Rabu, 21 September 2016

ANUGERAH KEPADA DATIN SERI ROSMAH & PERMATA:


KENYATAAN OLEH SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI

20 September 2016

1. Pada 8 September 2016, Irina Bokova dalam kapasiti beliau sebagai Ketua Pengarah UNESCO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Luar Negeri Dato' Sri Anifah Aman. Surat-surat itu menyatakan bahawa Datin Seri Rosmah akan diberi anugerah penghormatan khas pada satu majlis yang dianjurkan bersama oleh UNESCO pada 22 September 2016. Ini adalah sebagai pengiktirafan kepada usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk menangani ekstremisme melalui sistem pendidikan, dan secara khususnya melalui pendekatan yang diambil oleh PERMATA, yang diasaskan pada tahun 2007 oleh Datin Seri Rosmah.

2. Pada 18 September 2016, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima satu e-mel daripada Profesor Tudor Parfitt, Pengerusi Lembaga Penasihat Akademik Jawatankuasa Penganjur Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan. Profesor Parfitt menyatakan bahawa anugerah itu akan ditangguhkan ke 2017 kerana apa yang beliau kenali sebagai "campur tangan" dari Wall Street Journal dan The New York Times mengenai pembiayaan PERMATA.

3. Kami boleh mengesahkan bahawa PERMATA sepenuhnya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan telus yang dimasukkan di dalam Belanjawan Kerajaan tahunan dan diluluskan oleh Parlimen. Semua perbelanjaan adalah mengikut prosedur kewangan Kerajaan. Ini bukan sahaja satu rekod awam, tetapi boleh dijelaskan dengan segera jika kami atau PERMATA diminta berbuat demikian sebelum penangguhan anugerah itu.

4. PERMATA, Datin Seri Rosmah atau Kerajaan Malaysia tidak pernah memohon untuk anugerah itu. Keutamaan PERMATA dan Datin Seri Rosmah sentiasa adalah program-program yang memberi impak positif kepada hidup puluhan ribu orang muda. Untuk mengelakkan sebarang gangguan daripada kerja yang penting untuk anak-anak Malaysia ini, PERMATA dan Datin Seri Rosmah telah menolak penundaan anugerah yang dicadangkan.
 
5. Kami kesal ke atas percubaan mempolitikkan kerja-kerja organisasi contoh ini yang tujuannya hanya untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak. Dan kami kesal dengan mereka yang memilih untuk mengurniakan anugerah itu kerana mengalah kepada tuduhan dan sindiran mereka yang hanya memberi tumpuan kepada kempen mereka menentang Malaysia, Kerajaan, dan Perdana Menteri. Mereka yang mendalangi kempen bermotifkan politik ini tidak mengambil kisah tentang kerosakan yang disebabkan oleh tuduhan-tuduhan palsu ke atas PERMATA, kakitangannya dan semua anak-anak muda yang telah mereka bantu dan jaga.

6. PERMATA mahupun Datin Seri Rosmah tidak akan terganggu oleh orang-orang yang menyampaikkan berita palsu untuk melemahkan satu perjuangan yang mulia. Tumpuan mereka akan kekal dalam usaha membuat perbezaan yang sebenar untuk kanak-kanak hari ini, untuk membantu membina hari esok yang lebih baik untuk Malaysia.


NOTA UNTUK EDITOR:

· PERMATA berfungsi dalam rangka sistem pendidikan negara untuk menyediakan satu permulaan dalam hidup melalui pendidikan awal kanak-kanak dan penjagaan yang berkualiti. PERMATA terdiri daripada satu siri program holistik yang bertujuan untuk melahirkan potensi kanak-kanak untuk mempercepatkan pertumbuhan negara dan memupuk generasi pemimpin yang boleh Malaysia banggakan. Program PERMATA telah menyumbang kepada peningkatan dalam kehidupan puluhan ribu kanak-kanak, dan telah menerima pujian ke atas pendekatan inovatif mereka di Malaysia dan di luar negara.
 
· Pujian Ini termasuk Profesor Parfitt dan rakan kerjanya, yang mengiktiraf kejayaan PERMATA sebagai "Satu model yang boleh digunakan di negara-negara lain yang mempunyai kepelbagaian dalam populasi untuk menangani beberapa isu-isu asas yang membolehkan pelampau untuk merekrut anak-anak muda dalam persekitaran itu ke dalam barisan pejuang mereka" .

· Banyak badan-badan lain telah mengiktiraf PERMATA. Sebagai contoh, New York Academy of Sciences memberi Datin Seri Rosmah dan PERMATA Anugerah STEM Heroes mereka di PBB pada tahun 2014; Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G telah diterima di Anugerah Tadbir Urus Baik Global pada Mei 2016; dan individu-individu telah memnberi penghormatan kepada PERMATA, seperti wanita pertama dari seluruh dunia yang datang ke Malaysia untuk Persidangan Antarabangsa PERMATA yang julung kali diadakan pada bulan yang sama.

· Program PERMATA termasuklah:

Ø PERMATA Negara, yang menyediakan pendidikan awal kanak-kanak dan penjagaan untuk kanak-kanak daripada keluarga yang datang daripada kawasan luar bandar dan daripada kawasan bandar yang berpendapatan rendah, yang meliputi 5421 pusat di seluruh negara.

Ø PERMATA Pintar dan PERMATA Insan, iaitu program bagi mereka yang berkebolehan dan berbakat yang memerlukan pendekatan pedagogi secara individu yang mencabar mereka dalam STEM sementara membimbing mereka dalam bidang kemanusiaan dan kecekapan bertutur dalam berbilang bahasa. PERMATA telah mengenal pasti dan memupuk kanak-kanak pintar seawal usia dua tahun.

Ø PERMATA Seni, yang meningkatkan prestasi kanak-kanak yang berbakat dalam seni persembahan, terutamanya muzik, koir dan tarian.

Ø PERMATA Kurnia, yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak dengan gangguan spektrum autisme, menyediakan mereka untuk sekolah arus perdana dan tanggungjawab semasa dewasa.

Ø PERMATA Remaja, yang melibatkan belia berisiko dengan mengukuhkan hubungan yang positif dan mengajar mereka dengan kemahiran vokasional dan keusahawanan; untuk memberikan rasa kejayaan dalam tanggungjawab ekonomi dan menjauhkan mereka daripada pengaruh negatif.

Ø PERMATA Hospital Pakar Kanak-kanak sedang dibina untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terbaik untuk kanak-kanak dan dijangka beroperasi pada 2018.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan