Zamihan suka mencabar. Sebelum ini cabar debat, tanpa syarat, bila-bila pun takpa, anytime anywhere la konon dan kalau kalah nak letak jawatan. Tapi bila ada orang nak berdebat, banyak pulak helahnya.
Sekarang dia mencabar dan mengugut lagi. Dia kata kalau tak dapat kekal jawatan di KDN, dia nak berenti.
Tuduh Salafi pengganas dan teroris. Tapi dia baru kena tukar department dah macam-macam komplen. Mencabar dan mengugut. Perangai siapa lagi ganas dan ala-ala teroris?
Tak taat langsung. Macam ni ke pegawai harapan agama, bangsa dan negara?
Tekan orang sedap, dia baru kena tukar department dah tertekan tension nak ugut berhenti.
Saya rasa berhenti dari perkhidmatan awam adalah langkah bijak yang Zamihan boleh lakukan. Ia akan memulihkan imej kerajaan yang selama ini dikotorkan oleh anda.
Walau bagaimanapun dari satu sudut lain, tindakan mencabar dan mengugut Menteri Zahid Hamidi "jika tidak dikekalkan di KDN akan berhenti dan sebagainya" adalah tindakan yang tidak wajar. Ia seperti memperlekehkan seorang Menteri dengan masalah peribadi anda.
Itu bukan kerja seorang menteri. Harap Zamihan dapat memahami kerja seorang menteri yang dibebani dengan pelbagai tugas. Tugas beliau bukan memudahkan kerja anda. Sebaliknya tugas andalah memudahkan kerja menteri.
Anda kerja untuk menteri, bukan menteri kerja untuk anda. Itulah tugas penjawat awam.
Dan jika perkhidmatan anda tidak diperlukan lagi, kenalah terima dengan hati terbuka. Dalam Malaysia bukan anda seorang sahaja yang pernah ditukar jabatan. Ramai lagi, tapi tidaklah kecoh seperti anda.
Kerajaan tidak perlukan tekanan negatif dari masyarakat. Saya kira jika Zamihan sayangkan nama baik kementerian dan kerajaan, adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan dalam kerajaan. Itulah yang terbaik.
Semoga Zamihan dapat menerima hakikat yang imej anda membebankan kerajaan.
UFB
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin ditukar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa 24 jam.Katanya, surat pertukaran itu diterima hari ini dan merasakan pertukaran itu adalah berkaitan dengan isu kontroversi debat antara beliau dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin."Ya betul, saya akan ditukarkan dan perlu lapor diri pada Khamis ini."Jakim sudah keluarkan surat kepada saya, arah bertukar 24 jam ke Jakim," katanya kepada Sinar Online hari ini.Zamihan kini bertugas di Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Kementerian Dalam Negeri (KDN).Dalam pada itu, katanya lagi dia akan meminta pandangan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan pertukaran ini."Saya tak akan buat rayuan ini, ia ada kaitan plot nak tukarkan saya."Saya nak tanya Datuk Seri (Ahmad) Zahid macam mana kalau dia masih perlukan saya di sini (KDN)...kalau tidak saya angkat kaki dari perkhidmatan awam," katanya.