popular untuk rombongan cik kiah ialah Wang Kelian, Padang Besar, Hatyai, Betong, Golok dan Tak Bai.  Kalau ke Wang Kelian rombongan cik kiah ini tidak memerlukan pasport antara bangsa atau pas sempadan.

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah mengenai kutipan wang yang dibuat oleh pegawai imigresen dan kastam Thailand. Setiap pelancong Malaysia yang mendaftar masuk akan diminta membayar wang seringgit hingga dua ringgit seorang.  

Kutipan seringgit seorang bukan lah perkara baru, menurut cerita orang tua-tua yang pernah menyertai rombongan pada tahun 50an dan 60an, amalan ini sudah lama dilakukan oleh mereka.

Di Bukit Kayu Hitam hanya RM 1.00 yang dikenakan semasa masuk dan semasa keluar. Jika kita bawa motosikal dan kereta tidak ada sebarang bayaran yang dikutip oleh mereka. Akan tetapi cuba kita masuk melalui Wang Kelian, sebuah kereta akan dikenakan caj sebanyak RM 10.00 jika tidak kita tidak dapat masuk, mahu atau tidak wang wajib dibayar.

Tidak lama lagi musim cuti sekolah dan ribuan pelancong akan masuk ke sana setiap hari. Cuba kita congak secara lisan, setiap hari bukan sikit jumlah rakyat kita ke sana.  

Lumayan sungguh pendapatan mereka dan tidak hairanlah pegawai-pegawai mereka boleh mampu berulang alik dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam dengan memandu kereta-kereta mewah yang di import dari Eropah.

Oleh itu, sebagai pengerusi Asean, kita perlu mendesak kerajaan Thailand mengambil tindakan drastik menghapuskan budaya cukai haram ini yang menjadi amalan turun temurun sejak puluhan tahun. 

Kerajaan Thailand perlu menangkap dan menghukum pegawai mereka yang korup ini.  Ini baru cerita bab cukai kepala, akan datang kita cerita bab korupsi polis depa pula. 

Bila berlaku kes memperdagangan manusia dan jumpaan kubur besar di Wang Kelian ia sedikit pun tidak mengejutkan.