Rabu, 21 Jun 2017

KENYATAAN DOJ MUSLIHAT PEMBANGKANG


1. Kenyataan Jabatan Kehakiman US (DoJ) baru-baru ini mengenai isu kleptokrasi 1MDB merupakan muslihat pihak tertentu untuk dijadikan buah mulut rakyat semasa sambutan Aidilfitri.

2. Cubaan DoJ untuk memfailkan saman sivil hanya berdasarkan laporan daripada pihak yang tidak dikenali amat mencurigakan.

3. Lebih mencurigakan apabila syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB yang dikatakan wangnya dicuri tidak pernah dipanggil oleh pihak DoJ untuk memberi sebarang kenyataan.

4. Usaha untuk mengaitkan aktiviti kleptokrasi terhadap YAB Perdana Menteri juga dilihat sengaja diada-adakan.

5. Pihak DoJ sekali lagi gagal untuk menyebut secara jelas nama YAB Perdana Menteri dan isteri sebagai defendan.

6. Kita seharusnya berpegang kepada siasatan yang telah dijalankan oleh penguatkuasa dalam negara seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

7. Kesemua agensi penguatkuasa ini telah merumuskan bahawa YAB Perdana Menteri bebas daripada sebarang salah laku transaksi kewangan 1MDB.

8. Pembangkang dilihat semakin terdesak apabila mereka semakin ketandusan isu untuk dimainkan menjelang PRU-14.

9. Malahan, indikator-indikator perkembangan ekonomi dan kewangan negara semakin menggalakkan menjadi bukti kepada kejayaan YAB Perdana Menteri mengurus ekonomi negara dengan baik serta mengurus keperluan rakyat sehingga ke akar umbi.

10. Pihak berkuasa juga harus mengadakan siasatan segera terhadap laporan Exco Armada Bersatu yang mengatakan terdapat usaha melobi DoJ untuk membawa kes ini ke hadapan.

11.  Ini adalah usaha daripada pihak tertentu yang cuba menghidupkan kembali isu ini supaya ia berpanjangan sehingga PRU-14.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan