Rabu, 27 Julai 2016

LAPORAN POLIS KHAIRUL AZWAN BIN HARUN, NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA – SUATU TINJAUAN



No. Report : CHOWKIT/005870/16
Tarikh : 26/07/2016
Waktu : 1314 PM

SAYA KHAIRUL AZWAN BIN HARUN (NO. K/P : 761019-08-5697) SEMASA BERADA DI PEJABAT DI ALAMAT TINGKAT 28, MENARA DATO’ ONN, PWTC, KL MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN BERIKUT :

1) TAN SRI ABU KASSIM BIN MOHAMED (BEKAS PESURUHJAYA SPRM)
2) TAN SRI ZETTI AKHTAR AZIZ (BEKAS GABENOR BANK NEGARA)
3) TAN SRI ABDUL GANI PATAIL (BEKAS PEGUAM NEGARA)

ADA SECARA BERSEORANGAN DAN/ATAU BERSAMA TERLIBAT DALAM SATU KONSPIRASI UNTUK MENGGULINGKAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DATO’ SERI NAJIB SERTA KERAJAAN MALAYSIA YANG SAH. MEKANISMA YANG DIGUNAKAN OLEH SESIAPA DI ANTARA MEREKA INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1) MEMBERI MAKLUMAT SULIT DAN DOKUMEN KEPADA AGENSI-AGENSI DI AMERIKA SYARIKAT TERMASUK FBI
2) MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN INI TELAH DIBERIKAN KEPADA PIHAK ASING TANPA KELULUSAN YANG SAH OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA YANG BERKENAAN TERMASUK JABATAN PEGUAM NEGARA
3) SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH DIREKA, DIPALSUKAN SERTA DIPUTAR BELIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN-TUJUAN JAHAT.

PERKARA YANG SAYA LAPORKAN DI SINI BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS DAN SAYA POHON SUPAYA PIHAK POLIS MENYIASAT PERKARA INI DENGAN SEGERA. SEKIAN LAPORAN SAYA.

ULASAN

Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Sdr Khairul Azwan telah membuat suatu laporan polis yang cukup serius pada 26/07/2016 yang mendakwa tiga (3) orang yang dinamakan sebagai memberikan maklumat sulit kepada agensi asing untuk menggulingkan Perdana Menteri dan juga Kerajaan Malaysia yang sah. Atas laporan polis ini, pihak polis boleh membuka kertas siasatan di bawah Bahagian 6 Kanun Keseksaan iaitu Kesalahan terhadap Negara yang mana ianya adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai SOSMA.

Ketiga-tiga penama yang dinamakan di dalam laporan polis tersebut boleh ditangkap dan ditahan oleh Polis di bawah SOSMA selama tidak lebih 29 hari bagi tujuan siasatan.

Laporan Polis Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga penama terlibat dalam suatu konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri dan juga Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga penama didakwa telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI. Dengan jelas disebutkan bahawa ketiga-tiga penama telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI yang mana maklumat dan dokumen tersebut diberikan tanpa kebenaran pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara. Dokumen dan maklumat juga didakwa direka, dipalsukan serta diputar belit.

SIAPA TIGA PENAMA TERSEBUT?

Penama yang disebut di dalam laporan polis Khairul Azwan ialah :
a) Tan Sri Abu Kassim Mohamed (Bekas Pesuruhjaya SPRM)
b) Tan Sri Zetti Akhtar Aziz (Bekas Gabenor Bank Negara)
c) Tan Sri Abdul Gani Patail (Bekas Peguam Negara)

Ketiga-tiga penama ini merupakan ahli jawatankuasa siasatan khas berkaitan 1MDB yang telah ditubuhkan suatu ketika dulu sebelum ianya dibubarkan. Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Persoalan yang timbul daripada laporan polis tersebut ialah kenapa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak terlibat atau tidak dimasukkan bersama tiga yang lain sedangkan KPN juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas 1MDB? Jika diperhatikan tiga penama yang disebut, mereka semua ialah “bekas”. Bekas Pesuruhjaya SPRM, bekas Gabenor Bank Negara dan bekas Peguam Negara. Adakah jika Tan Sri Khalid Abu Bakar juga bekas Ketua Polis, nama beliau juga akan dimasukkan?

MEMBERIKAN MAKLUMAT SULIT DAN DOKUMEN KEPADA AGENSI ASING TERMASUK FBI

Ketiga-tiga penama tersebut dituduh terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang sah dengan memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI.

Laporan ini dibuat semestinya ekoran tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) mengumumkan tindakan mereka memfailkan tindakan untuk membekukan dan merampas aset di Amerika Syarikat milik orang-orang tertentu yang didakwa dimiliki dan/atau diperolehi melalui dana awam iaitu 1MDB. Laporan oleh DoJ jelas mengemukakan bukti-bukti dokumentasi bagaimana dana 1MDB diselewengkan.

Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga penama telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada FBI.

Persoalannya ialah :
a) Bagaimana Khairul Azwan tahu bahawa maklumat dan dokumen yang ada dalam pegangan FBI itu maklumat sulit kerajaan yang telah diberikan oleh tiga penama tersebut?

b) Bagaimana Khairul Azwan tahu ada maklumat sulit dan dokumen Kerajaan telah diserahkan kepada agensi asing termasuk FBI?

c) Bagaimana Kahirul Azwan tahu maklumat tersebut adalah maklumat sulit dan dokumen rahsia?

Siapa Kairul Azwan? Khairul Azwan hanya Naib Ketua Pemuda Umno yang tiada sebarang jawatan di dalam Kerajaan mahu pun agensi Kerajaan atau pihak berkuasa Kerajaan. Jika Khairul Azwan yang hanya manusia biasa tanpa sebarang jawatan di dalam Kerajaan tahu rahsia Kerajaan, ini sudah pelik. Kenapa Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas 1MDB tidak tahu hal ini? Bukankah sepatutnya KPN lebih tahu? Adakah KPN sendiri mebocorkan maklumat ini kepada Khairul Azwan?

MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN INI TELAH DIBERIKAN KEPADA PIHAK ASING TANPA KELULUSAN YANG SAH OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA YANG BERKENAAN TERMASUK JABATAN PEGUAM NEGARA

Laporan Khairul Azwan menyatakan bahawa ketiga-tiga penama tersebut telah memberikan maklumat dan dokumen kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah oleh pihak berkuasa Malaysia termasuk Jabatan Peguam Negara. Hahhhh kelakar. Ironinya salah seorang yang dinamakan di dalam laporan polis Khairul ialah Tan Sri Abdul Gani Patai, bekas Peguam Negara.

Khairul Azwan mendakwa maklumat dan dokumen tersebut (jika benar ianya dokumen rahsia dan sulit) diserahkan kepada agensi asing tanpa kelulusan pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara. Persoalannya ialah dalam laporan polis Khairul tidak pula menyatakan BILA ketiga-tiga penama tersebut memberikan maklumat dan dokumen kepada agensi asing? BILA??

Jika maklumat diberikan ketika Abdul Gani masih Peguam Negara, maka tuduhan bahawa pemberian dokumen tanpa kebenaran Jabatan Peguam Negara adalah kelakar kerana Gani Patail adalah Peguam Negara. Jika Abdul Gani memberikan maklumat semasa beliau masih Peguam Negara, maka tuduhan tersebut kelakar.

SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH DIREKA, DIPALSUKAN SERTA DIPUTAR BELIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN-TUJUAN JAHAT

Khairul mendakwa dalam laporan polisnya bahawa sebahagian besar maklumat tersebut adalah direka, dipalsukan dan diputar belit.

Persoalannya ialah :
a) Bagaimana Khairul Azwan tahu maklumat tersebut direka, dipalsukan dan diputar belit?

b) Adakah Khairul mempunyai maklumat lain yang asli dan tulen sehingga mampu mendakwa maklumat yang ada pada FBI adalah palsu, rekaan dan putar belit?

c) Jika Khairul Azwan mempunyai dokumen dan/atau maklumat lain yang asli lagi tulen, bagaimana Khairul Azwan perolehi dokumen sulit lagi rahsia?

d) Jika Khairul Azwan mempunyai dokumen rahsia kerajaan, ianya merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan pihak polis harus mengambil tindakan terhadap Khairul Azwan.

AMBIL PERHATIAN bahawa Khairul Azwan di akhir laporan polisnya berkata “PERKARA YANG SAYA LAPORKAN DI SINI BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS”. Ini jelas bahawa Khairul Azwan mempunyai maklumat dan dokumen rahsia sulit Kerajaan yang beliau tidak sewajarnya ketahui dan perolehi.

JELAS bahawa Khairul Azwan terlebih dahulu melakukan kesalahan memiliki maklumat dan dokumen rahsia Kerajaan tanpa kebenaran yang sah yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

CADANGAN

Bagi meredakan sedikit kekeliruan, dicadangkan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang melepaskan Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB daripada kekangan Akta Rahsia Rasmi. Tan Sri Ambrin dalam keterangannya di Mahkamah dalam perbicaraan terhadap YB Rafizi Ramli berkata beliau diberikuasa oleh Perdana Menteri mengklasifikasikan Laporan Audit berkaitan 1MDB sebagai rahsia rasmi atas alasan untuk tidak mahu ianya menggangu siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1MDB. Sekarang Laporan PAC sudah dibentangkan justeru tiada keperluan lagi Laporan Audit tersebut dirahsiakan.

Adalah lebih baik Laporan Audit tersebut diangkat sebagai dokumen awam seperti mana Laporan PAC.

KESIMPULAN.

a) Laporan polis Khairul Azwan membuka lebih banyak persoalan malah ianya juga memberikan gambaran jelas tentang apa yang sedang melanda Malaysia.

b) Dengan laporan polis Khairul Azwan, Malaysia ditunjukkan bahawa Malaysia Official No 1 yang disebut oleh DoJ ialah Perdana Menteri Malaysia. Jika bukan kenapa Khairul Azwan dakwa bahawa ketiga-tiga penama di dalam laporan polis beliau terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia?

c) Laporan Khairul Azwan menjelaskan bahawa maklumat dan dokumen yang selama ini didedahkan oleh The Wall Street Journal (WSJ), Sarawak Report (SR) dan terkini oleh FBI dan DoJ adalah benar justeru Khairul dakwa ianya palsu dan direka.

Zulhazmi Shariff
27 Julai 2016

Selasa, 26 Julai 2016

Pembohongan dan fitnah terhadap 1MDB


Kementerian Kewangan dan 1MDB telah berulang kali menerangkan bahawa 1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low dan sebarang dana yang dihantar adalah kepada rakan perniagaan, PetroSaudi Inc. (PSI), yang dimiliki oleh Keluarga DiRaja Arab Saudi, Putera Turki dan Aabar Investment PJS yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi.

1MDB hanya berurusan dengan PSI dan Aabar sahaja. PSI telah membayar semula semua dana yang dilaburkan 1MDB beserta keuntungan.

Manakala dana yang dihantar kepada Aabar pula ketika ini sedang di dalam pertikaian kerana IPIC dan Aabar  mengatakan bahawa syarikat yang mana 1MDB telah menghantar dana tersebut  di British Virgin Island (BVI) tidak dimiliki oleh mereka.

Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama bersama Aabar Investment PJS di Abu Dhabi, perbincangan tersebut adalah bersama Pengerusi yang dilantik oleh Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Pengurusan Mohamed Badawy al-Husseiny yang keduanya disebut di dalam siasatan FBI bersama Jho Low.

Semasa perjanjian ditandatangani, 1MDB juga telah melibatkan peguam dalaman dan luaran untuk mengesahkan bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Dokumen Sijil Pematuhan (Certificate of Incumbency) telah dikepilkan bersama oleh Aabar di BVI, syarikat yang sedang di dalam pertikaian. Sijil ini telah dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) yang berpangkalan di Hong Kong. OIL merupakan peneraju di dalam perbadanan antarabangsa dan perkhidmatan korporat.

Sijil Pematuhan tersebut telah mengesahkan bahawa dua orang pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Aabar Investments PJS, dan pemegang saham tunggal adalah Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Berpangkalan di Hong Kong, OIL mempunyai pejabat di BVI, Singapore, Taiwan, Shanghai, Beijing, Chenzen, Guangzhou, UK, Cyprus dan Dubai serta mempunyai sekitar 220 kakitangan.

Sekiranya dokumen rasmi, Pengerusi kepada syarikat induk, Pengarah Pengurusan kepada syarikat induk dan kedua-dua peguam dalaman dan luaran mengesahkan kepada 1MDB bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki secara sah oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, apa lagi yang 1MDB boleh lakukan untuk mengesahkan bahawa syarikat di BVI tersebut bukanlah sebuah syarikat yang palsu?

Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/OIL_(incorporations_and_corporate_services)

Ahad, 17 Julai 2016

Skyhawk Malaysia

Rahsia - Kenapa kos pembinaan terowong terlalu mahal.











Nak tahu kenapa kos pembinaan terowong tersebut mahal?

Jawapannya mudah.

Semua seorang orang tahu bahawa Dap adalah parti rasis yang diwarisi daripada ideologi komunis

Keadatangan imigran cina seawal 1930 dahulu ke Tanah Melayu bukan sahaja terdiri daripada pelarian ekonomi dan pelarian penganut agama Kristian yang lari daripada  dibunuh oleh maharaja cina.

Turut menyusup masuk ialah pembawa fahaman komunis untuk disebarkan di Malaya atau Tanah Melayu. Tujuan mereka ialah untuk memerintah Tanah Melayu.

Bermula dengan MPAJA yang kononnya menentang penaklukan Jepun akhirnya bertukar kepada PKM dengan simbol bintang 3

Kini saki baki PKM itu lah yang menghuru harakan negara masa kini. Mat Sabu yang membela Rejimen ke 10 PKM pun melalak  untuk mengembalikan semangat perjuangan Mat Indera yang terang-terang seorang komunis.

Jadi bila sudah seakan-akan dengan komunis maka terowong tak boleh dielakan. Vietnam Utara berjaya menawan Vietnam Selatan pun kerana adanya terowong. PKM di Betong Thailand berjaya membunuh ribuan tentera kita pun bersembunyi dan berpangkalan di Terowong Piyamit Betong Thailand.

Jadi tidak hairan lah terowong yang dicadangkan di Pulau Pinang sangat mahal dan mempunyai agenda tersebunyi.

Terowong yang kononnya untuk menghubungkan pulau dengan tanah besar hanya wayang sahaja. Yang lebih penting ialah bunker persembunyian dari serangan musuh sebelum melarikan diri dengan kapal selam, tempat menyimpan harta-harta seperti jongkong emas, makanan, senjata dan sebagainya.

So, marilah kita pakat-pakat buat meriam buloh stand by untuk memusnahkan terowong tersebut jika berjaya dibina oleh saki-baki ahli PKM.

Sabtu, 16 Julai 2016

大马Adinda在中国新声代演唱林育群的《未来的第一站》,Malaysia Adinda sing a song in china

BANTU MULA (JUMP-START) KETIKA KECEMASAN: APABILA BERASA RAGU, RUJUK BUKU PANDUAN PEMILIK PROTON

SUBANG JAYA, 9 Jun 2016 – PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) ingin menyangkal imej yang tersebar baru-baru ini di media sosial, yang mengesyorkan pengguna Proton untuk tidak melakukan sebarang tindakan bantu mula pada model-model Proton yang tertentu kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU). Kami ingin menegaskan bahawa semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula. 

Walau bagaimanapun, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Kami ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton. 

Berikutan dengan ini, PROTON ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa prosedur yang betul untuk melakukan bantu mula kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut. Apabila berasa ragu, selalulah merujuk kepada buku Panduan Pemilik Proton. 



Langkah-langkah yang perlu diambil seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan apabila menggunakan kabel „jumper‟ yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain, seperti: 

  • Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel ‘jumper‟ boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. 
  • Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).
  • Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan. 
  • Gunakan hanya kabel „jumper‟ dengan pengapit bateri berpenebat. 
  • Kenderaan mestilah berada dalam keadaan "P" (PARK) untuk transmisi automatik dan "N" (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
  • Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.  Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup. 
  • Kabel „jumper‟ negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran. 
  • Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas. 
  • Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.
Untuk panduan yang lebih terperinci, pemilik kereta Proton dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan apa-apa bantu mula kecemasan kepada bateri. PROTON sentiasa memastikan kereta-keretanya dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan yang tinggi dan tidak menjejaskan keselamatan pelanggan. Untuk pemeriksaan lanjut dan penukaran bateri, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 888 398 atau emel kepada customercare@proton.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan

Selasa, 5 Julai 2016

Pemandu degil lalu lorong kecemasan

Pengeboman berani mati Daesh di Kota Madinah

MASJID NABAWI DIBOM

Serangan berangkai pengebom berani mati telah berlaku di Arab Saudi. Serangan berlaku di Qatif, Jeddah dan Madinah. Serangan pertama disasarkan pada penduduk syiah di Qatif manakala serangan kedua dilakukan di Jeddah yamg didakwa disasarkan pada bangunan konsulat Amerika disana mengakibatkan dua pegawai keselamatan cedera. Manakala serangan paling bacul berlaku berhampiran Masjid Nabawi di Madinah yang mengakibatkan dua pegawai keselamatan terbunuh namun belum ada kiraan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini. 

Serangan terbaru ini didakwa dilakukan oleh Daesh (ISIL). Arab Saudi sememangnya menjadi sasaran utama kumpulan Daesh dua tahun terakhir ini yang mana kononnya Daesh mendakwa mereka membawa pemerintahan khalifah negara Islam versi mereka. Serangan keatas Masjid Nabawi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh masyarakat Islam seluruh dunia memandangkan Kota Madinah (terletaknya Masjid Nabi) adalah kota suci kedua selepas Mekah. Tindakan terkini golongan 'jalan pintas ke syurga' ini adalah satu tindakan diluar norma kewajaran. 

Panggilan Pertiwi mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru ini.

#prayforarabsaudi

Ahad, 3 Julai 2016

Antara Fakta Zakat Fitrah Yang Mesti Anda Ketahui




Siapakah Yang Berhak Terima Zakat Fitrah?

Ibnu Abbas radhiallahu anhuma mengatakan, "Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitri … sebagai makanan bagi ORANG MISKIN …." [Hr. Abu DaudL dinilai hasan oleh Syekh Al-Albani]

Apa Yang Dimaksudkan Dengan "ORANG MISKIN"


Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, "Orang fakir lebih susah daripada orang miskin. Orang miskin adalah orang yang punya harta/pendapatan, namun tidak mencukupi, sedangkan orang fakir tidak punya harta/pendapatan sama sekali. Ini adalah pendapat asy-Syafie serta jumhur ahli hadis dan ahli fiqih." Ini juga pendapat Ibnu Hazm azh-Zhahiri.


Apa Dan Berapa Kadar Zakat Fitrah?

"Dari Abu Said radhiallahu anhu, dia berkata: "Kami memberikan zakat fitrah di zaman Nabi sebanyak 1 sha' dari makanan, 1 sha' kurma, 1 sha' gandum, ataupun 1 sha' kismis (anggur kering)"." [HR. Al-Bukhari no. 1508 dan 1506, HR Muslim no. 2280]


Bentuk zakat: Makanan asasi/ruji (beras, gandum dll)

Kadar:
- 3 kg. [Fatwa Al-Lajnah, 9/371, diketuai Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz]
- 2.04 kg [Fatawa Arkanil Islam, hal. 429, Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin]


Bolehkah Menggantikan Zakat Fitrah Dengan Wang?
Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Syafie mengatakan TIDAK SAH menggantikan zakat fitrah dengan wang. Anda akan menjumpai majoriti ulama menyatakan hal yang sama tentang permasalahan ini.


Sebahagian kecil orang Malaysia yang kurang tahap kecerdasan minda biasanya akan melabel siapa sahaja yang tidak mengikut Mazhab Syafie sebagai Wahhabi.


Namun kita tidak perlulah mengikut jejak langkah kurang bijak mereka dengan melabel seluruh orang Islam di Malaysia termasuk pusat zakat, pemimpin, Raja-Raja dan Agong sebagai Wahhabi kerana membayar zakat fitrah menggunakan wang.


Apa yang perlu kita lakukan adalah teruskan mendidik dan menyatakan kebenaran dengan sabar dan hikmah tentang perintah supaya membayar zakat fitrah dengan makanan ruji seperti yang telah dicontohkan Nabi sallallahu alaihi wa salam.


https://www.facebook.com/abuaqifstudio/posts/897982923643904

ANIH BERHAD MANTAPKAN OPERASI DI KLK DAN LPT 1 UNTUK HADAPI PERTAMBAHAN TRAFIK PADA CUTI AIDILFITRI

Puan Radzimah Mohd Radzi, Naib Presiden Kanan, Ketua Pengurusan Aset Tol 
dan 
Encik Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein, Pengarah ANIH Berhad 
mengagihkan kuih raya kepada pengguna Lebuhraya di Plaza Tol Gombak.

Kuala Lumpur, 1 Julai 2016 – Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, ANIH Berhad selaku pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) menjangkakan purata 264,258 kenderaan sehari akan menggunakan KLK dan LPT 1 pada waktu puncak.

Ia merupakan peningkatan lebih daripada 87 peratus berbanding purata 141,000 kenderaan yang menggunakan KLK dan LPT 1 pada hari-hari biasa. Waktu puncak pada musim perayaan Aidilfitri ini dijangkakan bermula 1 hingga 3 Julai 2016 dan 8 hingga 10 Julai 2016.

Sehubungan itu, syarikat konsesi kepada KLK dan LPT 1 itu kini bersiap sedia dengan mengatur pelbagai strategi dalam memantapkan lagi operasi dan tahap perkhidmatan untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di sepanjang lebuh raya kendaliannya.

Pengarah ANIH Berhad, Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, antara langkah-langkah utama yang akan diambil pada musim perayaan ini adalah meningkatkan jumlah kakitangan tol sebanyak 20% kepada 400 orang bagi membantu mempercepatkan lagi transaksi pembayaran tol secara elektronik dan tunai di semua plaza tol.

"Seramai 112 anggota pasukan LPT-Ronda akan ditugaskan membuat rondaan selama 24 jam, manakala 15 orang petugas koordinasi trafik turut akan ditugaskan selama 24 jam di Pusat Kawalan Trafik (TCC) bagi menjawab panggilan dari pengguna-pengguna berhubung pertanyaan, bantuan kecemasan dan lain-lain. Selain itu, hampir 70 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut akan bersedia 24 jam di lokasi strategik untuk menyalurkan sebarang bantuan tambahan dan kecemasan kepada pengguna.

“ANIH Berhad juga turut menempatkan kira-kira 200 anggota RELA sehari di semua plaza tol serta kawasan rehat dan rawat manakala semua kerja penyelenggaraan dan naik taraf lebuh raya juga dihentikan sementara bermula 30 Jun sehingga 13 Julai ini,” katanya selepas Majlis Pemberian 5,000 Balang Biskut dan Kuih Raya Kepada Pengguna Lebuh Raya di Plaza Tol Gombak, di sini hari ini.

Program edaran biskut dan kuih raya kepada pengguna lebuh raya itu diadakan setiap tahun sebagai salah satu daripada langkah Syarikat menghargai sokongan pengguna lebuh raya serta menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Persiapan-persiapan lain dalam menghadapi pertambahan trafik termasuk:

  1. Menyediakan Cadangan Waktu perjalanan bagi memastikan perjalanan yang lancar dan jumlah trafik yang terkawal. 
  2. Mengaktifkan lorong tambahan di setiap plaza tol apabila berlaku peningkatan trafik.
  3. Menempatkan kakitangan tambahan di hadapan setiap lorong tambahan untuk melakukan transaksi tol (mobile transaction in tandem) bagi mempercepatkan lagi transaksi.
  4. Menyediakan waktu operasi selama 15 jam sehari dari 7 pagi hingga 10 malam di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak, Temerloh dan Kuantan. Servis yang ditawarkan termasuk tambah nilai kad TnG, jualan kad TnG, jualan On Board Unit (OBU) SmartTAG dan kaunter aduan dan pertanyaan pelanggan.
  5. Menyediakan khidmat tambah nilai dan pembelian kad TnG menerusi kiosk layan diri TnG di Hentian Sebelah Gombak dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah.
  6. Meningkatkan kekerapan tugas rondaan dan pemantauan, khususnya di lokasi-lokasi utama kesesakan atau kemalangan bagi membantu pengguna-pengguna lebuh raya yang terbabit dalam kecemasan, kemalangan, kerosakan dan lain-lain.
  7. Menyediakan lori tangki untuk membekalkan sumber air bersih di R&R Gambang, Pahang susulan tekanan air yang rendah.


Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Jumaat, 1 Julai 2016

Dua Maut di Bukit Merah

Bas Plusliner semamngnya laju di lebuhraya

BAGAN SERAI - Dua maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekpress di Kilometer 194.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran Bukit Merah, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa yang maut merupakan pemandu bas dan seorang penumpang wanita.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, bas yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan.

Menurutnya, penumpang maut dikenali Ho Mei Lien, 56, beralamat dari Georgetown, disahkan maut di lokasi kejadian setelah tercampak keluar dari bas itu.

"Pemandu bas juga didapati tersepit di tempat duduk pemandu sewaktu kejadian berlaku sebelum meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital," katanya kepada media, hari ini.

Twitter @plustrafik melaporkan kesesakan berlaku sejauh 3 kilometer.


Sent from Samsung tablet.

'Guan Eng, sendiri mau ingatlah'