Khamis, 31 Ogos 2017

PAS TIADA HARAPAN DI SELANGOR?



RAMALAN BEBERAPA PAKAR POLITIK DAN AKTIVIS PRO PKR MENYATAKAN PAS AKAN MENDAPAT ZERO KERUSI DI SELANGOR PADA PILIHAN RAYA KE 14 YANG BAKAL MENJELANG.

KENYATAAN INI ADALAH BERIKUTAN KEENGGANAN PAS UNTUK MENERIMA KERJASAMA DENGAN DAP DAN PAN.

KEKECOHAN DALAMAN PKR BARU-BARU INI ADALAH BERPUNCA DARIPADA LAWATAN WAN AZIZAH DAN AZMIN KE HOSPITAL UNTUK BERTEMU DENGAN PRESIDEN PAS.

LAWATAN TERSEBUT MENCETUSKAN PELBAGAI SPEKULASI SEHINGGA AHLI PARLIMEN SELAWANG MELETAKKAN JAWATAN DALAM BIRO POLITIK PKR. BELIAU MENENTANG SEBARANG KERJA SAMA DENGAN PAS.

PKR SELANGOR MAHU PAS MENGEKALKAN KERJASAMA DENGAN PAS UNTUK MEMASTIKAN PKR TERUS BERKUASA DI SELANGOR. BAGAIMANA PUN TIDAK DI PERSETUJUI OLEH PAN, DAP DAN SEBAHAGIAN AHLI PKR.

RAFIZI MENDESAK DIADAKAN SATU KONVENSYEN KHAS UNTUK MEMBINCANG KAN HAL TERSEBUT NAMUN DITOLAK OLEH AZMIN DENGAN ALASAN PUCUK PIMPINAN PARTI MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN TANPA MERUJUK PIHAK BAWAHAN.

AGAK JANGGAL DENGAN PENGUMUMAN DALAM VIDEO DI ATAS YANG MENDAKWA PAS TIADA LAGI SOKONGAN DI SELANGOR.

TAHUN 2016 SEMUA MASIH INGAT TENTANG PILIHAN RAYA KECIL SUNGAI BESAR  YANG MELIBATKAN TIGA PENJURU IAITU BARISAN NASIONAL, PAS DAN PAN.

MUNGKIN PAKAR POLITIK PRO PKR MEMBUAT RAMALAN BERDASARKAN KEPUTUSAN PRK SUNGAI BESAR.

JIKA PAS HILANG SOKONGAN BERMAKNA PAS HILANG DEPOSIT.


PEMIMPIN MASA DEPAN PAKATAN HARAPAN SUDAH DI TEMUI



TAHNIAH LAH PAKATON HARAPAN KERANA MEMPUNYAI CALON YANG TERBAIK UNTUK DIKETENGAHKAN DALAM PILIHAN RAYA KE 14 AKAN DATANG.

DIHARAPKAN IA AKAN DAPAT MEMBAWA AGENDA ISLAM SEPERTI YANG DIIMPIKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA.

KEMELUT PKR DIJANGKA BERPANJANGAN


(KOMENTAR BERITA HARIAN, 31 OGOS 2017)

Kemelut yang berlaku dalam PKR sejak mutakhir ini memperlihatkan kelemahan dan perpecahan hebat parti yang cuba memposisikan diri sebagai peneraju Pakatan Harapan (PH). Kemelut ini bermula dari isu lantikan politik PKR di Kelantan  yang diarah meletakkan jawatan serta-merta dari pentadbiran Kerajaan Kelantan oleh Biro Politik PKR.

Arahan Biro Politik PKR ini, yang dilanjutkan beberapa kali, bagaimana pun tidak dipatuhi oleh hampir semua lantikan politik terbabit menyebabkan ia terpaksa ditarik balik. Kegagalan pimpinan PKR Kelantan bertindak tegas dalam isu lantikan politik ini menyebabkan ia dilihat condong kepada PAS dan memarahkan akar umbinya.

Ekoran itu, timbul desakan supaya Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir, dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr Hafidz Rizal Amran, meletakkan jawatan. Di peringkat Pusat pula, kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, mengenai usaha beliau untuk bekerjasama dengan PAS ditentang sebahagian pemimpin PKR.

Kemuncaknya apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, mengeluarkan kenyataan meminta diadakan satu Kongres Nasional Khas bagi memutuskan keperluan berunding dengan PAS. Di dalam kenyataan tersebut, Rafizi mengeluarkan satu senarai panjang nama pemimpin PKR yang bersetuju (Team A) dan yang tidak bersetuju untuk berunding dengan PAS (Team B).

Menurut Rafizi, Team A diketuai oleh Azmin dan dianggotai oleh empat Naib Presiden PKR, iaitu Tian Chua, Shamsul Iskandar, Xavier Jeyakumar dan Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin. Turut menganggotai Team A ialah Sivarasa Rasiah, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamaruddin Jaafar, Fahmi Fadzil, Surendran Nadarajan, Elizabeth Wong, Hee Loy Sian, Siti Aishah Shaik Ismail, Dr Mohammad Nur Manuty, Latheefa Koya, Afif Bahardin dan Haniza Talha.

Team B pula dianggotai oleh Rafizi selain oleh Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, Bendahari Agung, Datin Paduka Tan Yew Kew, Ketua Penerangan, Syed Ibrahim Syed Noh, Ketua Whip, Datuk Johari Abdul, Pengarah Strategi, Sim Tze Tzin dan Ketua Setiausaha Pengelola, Fariz Musa. 

Turut menganggotai Team B ialah William Leong, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, Christina Liew, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Wong Chen, Rodziah Ismail, Fuziah Salleh, Manivannan Gowindasamy, Gooi Hsiao Loong, Azan Ismail, Dr Idris Ahmad, Dr Azman Ismail, Hassan Karim dan Aminuddin Haron.

Menyusuli kenyataan Rafizi ini ialah kenyataan beberapa Ketua Cabang PKR bahawa mereka sedang mengusahakan sokongan dari Cabang PKR seluruh negara bagi mendesak Kongres Nasional Khas diadakan. Semua ini menunjukkan bahawa PKR sedang menuju ke arah perpecahan dalaman teruk yang melampaui isu keperluan untuk bekerjasama dengan PAS dalam PRU 14 sahaja. Ditambah pula dengan insiden berbalas-balas serangan antara kedua-dua belah pihak yang sekadar menyerlahkan lagi kelemahan PKR sebagai sebuah organisasi.

Antaranya ialah tindakan Ketua AMK, Nik Nazmi, dari Team B, memecat Ketua AMK Kelantan, Dr Hafidz Rizal, dari Team A, melalui applikasi WhatsApp. Sebagai tindak balas, Dr Hafidz Rizal mendedahkan bahawa Majlis Pimpinan Pusat AMK yang diketuai oleh Nik Nazmi sudah lebih lima bulan tidak bermesyuarat. Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin, dari Team A, pula mendedahkan bahawa Majlis Pimpinan Pusat PKR sudah lebih tiga bulan tidak bermesyuarat. Turut didedahkan ialah Rafizi sudah sekian lama tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR dan rekod sangat buruk Azmin dalam mesyuarat pimpinan PH.

Bahawa mesyuarat sudah lama tidak diadakan, dan bahawa pemimpin kerap tidak menghadiri mesyuarat, menimbulkan tanda tanya mengenai cara PKR ditadbir urus. Bagaimana agaknya PKR boleh memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kemampuannya mentadbir negara jika urusan asas kepartian gagal dikendali dengan baik?

Begitu juga dengan perpecahan dalaman teruk yang sedang berlaku dalam PKR yang menyebabkan kemampuan PKR menguruskan perbezaan sangat diragui. Adalah diyakini bahawa perpecahan dalaman ini tidak akan berakhir walaupun Majlis Presiden PH telah memutuskan ia tidak akan bekerjasama dengan PAS.

Keputusan untuk berunding dengan PAS ini dibuat oleh Biro Politik PKR dan dipersetujui oleh Ketua Umum PKR merangkap Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimana mungkin Majlis Presiden PH, yang tidak dihadiri oleh Azmin, boleh membuat satu keputusan yang jelas bercanggah dengan pendirian Ketua Umumnya sendiri?

Adalah diyakini bahawa isu kerjasama dengan PAS ini akan terus hidup kerana, seperti didedahkan oleh Rafizi sendiri, cadangan ini mempunyai ramai penyokong. Malah, ramai pemimpin PKR yang menyebut secara terbuka bahawa pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan PKR kehilangan kuasa di Selangor.

Soalnya ialah apakah pemimpin PKR, khasnya yang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar, Ahli EXCO dan ADUN, sanggup kehilangan kuasa di negeri itu?

SAWAN KUT PEGUAM MAHATHIR DAN ANWAR TIBAI RCI?



SEPATUTNYA PEGUAM BERCAKAP KEPADA WARTAWAN MENGENAI KEPUTUSAN HAKIM MENOLAK SAMAN MAHATHIR BUKAN BERCAKAP MENGENAI RCI  MENGENAI KEHILANGAN RM 30 BILION DAHULU

BAB RCI BUKAN LAH KEHENDAK UMNO TETAPI IA ADALAH TUNTUTAN ANWAR IBRAHIM DAN LIM KIT SIANG PADA 2012.  MEREKA LAH YANG MAHU KERAJAAN MENUBUHKAN RCI MENYIASAT KEHILANGAN WANG NEGARA BERPULUH BILION RINGGIT.

INI LAWYER APA? LOYAR BURUK KUT.


Mahathir Gagal Saman Najib, Mahkamah Perintah Bayar Kos RM30,000



  1. Datuk Seri Najib Razak berjaya membatalkan saman dikemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berhubung dakwaan Perdana Menteri melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbiran membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  2. Saman dikemukakan Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin dibatalkan pihak mahkamah selepas mendapati tuntutan saman berkenaan tidak boleh dipertahankan.
  3. Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata hakim turut memutuskan bahawa saman berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasa tindakan, remeh dan menyusahkan.
  4. Mahkamah bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh pihak mewakili Najib bahawa adalah salah bagi plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka untuk mendakwa Najib selaku penjawat awam, dan melakukan perbuatan salah laku itu.
  5. Hal ini kerana mahkamah mendapati Perdana Menteri bukan penjawat awam mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya ahli pentadbiran.
  6. Mahkamah kemudian memerintahkan ketiga-tiga plaintif membayar kos kepada defendan sebanyak RM30,000.


SKANDAL FOREX BNM: PIHAK ATASAN ARAH UBAH PENYATA KEWANGAN


Pihak atasan Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan arahan, supaya kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami pada tahun 1993, tidak dinyatakan dalam penyata kewangan tahunannya.

Bekas pengurus Jabatan Akaun BNM, Saleha Lajim, 69, dalam keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan, berkata pada tahun 1993, BNM mengalami kerugian lebih RM5.7 bilion dalam urus niaga mata wang asing.

Bagaimanapun, Saleha berkata, pihak atasan (yang memegang jawatan penasihat dan ke atas) ketika itu, mengetahui mengenai status untung rugi aktiviti urus niaga mata wang asing berdasarkan laporan mingguan yang diberikan dalam mesyuarat.

"Kebanyakan status urus niaga mata wang asing yang dijalankan mengalami kerugian dan ia diketahui Timbalan Gabenor ketika itu, Tan Sri Dr Lin See Yan.

"Bagaimanapun kerugian itu tidak dinyatakan dalam penyata kewangan tahunan 1993, tetapi dikategorikan sebagai perbelanjaan tertunda.

"Dalam mesyuarat itu juga, Timbalan Gabenor memberi arahan lisan kepada saya, untuk membuat pengubahsuaian pada penyata kewangan yang akan dikeluarkan nanti," katanya ketika menjawab soalan anggota Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990-an di sini, hari ini.

Saleha berkata, atas arahan lisan Timbalan Gabenor, beliau memberi arahan kepada kakitangan Jabatan Akaun untuk membuat pengubahsuaian berkenaan.

"Kakitangan Jabatan Akaun akan menyediakan draf kertas lembaga pengarah untuk dikemukakan kepada Gabenor melalui penasihat bagi kelulusan.

"Kerugian akibat urus niaga mata wang asing itu dicajkan ke akaun rezab turun naik nilai pelaburan dan rezab turun naik kadar pertukaran," katanya,

Menjawab soalan Pegawai Pengendali, Julia Ibrahim, Saleha berkata, kerugian yang dialami pada tahun 1993 membabitkan jumlah yang besar.

Julia: "Kerugian sebenar pada 1993 adalah lebih RM5.7 bilion?

Saleha: "Lebih kurang 17 - 18 bilion, tak ingat jumlah keseluruhan tetapi lebih RM5 bilion.

Julia: "Akaun akhir dikemukakan kepada siapa?

Saleha: "Penasihat dan kemudian berbincang dengan Gabenor dan Timbalan Gabenor.

Julia: "Penyata kewangan kemudian dihantar kepada siapa?

Saleha: "Ia dihantar ke Jabatan akaun kerana perlu dicetak dan dikembalikan kepada pada saya untuk uruskan tanda tangan.

Saleha berkata, ketika beliau bertugas di Jabatan Akaun BNM pada tahun 1993, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop adalah Penasihat BNM.

PROCEEDING RCI HARI INI..


ARKIB: APA ITU DEKLARASI SETAPAK 1967




“Apa yang engkau tahu tentang DAP?”


“DAP adalah sebuah parti serpihan PAP (Singapura). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 1965, DAP ditubuhkan di Malaysia. Parti ini ada kaitan dengan idealisme komunis yang dibawa dari tanah besar China. Buktinya majoriti ahli DAP adalah kaum Cina.”

Ini adalah antara dialog tipikal yang biasa kedengaran apabila orang-orang Melayu bercakap tentang DAP atau Parti Tindakan Demokratik yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1966.

Dalam dialog ringkas tersebut, terdapat dua perkara penting:
Fakta asas atau maklumat yang paling umum tentang parti DAP sudah salah, yang masih menunjukkan bahawa wujud satu persepsi negatif terhadap DAP telah ditanam dan dibentuk ke dalam pemikiran masyarakat Melayu khususnya oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Pengetahuan umum masyarakat Malaysia, termasuk orang Melayu, yang masih banyak menerima maklumat daripada propaganda yang menyamar sebagi berita dalam media massa kawalan UMNO-BN serta menerima hujah kedai kopi untuk memahami politik.

Memetik ungkapan terkenal perintis laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg “By giving people the power to share, we’re making the world more transparent.” (Terjemahan: Dengan memberi kuasa kepada rakyat untuk berkongsi, kita menjadikan dunia lebih telus)

DAP sebagai sebuah parti politik yang sah mahu terlibat dalam dunia serba telus ini. Kewujudannya adalah berprinsipkan demokrasi sosial yang mementingkan keadilan dan hak serta peluang saksama untuk semua tanpa mengira kaum dan agama.

Setahun selepas penubuhannya, DAP mengumumkan Deklarasi Setapak 1967 yang menggariskan prinsip perjuangannya yang mengimpikan Malaysia milik kita bersama yang berteraskan keadilan sosial dalam masyarakat majmuk.

Mengapa perlu wujud Deklarasi Setapak


Deklarasi Setapak dibuat sewaktu Perang Vietnam berada di kemuncaknya. Parti Komunis Malaya yang telah diusir ke dalam hutan sejak 1960 mendapat semangat baru dengan bantuan Parti Komunis China yang sedang kegilaan Revolusi Kebudayaan di bumi China.

Penyokong-penyokong komunis pada masa itu mengkritik DAP kerana DAP menolak komunisme, dengan menerima Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menetapkan sistem negara yang berasaskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Suasana politik Malaysia pada 1967 begitu panas dengan isu-isu politik termasuk soal perkauman yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu. Pada tahun 1967 juga, sasterawan Abdullah Hussain menulis sebuah novel bertajuk Interlok.

Ini merupakan satu sejarah penting yang dirakam dalam waktu yang begitu meruncing pada ketika itu. DAP mengambil langkah cepat dan tepat untuk menjelaskan pendirian mereka dalam arus politik perdana di Malaysia.

DAP bukanlah sebuah parti yang bersimpati kepada komunisme, tidak berkongsi idea atau ideologi dengan mana-mana parti komunis dan menolak sebarang usaha yang memperjuangkan kewujudan sebuah negara komunis atau republik.

Dengan Deklarasi Setapak 1967, DAP dengan jelas menjarak dan memisahkan perjuangan politik mereka dengan apa jua elemen komunis yang pro kepada kegiatan subversif atau yang menggunakan kekerasan.

Antara yang disebut dengan cukup jelas:

“Kami menyarankan semula bahawa DAP sanggup dipimpin oleh perspektif dan hasrat Malaysia yang tulen. Kami tidak boleh membiarkan diri kami dibias dari haluan asal sama ada oleh reaksioner dan kumpulan haluan kiri, atau pun oleh sayap kiri yang anti-Malaysia dan yang didorong oleh orang asing. Kami juga tidak boleh membiarkan diri kami dimanipulasikan oleh kedua-dua kumpulan yang tersebut.”

Latar belakang kelahiran deklarasi


Selepas pemecatan Singapura dari Malaysia (setelah Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ditekan oleh kumpulan ultra Melayu dalam UMNO), parti PAP secara automatik menjadi sebuah parti negara asing. Pada ketika itu, ahli-ahli dan aktivis parti harus memilih sama ada mahu menjadi warga Singapura atau Malaysia.

Sebilangan tokoh-tokoh politik muda pada masa itu yang bergiat di Semenanjung seperti C.V. Devan Nair, Dr. Chen Man Hin, Lim Kit Siang, Goh Hock Guan, John Fernandez, Mohd Nor Jetty dan Daeng Ibrahim telah memilih untuk berjuang di Malaysia pasca 1965.

Hanya Devan Nair yang dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang pertama pada 1966 kemudian memilih untuk kembali aktif di Singapura. Bagi tokoh-tokoh lain, mereka memilih dan mengutamakan negara berbanding parti. Ini menjadi simbol sebagai demokrat tulen dengan semangat patriotisme.

Mereka menubuhkan DAP bukan untuk menyambung perjuangan PAP. Yang diambil sebagai prinsip adalah dasar-dasar demokrasi yang menolak perkauman serta mengajak perpaduan tanpa memisah-misahkan rakyat mengikut warna kulit.

Mengapa tokoh-tokoh DAP tidak memilih UMNO, MCA atau MIC, atau di barisan kiri seperti Parti Rakyat atau Parti Buruh?

Jawapannya cukup mudah iaitu, parti-parti yang membentuk gabungan pemerintah Perikatan itu adalah parti yang berasaskan kaum. Maka, itu tidak selari dengan agenda integrasi nasional. Begitu juga parti-parti kiri yang terlalu mirip kepada agenda komunisme, terutamanya Parti Buruh yang ditubuhkan pada awal 1950-an sudah diresapi elemen komunis sejak pertengahan 1960-an.

Maka munculah DAP yang mana dimensinya adalah parti berbilang kaum yang berteraskan ideologi demokrasi sosial, atau pada masa itu menggunakan istilah sosialisme demokratik, iaitu agenda sosialis yang bersifat sederhana yang memilih jalan Parlimen sebagai penentu kuasa rakyat, dan bukan melalui revolusi atau keganasan.

Apa beza DAP dan PAP


Jelasnya, memang wujud rentetan peristiwa sejarah DAP yang mempunyai kaitan dengan PAP di Singapura tetapi ia tidak mempunyai kesinambungan dari aspek perjuangannya.

Dasar PAP Singapura tidak diterima di Malaysia tetapi dasar DAP bersesuaian dengan politik dan Perlembagaan Persekutuan. Jika tidak, sudah tentu Pendaftar Pertubuhan tidak akan meluluskan penubuhan DAP di Malaysia.

Inilah titik pemisah di antara PAP dan DAP. Malah, orientasi politik PAP untuk mengekalkan kuasa lebih menyamai orientasi politik UMNO di mana kedua-dua parti ini mewujud dan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tujuan politik.

Kalau dibandingkan hari ini, dari segi kawalan politik dan kongkongan kebebasan bersuara, UMNO-BN adalah lebih rapat dengan PAP berbanding DAP yang memperjuangkan kebebasan dan hak-hak demokrasi dalam erti kata yang sebenar.

Nuansa di antara PAP dan DAP ini harus dapat dibezakan oleh mereka yang matang dalam melihat makna di sebalik peristiwa yang telah berlaku. Menelan bulat-bulat “berita” yang sebenarnya propaganda pemerintah hanya akan melumpuhkan minda rakyat.

Amanah dalam Deklarasi Setapak


Dasar-dasar asas DAP telah ditekan dalam Deklarasi Setapak 1967, antaranya:

“Jika kami hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum, maka perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya hegemoni perkauman oleh mana-mana komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali, atas dasar keinginan dan boleh dilakukan.”

Paling utama dalam pembinaan semua negara ialah merapatkan jurang perbezaan di antara yang kaya dan miskin. Ketidakadilan sosial akan menjadi senjata pemusnah umat, iaitu kemiskinan yang berlaku kerana tempias korupsi, salah guna kuasa, penyelewengan, kronisme, menjual agama dan maruah bangsa serta merosakkan keamanan melalui perkauman dan politik ekstrem.

“DAP akan terus memperjuangkan penerimaan, penyebaran, dan pembangunan bahasa kebangsaan, kami tidak akan menerima polisi bahasa dan pendidikan yang beranggapan bahawa kedudukan dan penyebaran bahasa kebangsaan hanya akan terjamin selepas budaya dua kaum utama di negara ini – iaitu kaum Cina dan India — dimusnahkan sama sekali.”



Secara jelas, DAP bukan sekadar mempertahankan status Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, malah DAP turut tidak mahu bahasa-bahasa lain diketepikan, sama ada sebagai bahasa pengucapan atau pembelajaran.

Sejak dahulu hingga sekarang, DAP terus berjuang untuk mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, walau pun pertistiwa-peristiwa tertentu dan tekanan-tekanan politik telah menyebabkan kelembapan dalam menterjemahkan dasar itu sebagai amalan.

Dengan maksud, walau pun masih ramai kalangan pemimpin dan ahli DAP dilihat kurang mahir berbahasa Malaysia, usaha gigih untuk mengamalkannya tidak pernah diabaikan. Dan usaha ini tentunya akan berjaya dengan sokongan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Secara ringkasnya, kesemua dasar-dasar DAP ini merupakan aspirasi rakyat yang diamanahkan kepada DAP. Sebagai sebuah parti politik yang universal dasarnya, inilah amanah yang wajib dipegang dan dilaksanakan.

Malah, sejak kebelakangan ini, sudah muncul dialog yang lain pula di kalangan orang Melayu.

“DAP bukan parti perkauman. Walau pun majoriti ahlinya masih dari satu kaum, mereka tidak memperjuangkan untuk satu kaum. Ia adalah parti demokratik bukan perkauman yang berjuang untuk semua kaum.

“Lihat sahaja pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP. Tidak ada Melayu yang dipinggirkan. Semua kaum dibela. Sedangkan UMNO jelas parti untuk satu kaum sahaja. Dan orang Melayu rakyat biasa hanya melopong melihat keluarga dan kroni pemimpin besar meraih kekayaan negara dan wang rakyat.” – Roketkini.com


Bahagian Kedua: Ekonomi dan pendidikan





“Bro, deklarasi tu apa?”

“Erm, lebih kurang perisytiharan la, tau?”

“Oh, kalau aku kata aku isytiharkan…maknanya aku mendeklarasikan sesuatu la?”

“Ya, tapi…tak juga, kurang tepat dan kurang sesuai. Deklarasi ni lebih kurang satu pernyataan yang jelas, tepat, padu tapi secara ringkas…dalam bentuk kesimpulan la, faham?”

“Habis tu, isytihar tu apa pulak?”

“Isytihar tu lebih membawa makna pegumuman atau pemakluman, biasanya dibuat secara formal dan protokol, ia lebih ringkas dari deklarasi. Kalau nak umum hari perayaan, kita dengar mereka kata perisytiharan atau deklarasi?”

“Oh…macam tu”

Hanya mimpi DAP?

Selepas manuskrip Deklarasi Setapak ini dilawat kembali untuk melihat isi dan harapannya, maka munculah soalan seperti di atas. Adalah penting soalan yang dirasakan ‘bodoh’ oleh yang bertanya tentang perkataan, istilah dan konsep itu ditanyakan kembali. Bagi yang ditanya, ia baik untuk mengingatkan kembali tentang apa mereka perkatakan.

Rupa-rupanya masih wujud lagi rasa malu untuk bertanya di kalangan masyarakat kita, bimbang soalannya dianggap sebagai soalan bodoh. Ya, memang sifat kebodohan itu lebih baik disimpan daripada dipertontonkan di khalayak, namun jika ingin tahu, maka perlu ketepikan sifat ‘bodoh’ untuk mengelak dari mendapat kebodohan percuma.

Kerana sifat ingin tahulah maka generasi baru pasca Merdeka perlu melawat kembali isi kandungan Deklarasi Setapak yang berlaku pada 1967.

Kita ingin tahu sejauh mana DAP sebagai parti demokrasi sosial bermimpi dan mahu mengejar mimpi-mimpinya melalui asas perjuangan yang digariskan oleh deklarasi tersebut. Adakah mimpi itu menyimpang dari aspirasi rakyat Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan? Atau adakah mimpi itu hanya racau DAP untuk semata-mata memeluk kuasa?

Dalam Deklarasi Setapak ini ditekankan tentang apa yang kurang, apa yang silap dan bagaimana seharusnya kelemahan dan kesilapan ini diperbetulkan agar dasar kita berada dalam landasan yang tepat demi mengejar mimpi yang sempurna. Oleh kerana ingin tahu, maka kita selak kembali tinta sejarah.

Teringat pula dengan lirik lagu kumpulan karya Peter Pan dari Indonesia, nyanyian Ariel (yang malangnya kini digelar Ariel Peterporn):

…Biarlah kubertanya pada bintang-bintang

Tentang arti kita….Dalam mimpi yang sempurna

Petikan lirik lagu Mimpi yang Sempurna



Reformasi ekonomi untuk meruntuh tembok perkauman


Ciri-ciri utama sebuah negara yang makmur adalah dengan wujudnya agihan ekonomi yang adil dan ditunjangi dengan matlamat pendidikan yang bagus, jelas dan praktis. Dalam mengagih sumber kekayaan negara kepada rakyatnya, negara memerlukan satu dasar dan mekanisme yang baik untuk menyalurkan kembali sumber dan hasil perusahaan negara.

Dengan kewujudan Dasar Ekonomi Baru 1971 ciptaan kerajaan Barisan Nasional (yang diperkenalkan selepas Deklarasi Setapak 1967), seolah-olah sengaja memperolokkan pandangan yang telah dibuat dalam Deklarasi Setapak, contohnya:

Seperti Malaysia, lain-lain negara sedang membangun juga menghadapi masalah jurang sosial, ekonomi dan budaya di antara kawasan bandar dan luar bandar mereka. Bagaimana pun, masalah di Malaysia menjadi lebih serius kerana pembahagian kelas di negara kita sering wujud bersama-sama dengan pembahagian perkauman.

Ini menunjukkan bahawa pada sekitar tahun 1960-an lagi, sudah ada bijak pandai kita yang telah menjangkakan akan berlakunya penyimpangan dasar kerajaan dalam melaksanakan agenda nasional khususnya dalam aspek ekonomi dan sosial.

Sejak berakhirnya zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, jurang ekonomi dan amalan dasar yang salah telah mula berlaku dan ia semakin menyimpang dari landasan sebenar seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan janji yang terisi di dalam Pengisytiharan Kemerdekaan yang dibuat oleh Tunku pada 1957.

Di mulut ahli-ahli Barisan Nasional (dan sebelum itu Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC) berbuih bercakap soal integrasi nasional, malah pada 1970 diadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang bercita-cita mahu membentuk satu identiti bangsa yang baru dan satu, kononnya. Namun semua ini hanyalah retorik, malah ia adalah satu proses menerapkan hegemoni perkauman dan ketidakadilan sosial dan ekonomi.

Usaha itu sudah dihidu lebih awal lagi dalam Deklarasi Setapak:

(1) Kaum petani di kawasan luar bandar kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu, manakala golongan pertengahan di bandar dan kelas-kelas profesional kebanyakannya terdiri daripada kaum bukan Melayu.



(2) Fakta ini telah secara berkesannya dipergunakan pada masa-masa lalu dan masih lagi dipergunakan pada masa kini oleh ahli-ahli politik yang berfikiran perkauman dengan memainkan sentimen Melayu yang dikongkong oleh perasaan tidak selamat dan mundur demi meneruskan dominasi politik mereka yang telah dilakukan atas nama Melayu.



Tapi sebenarnya dilakukan untuk kelas sosial minoriti yang mereka wakili — satu kelas sosial yang keji, memikirkan kepentingan diri sendiri — iaitu kelas “kamrad-feudal”, dan rakan-rakan mereka, termasuklah pucuk pimpinan Perikatan.

Perenggan (1) telah menjelaskan realiti demografi sosio-ekonomi masayarakat zaman itu. Dan seterusnya pada perenggan (2) menunjukkan bahawa ia cukup konsisten dengan idea Perikatan yang memanipulasi senario ini dengan dasar pecah perintahnya mengikut kaum.

Jadi, apa yang DAP tawarkan sebagai langkah merawat kembali penyakit sistem yang korup ini? Ubatnya telah dijelaskan dengan bahasa paling mudah yang boleh difahami oleh semua rakyat walau pun berlainan latar belakang budaya dan pendidikan, iaitu;

Sekali lagi, berkaitan dengan pembangunan ekonomi kawasan luar bandar, tugas utama seharusnya untuk mempertingkatkan pendapatan per kapita para petani Melayu, cara yang dipilih hendaklah merupakan reformasi tanah yang radikal demi menghapuskan penindasan kejam oleh pemilik tanah dan orang tengah.

Kata kunci di sini ialah ‘reformasi tanah’. Ia idea yang telah difikirkan pada sekitar tahun 1960-an lagi. DAP telah sedikit-sebanyak mendahului zaman dengan idea reformasi.

Kita dapat melihat dengan jelas pada hari ini bagaimana pimpinan UMNO dan BN mengambil kesempatan itu dengan dan bersengkongkol bersama taikun-taikun Cina, Melayu dan India dengan ‘merompak’ tanah-tanah rakyat dengan cara yang sah di sisi undang-undang (yang mereka gubal di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di mana mereka juga menguasai majoriti).

Contoh paling ketara ialah di Tasik Utara, Johor dan Baling, Kedah sekitar tahun 1970-an di mana rakyat bangkit bersama para mahasiswa prihatin. Kita dapat lihat bagaimana sistem dimanipulasi oleh elit politik BN untuk merampas tanah dan menindas hak rakyat.

Mereformasikan sistem hak milik, kaedah dan dasar pembangunan tanah, sama ada untuk perumahan, pertanian, bandar baru atau perindustrian pasti akan dapat membantu masalah perampasan dan pemerasan terhadap pemilik tanah dan sebagainya.

Jika reformasi ini berjaya dilaksanakan, sudah pasti pendapatan, kualiti hidup, kesihatan dan pendidikan masyarakat luar bandar akan lebih baik dan meningkat. Semua ini boleh dicapai kerana mereka berupaya untuk memajukan tanahnya tanpa ada gangguan politik dalam kegiatan ekonomi mereka.

Mengajar manusia menjadi bijak dan tahu berdikari bukanlah menjadi agenda BN. Pimpinan mereka mahu rakyat sentiasa bergantung kepada kuasa politik yang sedia ada.

Reformasi pendidikan untuk menghapuskan kejahilan


Dengan adanya dasar yang baik dalam aspek ekonomi, aspek pendidikan yang baik merupakan pra-syarat bagi melahirkan manusia yang waras dan bermoral. Masalah moral bukan sekadar isu agama, budaya atau status kaya-miskin, sebaliknya ia adalah masalah pengetahuan, iaitu pendidikan yang baik dan lengkap.

Kurang berpelajaran adalah punca kejahilan, dan kejahilan akan membawa segala macam penyakit moral. Oleh itu, satu dasar pendidikan yang jelas dan praktis harus menjadi agenda rakyat.

Ini turut dititipkan dalam Deklarasi Setapak:

Kami mengesahkan pendapat bahawa polisi pendidikan Kerajaan Perikatan mempunyai kesan negatif yang membatalkan jaminan perlembagaan ke atas kebebasan penggunaan lain-lain bahasa di negara ini, dan kami menganggapnya sebagai salah satu dari objektif kami untuk menyelaraskan kembali jaminan perlembagaan dengan polisi pendidikan.

Isu asas dalam konteks pendidikan ini ialah bagaimana menerusi citra dan semangat yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, daulah seharusnya boleh membuka ruang yang luas untuk anak watan mempelajari dan memahami sesuatu, sesuai dengan ruang sosial mereka, iaitu bahasa pertuturan seharian.

Secara konsepnya, Bahasa Melayu telah diterima sebagai Bahasa Kebangsaan tanpa wujud apa-apa pertikaian lagi. Tetapi dilema masyarakat kita ialah kerajaan telah menggunakan hal ini sebagai satu perisai untuk menghalalkan kecuaian mereka dalam membangunkan sistem pendidikan yang adil dan saksama kepada semua bahasa-bahasa lain seperti Inggeris, Cina, Tamil dan bahasa-bahasa pribumi Sarawak dan Sabah.

Dalam konteks politik Perikatan dan BN, bahasa telah digunakan sebagai alat untuk memisahkan semangat perpaduan antara kaum. Mereka menggunakan perbezaan bahasa dan budaya ini sebagai alasan untuk menghalalkan tidak-tanduk politik mereka.

Sungguh pun pelajar-pelajar kita bijak dan mampu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, belum mereka tidak bersifat rasis. Buktinya cukup banyak untuk disenaraikan, termasuk suara-suara perkauman yang dituturkan oleh orang-orang profesional sewaktu perhimpunan agung UMNO.

Justeru, adakah kita harus menyalahkan bulat-bulat para pelajar ini? Sudah jelas, ada kepincangan dalam pelaksanaan dasar pendidikan kita. Hal ini harus diperhalusi dan diubati jika kita mahu masyarakat keluar dari kejahilan dan berpindah masuk ke alam celik dan waras.

Pilihan buat kita

Kerja membangunkan tamadun dan kemanusiaan bukanlah suatu usaha yang mudah apatah lagi untuk direbuti. Peranannya hanya mampu dipikul oleh mereka yang benar-benar ikhlas dan yakin dengan idea dan harapan.

Memilih antara mana-mana parti untuk dijadikan kerajaan bukan lagi soal kepartian semata-mata, sebaliknya ia menjadi kewajipan bagi setiap insan yang tidak mahu dirinya dianiaya baik secara sedar mahu pun secara tersembunyi.

Kita tidak akan pernah merasa cukup selagi kita jahil. Semua parti terutamanya UMNO boleh saja beretorika dengan ungkapan seperti ini tetapi apa yang telah UMNO-BN buat setelah diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah selama 54 tahun ini?

Mengapa masih ramai pemimpin politik menjadi semakin rasis dan semakin ekstrem pandangan agama? Apakah abad ke-21 ini tidak mampu untuk menarik keluar masyarakat daripada perangkap perkauman?

Ya, memang banyak bangunan dan jalan raya dibina oleh UMNO-BN, namun itu memang tanggungjawab mana-mana kerajaan di dunia ini.

Yang perlu ditanya dan dijawab adalah sampai bila air mata rakyat mengalir melimpah melihat hak dan kebebasan diri, keluarga dan masyarakat terus dirompak oleh pimpinan UMNO-BN.

“Aku tak pernah dengar pemimpin DAP, baik Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Dr. Chen Man Hin atau siapa-siapa yang ada bercakap tentang idealisme bangsa kita,” keluh seorang kawan.

“Maksud kau apa? Aku tak faham, idealisme yang macam mana tu?” aku bertanya kembali.

“Macam Mahathir, dia ada bercakap tentang negara maju, wawasan 2020. Anwar ada bercakap tentang masyarakat madani, masyarakat sivil dan sekarang Najib bercakap pasal konsep 1Malaysia. Dari DAP aku cuma dengar Malaysian Malaysia aje, isi dan matlamatnya apa?” yang bertanya tadi, menyoal semula.

Amat jelas ungkapan saudara kita ini, persepsi ramai tentang DAP terbina dari ‘mimpi-mimpi’ ciptaan UMNO. Aku diam sejenak, memandang kembali ke bola matanya yang memang ingin tahu.

“Berfikir secara idealisme atau berfikir tentang sesuatu yang ideal, belum tentu dapat dilakukan secara betul,” spontan jawapan aku, bagai tersedar dari bermenung.

“Maksud kau?” soalnya kembali kepada aku.

“Tiada mimpi yang tak sempurna. Semua orang nak atau bercita-cita untuk sesuatu yang ideal. Ada yang sengaja mahu jadi dan dilihat idealis, cakap pun mahu retorik yang ideal, biasalah tu, tak ada salah pun.

“Tapi politik bukan semata-mata soal idea, cita-cita yang sempurna atau gaya kerja, pelaksanaannya pun bukan soal ideal atau tak, tapi soal perlu atau tidak pelaksanaan itu dilihat atau digambarkan secara ideal atau sebaliknya ”.

Aku cuba menerangkan sambil menguji kefahaman aku sendiri. Inilah ruang perbincangan yang boleh menjadi baju uji untuk mengenal isi dalam bahasa yang aku sendiri fahami.

“Oh, maksud kau, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata, macam tu ?” cepat-cepat dia cuba menangkap maksud kata-kata aku.

“Itu anggapan kau, aku tak kisah. Tapi politik ni juga soal proses, soal pembinaan watak, soal pembudayaan, soal membentuk persepsi, kita ni suka sangat dengan slogan, tak salah, tapi lama-kelamaan, politik kita jadi politik slogan aje,” aku memendekkan perbualan.

Mahu dilihat ideal yang sudah pun ideal

Dalam konteks kenegaraan, kewarganegaraan dan politik sekali pun, bukan sahaja kita mahu sedar bahawa entiti kita ini adalah unik dan indah, sebaliknya kita juga mahu ia dilihat sedemikian juga. Maksudnya kita mahu imej dan identiti keunikan atau keindahan itu dapat dilihat dan dipamerkan kepada warga dunia.

Keinginan ini adalah lumrah, malah tiada dosa jika mempunyai perasaan sedemikian. Dalam ungkapan Deklarasi Setapak 1967 turut dinyatakan dengan jelas keinginan itu, bunyinya:

Sementara kita melihat di sekeliling dunia, terutama sekali di sekitar rantau Asia, kita akan memahami dan berterima kasih kerana negara kita merupakan negara yang kecil secara bandingan, dengan populasi lebih kurang 9 juta orang sahaja.

Menyedari entiti kita secara objektif sudah tentu akan mengundang perasaan ingin bersaing antara jiran-jiran kita.

Maka dalam konteks yang baru ini, DAP berharap kerajaan Singapura dan Malaysia akhirnya akan menyedari bahawa adalah lebih bijak supaya menghentikan perkelahiran sesama mereka, dan membina perhubungan baru yang berasaskan sikap saling mempercayai, berkeyakinan dan bekerjasama untuk memastikan bahawa pembangunan demokratik ekonomi, kemakmuran, pertahanan dan kewujudan mereka akan sama-sama terus terjamin.

Realiti sejarah yang dirakam pada 1967 ini tidak akan dapat memadam keinginan parti DAP bersama-sama dengan parti-parti yang lain. Barangkali, bunyi cita-cita ideal DAP ini tidaklah seindah slogan yang molek-molek berbanding parti-parti lain. Namun, jauh di kalbu ahli-ahli DAP, telah cuba memahami dan berterima kasih atas hasrat kecil yang murni ini.

Bagaimana idealisme melalui proses politik – pengalaman DAP


Ketika di zaman awal negara ini dibina atas dasar-dasar bersama demi mengisi harga sebuah kemerdekaan, bibit-bibit penyelewengan semakin lama semakin terjadi dengan ketara, ia dilakukan oleh Perikatan selaku gabungan parti yang paling berkuasa.

Jika kita memahami apakah sebab utama Dato Onn Jaafar begitu bimbang dengan slogan ‘Hidup Melayu’ yang dibawa oleh UMNO, barangkali hal ini dapat memberi sedikit gambaran tentang tahap kesediaan bangsa kita untuk berdiri di atas kaki sendiri ketika itu.

Idea Dato’ Onn Jaafar ini barangkali sudah cukup ideal baginya demi membekalkan warga kita dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi sebelum mampu mengurus negara sendiri. Namun, hal ini sudah menjadi sejarah dan majoriti rakyat pada masa itu mahukan tanahair kita segera mencapai kemerdekaan.

Dan secara kebetulan juga, dalam Deklarasi Setapak ini ada diungkapkan:

Fakta kedua yang kita mesti hadapi adalah bahawa payung pertahanan Britain yang telah kita nikmati secara penuh yakin selama ini, kini bearada dalam proses pengecutan, dan sedang menuju ke tahap pengunduran secara total. Satu fakta yang ngeri adalah pada pertengahan tahun 1970-an nanti, Britain akan mengundurkan tenteranya secara total dari Malaysia dan Singapura.

Ini mendedahkan bahawa, kerja-kerja untuk mengisi ruang kemerdekaan masih bergerak perlahan, zaman itu ancaman komunis masih tinggi, ketegangan antara Malaysia dan Indonesia termasuk Singapura masih longgar dan tidak stabil.

Ini ditambah pula dengan kadar celik huruf dikalangan masyarakat kita yang masih lagi rendah, taraf pendidikan juga belum menyeluruh kepada rakyat dan agihan ekonomi juga masih terpisah-pisah dari kelas ekonomi. Dan, ketika itu jugalah kita harus berdikari tanpa naungan empayar British lagi, yang mana ketika itu mereka boleh bertindak sebagai ‘guides’.

Namun, seperti juga dilema yang dialami oleh Dato Onn di zaman 1940-50an dahulu, ketika itu ombak penentangan terhadap Inggeris sudah menjadi politik kebencian, maka rasional pun luput dari waras akal kita. Dan majoriti kita mahukan British keluar, dan keluarlah mereka.

Kebimbangan ini dirasionalkan apabila, selepas British keluar, negara kita dipimpin oleh segelintir golongan manusia elit yang terdiri dari golongan atasan sahaja. Risiko penyelewengan menjadi bertambah tinggi.

Ahli Parlimen Perikatan yang tidak berjawatan telah melaung-laungkan kata-kata yang anti-Britain di Parlimen, manakala kerajaan Perikatan sendiri dengan jelasnya telah bertindak tanpa berfikir secara mendalam, dan menolak keutamaan yang dinikmati oleh negara-negara Komanwel.

Namun dalam realiti ini juga, mainan politik hipokrit sudah mula disemai ke dalam budaya politik kita.

Kebodohan kerajaan Perikatan ini telah membawa akibat yang buruk, yang dicerminkan di dalam Kertas Putih Pertahanan Britain baru-baru ini. Kita terpaksa menyaksikan satu adegan yang memalukan di mana dua orang pemimpin kerajaan Perikatan telah bertandang ke London untuk merayu kepada orang yang baru dihina dan disumpah oleh mereka supaya diteruskan kehadiran tentera Britain di negara ini.

Sungguh pun selepas itu kita berjaya mengharungi Konfrontasi dengan Indonesia, mengharungi ancaman subversif gerila komunis yang ketika itu juga kerajaan turut mengaitkan DAP dengan perjuangan komunis dan di samping itu juga negara kita meneruskan agenda pembangunan negara. Ya, dalam tempoh itu kita berjaya mengharungi.

Namun akibat buruknya tetap ada iaitu peninggalan akta drakonian penjajahan British yang diperkenalkan semasa zaman darurat dahulu terus dikekal dan digunakan oleh kerajaan Perikatan dan kini Barisan Nasional. Inilah sisa-sisa politik gelap yang telah menyelubungi kita hingga zaman pemerintahan Najib Razak.

Inilah antara babak-babak awal pengalaman DAP dalam menggapai cita-cita yang ideal untuk bangsa Malaysia. Idealisme dan demokrasi yang kita impikan ini, telah melalui liku-liku realistik dan yang sangat mencabar, bukan sahaja tahap kesabaran kita tetapi kematangan kita.

Idealisme mendewasa bersama rakyat


Jati diri, identiti, entiti atau apa jua perkataan buat bangsa kita, kini kita semua sudah sampai di satu titik persimpangan. Pilihan yang terbaik harus dibuat, bangsa kita telah dihantui dengan pelbagai stigma dan pemesongan mahupun penggelapan fakta, ada yang datang dari luar malah tidak kurang juga yang datang atau dicipta oleh segelintir elit-elit politik kita terhadap bangsanya sendiri.

Politik Perikatan selama ini adalah politik pembahagian dan perpecahan kaum. Kami menganggap ini sebagai tugas utama rakyat Malaysia yang mengharapkkan kewujudan Malaysia diteruskan untuk menentang politik pembahagian dan perpecahan dengan politik integrasi di semua peringkat yang kreatif dan dinamik – politik, ekonomi dan budaya.

Bangsa ini adalah bangsa yang berketurunan Melayu, bangsa berketurunan Cina, bangsa berketurunan India dan bangsa-bangsa peribumi Sabah dan Sarawak. Sungguh pun bangsa kita masih kecil berbanding bangsa dengan tamadun yang lebih besar, kita tidak akan berpaling dari menjadi dewasa dan matang dalam membangunkan negara, tamadun dan nusa.

Tidak semestinya selalu benar bahawa negara-negara kecil tidak dapat berdikari dalam perebutan kuasa antarabangsa, sama ada dalam bidang ketenteraan mahu pun politik. Ada beberapa buah negara kecil telah menjadi terkenal di dalam sejarah dunia dengan membuktikan bahawa walau pun saiz geografikal dan populasi mereka terhad, tetapi mereka masih berupaya untuk terus hidup dan maju.



Peluang yang telah diberikan oleh rakyat pada pilihanraya 2008 yang lalu, seperti di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak telah membuktikan bahawa kita mampu berubah, kita mampu maju tanpa hidup dengan budaya rasuah dan salahguna kuasa.

Kaum-kaum di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini boleh hidup berdikari dan mampu bersaing di atas lantai yang sama rata tanpa mengorbankan prinsip-prinsip yang telah tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kejayaan mereka itu adalah hasil daripada tiga syarat utama untuk kehidupan; pertama, perasaan perpaduan, identiti dan kerukunan nasional yang kuat; kedua, rakyat yang berkemahiran dan berdedikasi; dan ketiga, disiplin sosial dan ekonomi.



Ini telah dicatatkan pada tahun 1967 lagi, dan baru hari inilah ia berjaya ditunjuk dan diterjemahkan bentuk dan ideanya. Tanpa dukungan dan kepercayaan rakyat Malaysia, tidak mungkin tinta sejarah yang tercatat itu mampu dibuktikan.



Inilah tugas suci yang kreatif dan membina dalam pembinaan negara yang kami dalam DAP berdedikasi untuk memikulnya.

Oleh itu, pada pilihanraya yang akan datang ini, Pakatan Rakyat merayu kepada seluruh rakyat agar teguh, berani dan tampil melakukan perubahan, perubahan inilah yang akan melahirkan satu bangsa yang kita idamkan iaitu Bangsa Malaysia.

Jika Dato Onn masih hidup, pasti beliau akan terpegun melihat bagaimana idealisme ini telah melalui satu proses pengalaman yang cukup panjang dan memeritkan. Dan belum terlambat untuk rakyat Malaysia pelbagai kaum termasuk Melayu merealisasikan cita-cita murni ini. – 

Roketkini.com

Rabu, 30 Ogos 2017

LANGSUNG: DATARAN MBI IPOH PERAK – KAYUHAN MERDEKA [30 OGOS 2017]

JANGAN PULA KATA TAK TAHU WAHAI TUN MAHATHIR


  1. Dalam buku bertajuk “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, muka surat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri, Perancis dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed telah menyentuh pembelian kapal selam Scorpene.
  2. Dalam kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysian Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan dua kapal selam buatan Perancis iaitu jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009.
  3. “Seramai 145 orang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang dilatih di Ecole Formation de Sous Marine di Brest, sejak 2005.
  4. “Dua kapal selam itu akan diletakkan di pangkalan di Sepanggar di Sabah apabila ia sudah beroperasi nanti,” kandungan surat itu dipetik.
  5. Ini menunjukkan isu pembelian kapal selam Scorpene bermula sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.
  6. Bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Haniff pula mendedahkan pembohongan Mahathir itu.
  7. “Mahathir boleh memperbodohkan pemuda seperti Ketua Armada PPBM Syed Saddiq, mereka yang lebih matang mengetahui perkara sebenar.
  8. “Lampu hijau bagi pembelian Scorpene diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak 1995 lagi” katanya.
  9. Malah lebih mengejutkan bila bekas pegawai penyiasat ketenteraan itu mendedahkan anak Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin terlibat dalam urusan kapal selam tersebut.
  10. “Penyokong asal program kapal selam Malaysia adalah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (pada ketika itu CEO syarikat yang baru di senaraikan BERNAS, bertindak bagi pihak Daim Zainuddin)” kata Abdul Rahmat.

Awas! Perak bakal menjadi milik DAP dalam PRU 14 akan datang



DAP begitu yakin bahawa parti itu akan menawan semula negeri Perak dalam PRU 14. 

Pada pilihan raya yang lalu mereka hampir menang dan keadaan cukup mencemaskan kem Barisan Nasional pada malam  tersebut kerana kerusi pembangkang hampir menyamai kerusi BN baik Dun dan Parlimen.

Pru 13 pembangkang terdiri Dap Pas dan PKR mendapat 28 kerusi (Dap18/Pkr5/Pas5) 

Manakala pru ke 12 tahun 2008 pembangkang mendapat 31 kerusi (Dap 18/Pkr7/Pas6). 

Oleh itu Lim Kit Siang baru baru ini menjangkakan Dap akan menambah kemenangan nya dengan bantuan Pan, Pkr dan PPBM.  Dap mahu lihat Pas dapat 0 kerusi di Perak. 

BUKAN SETAKAT 31 KERUSI SEPERTI TAHUN 2008 TETAPI AKAN MENAWAN 39 KERUSI DUN PERAK.



Dap yakin akan menokok 5% undi Melayu untuk kemenangan besar mereka di Perak. 

Begitu jugalah dengan kerusi Parlimen DAP yakin akan meraih 18 kerusi dan ditambah dengan PAN Pkr dan PPBM. 

Paling mengejutkan dalam mesyuarat PH yang dipengerusikan oleh Ngeh Ko Ham ialah beliau mahu Nizar Jamaluddin kembali menjadi Menteri Besar Perak. Bermakna Ngeh mahu mengenepikan Ketua Pan Perak iaitu Asmuni Awi.

Jika beginilah jadinya bermakna rompakan besar-besaran akan terus berlaku seperti 11 bulan pemerintahan mereka dahulu.

Tanah resab Melayu  yang geran dipegang oleh tauke tauke akan bertukar menjadi 999 tahun dan tiada lagi Resab Melayu seperti yang diharapkan oleh pembangkang Melayu yang menyokong Pas. PAN. PKR DLL.


Selasa, 29 Ogos 2017

AZMIN ALI MENGAKU BAHAWA KEJAYAAN SUKAN SEA ADALAH HASIL USAHA KERAJAAN SELANGOR



Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kecemerlangan negara dalam temasya sukan itu menyaksikan seramai 142 atlet Selangor menyumbang 74 pingat menerusi 41 acara sukan dipertandingkan.

“Antaranya ialah 31 pingat emas, 23 pingat perak dan 20 pingat gangsa, sekali gus membolehkan kontinjen Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas dalam Sukan SEA kali ini.

“Pencapaian gemilang atlet Selangor adalah hasil program pembangunan sukan Kerajaan Negeri berteraskan konsep 2I iaitu ‘Incorporate’ dan ‘Integrate’ bagi mencungkil bakat baharu bermula dari peringkat persekolahan lagi.

“Pencapaian atlet Selangor memberi keyakinan kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi sumber dan tenaga untuk meneruskan program pembangunan sukan berkonsepkan 2I demi melahirkan atlet berprestasi tinggi,” katanya.


 NOTA KEPALA LUTUT


CUBA LAH BENTANGKAN BLUEPRINT APA YANG KERAJAAN NEGERI BUAT UNTUK MELATIH AHLI SUKAN. 

NYATAKAN BERAPA JUTA WANG SELANGOR DIHABISKAN UNTUK MELATIH MEREKA.

ADAKAH AZMIN CUBA MENAFIKAN PERANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA?

STADIUM SHAH ALAM PUN TAK TERJAGA BERKULAT DAN BERLUMUT , LAGI MAHU CAKAP BANYAK....

DAH KENA SIASAT PUN BISING LAGI.



Seorang pembantu kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata sesi soal siasat hari ini lebih tertumpu kepada kiriman Twitter dibuatnya memaklumkan beliau diarahkan hadir di Putrajaya hari ini.

Yin Shao Loong mendakwa beliau sudah selesai disoal siasat berhubung kenyataan media dikeluarkannya pada 22 Ogos, tetapi kemudian ditahan selama 2 jam lagi berhubung kiriman Twitter malam tadi.

“Mereka menahan saya lebih lama kerana menyedari saya memuat naik gambar surat perintah SPRM malam tadi,” kata Yin yang merupakan pengarah komunikasi strategik Azmin.

Yin berkata beliau memberitahu pegawai SPRM yang kiriman Twitter itu adalah haknya.

Terdahulu Yin mendedahkan beliau dipanggil untuk disoal mengenai kenyataannya berhubung serbuan SPRM ke atas Universiti Selangor (Unisel) dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) Selangor minggu lepas.

“Menuju ke Putrajaya. MACC memanggil saya untuk soal siasat bawah Seksyen 30(1)(a) berkaitan siasatan Unisel selepas satu laporan difailkan oleh Pemuda Umno Kelana Jaya,” katanya di Twitter, merujuk kepada enakmen di bawah Akta SPRM 2009.


Mesej ini diikuti satu lagi tweet olehnya semalam, “SPRM memanggil saya untuk siasatan esok pada 10.00 pagi di ibu pejabatnya di Putrajaya berkaitan kes Unisel walaupun saya hanya pegawai media MB.”

SPRM 22 Ogos lalu menyerbu dan menggeledah pejabat Unisel di Shah Alam dan Bestari Jaya, pejabat sebuah syarikat swasta di Desa Pandan dan Bestari Jaya, dan pejabat MBI di Shah Alam.

Serbuan dijalankan selepas MBI mengugut untuk membuat tindakan undang-undang terhadap sesiapa menuduh mereka terlibat dengan rasuah berkaitan dakwaan bayaran yang dibuat kepada syarikat swasta itu, yang dikatakan menjalankan kerja penyelenggaraan di kampus Unisel di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, kemudiannya berkata MBI akan bekerjasama dengan SPRM atas segala hal berkaitan siasatan tersebut, tetapi mengkritik “pencabulan dan ugutan” terhadap MBI dan Unisel, mengatakan perkara itu disebabkan hasad dengki ke atas pencapaian kerajaan Selangor.

Yin hari ini berkata beliau tidak takut dipanggil SPRM tetapi tidak “100% yakin dengan apa yang berlaku hari ini”.

Beliau menolak kemungkinan dirinya akan ditahan kerana tidak tahu mengenai pertikaian antara Unisel dan syarikat swasta itu.

Bagaimanapun, beliau mempertikaikan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad yang berkata SPRM bukan mahu menganggu kerajaan negeri.

“Apa gunanya menahan saya selama lebih 5 jam jika bukan gangguan?” katanya.

GILA TALAK DAH..

BEREBUT LAH HAMPA



ORANG KEDAH TAHAN PANAS. PANAS DI KEDAH BUKAN SEPERTI PANAS DI TAIPING. PANAS DI KEDAH ORANG KATA, PANAS LIT LIT.

PANAS LIT LIT BIASANYA BERLAKU PADA MUSIM KEMARAU, TANAH BENDANG PECAH MEREKAH. 

PANAS KALI INI BUKAN KERANA MUSIM KEMARAU TETAPI KERANA DAH DEKAT DENGAN PILIHAN RAYA KE 14 YANG BOLEH DIADAKAN PADA BILA-BILA MASA.

PANAS KERANA PIHAK SEBELAH SANA KERANA BEREBUT KERUSI. KERUSI DUN DAN KERUSI PARLIMEN.

PILIHAN RAYA YANG LALU (PRU13) DEPA PAKAT-PAKAT BAHAGI PAS DAPAT 24 TETAPI MENANG 9 KERUSI SAHAJA, PKR DAPAT 10 TETAPI MENANG 4 KERUSI DAN DAP DAPAT 2 DAN MENANG KEDUA-DUA KERUSI IAITU DERGA DAN KOTA DARUL AMAN.

DAP DAH BERSUARA NAK LEBIH KERUSI, SERUPA JUGA LAH PARTI PAN DAN BUNGA (PARTI BARU PEMBANGKANG) DOK BEREBUT KERUSI, PAS SUDAH PASTI AKAN BERTANDING DI SEMUA 36 KERUSI DUN DAN 15 KERUSI PARLIMEN. 

36 KERUSI NAK DIBAHAGI KEPADA PAN, PPBM, PKR & DAP. 

KALAU NAK ADIL DAN SAKSAMA BAGI LAH 9 KERUSI DUN UNTUK 4 KOMPONAN PARTI. TETAPI OLEH KERANA PAKAT BEREBUT NAK JADI MENTERI BESAR MESTILAH PPBM MAHU LEBIH KERUSI. 

LAGI PUN KEDAH NEGERI MAHATHIR DAN MUHKRIZ. MESTILAH BUNGA DAPAT LEBIH KERUSI. TETAPI TAK MUNGKIN PKR AKAN BERDIAM DIRI. 

PKR PUN BUKAN NYA SUKA KEPADA PPBM KERANA PPBM LAH ANWAR DIPENJARAKAN SELAMA 15 TAHUN. 

PKR TAK AKAN LUPA TENTANG DOSA MAHATHIR.

MAT SABU LAIN CERITA, AMANAH  TAK BERTANDING PUN TAK APA JANJI DAP MENANG BESAR.

MUKHRIZ MENANG DI AYER HITAM ATAS TIKET BARISAN NASIONAL DAN KINI PAN ADA 1 KERUSI SAHAJA IAITU ADUN PENGKALAN KUNDOR PHAHROLRAZI ZAWAWI.


JOHARI ABDUL MP SUNGAI PETANI PULA TIDAK BERSETUJU DENGAN SIKAP DAP YANG MAHU BERTANDING DI KERUSI N22 GURUN 

PKR SENDIRI MAHU PKR MENERAJUI KEPIMPINAN DI KEDAH. 

INI AKAN MEMBERI TEKANAN KEPADA MUKHRIZ YANG BUAT MASA INI TIADA KEKUATAN DI KEDAH.


PKR MAHU BERTANDING DI 16 KERUSI DUN,  JOHARI ABDUL SENDIRI BERCITA-CITA UNTUK MENJADI MENTERI BESAR. NAMPAK GAYA PPBM PUN KENA BERTANDING 20 KERUSI UNTUK MENGEKALKAN MUKHRIZ MAHATHIR SEBAGAI MENTERI BESAR.

KESEDIHAN MELANDA PAN. NASIB MEREKA SAMA SEPERTI PPBM, AHLI PAS MASIH KEKAL MENYOKONG PARTI PAS, HANYA YANG BERFAHAMAN IRAN AKAN MENYOKONG PAN.



MORAL OF THE STORY

BERGASAK LAH HAMPA....YANG UTAMA DAP HANYA MAHU 5% SAHAJA UNDI MELAYU UNTUK MENAWAN PARLIMEN DAN PUTRAJAYA

JADI KEPADA PENGUNDI KEDAH DAN SELURUH NEGARA......INGAT SEBELUM MENANGIS AIR MATA DARAH...

KONFLIK DALAMAN PKR SEJAK 2015 TIDAK PERNAH REDA



AZMIN MENGINGAT KAN RAFIZI AGAR TIDAK MEMBAWA ISU DALAMAN PARTI KEPADA PIHAK MEDIA.

RAFIZI MAHU KONGRES KHAS PKR  DIBUAT UNTUK MENENTUKAN HALA TUJU PKR DENGAN PAS.

IANYA KEPIMPINAN PKR ADALAH DIPILIH OLEH AKAR UMBI MAKA PUCUK KEPIMPINAN BERHAK UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN.

BEGITU PULAK, SEDANGKAN AZMIN DAN RAFIZI ADALAH ANGGOTA MAJLIS TERTINGGI PARTI,

BAGAIMANA MEREKA TAK SEALIRAN DAN TIDAK BEKERJASAMA

MANAKALA LATIFAH KOYA KUTTY JUGA SERING BERCAKARAN DENGAN RAFIZI.

YANG PASTI KAJANG MOVE SUDAH JADI SUNGAI BULOH MOVE.


Rafizi Ramli baru keluarkan kenyataan yang mendedahkan bahawa dia sudah hilang kepercayaan kepada Biro Politik PKR dan telah mengambil keputusan untuk tidak hadir ke mesyuarat biro itu sejak Ogos 2016.
Dia kata Biro Politik PKR tiada guna kerana tidak dapat mencapai persefahaman keputusan maka dia hanya bermesyuarat dengan Wan Azizah, Saifuddin Nasution dan Nurul setiap minggu sahaja.
Rafizi kata lebih baik dia bergerak dengan sendiri dengan menggunakan INVOKE.
Jelas dalam mata Rafizi, tiada lagi yang pandai dalam PKR selain dirinya sendiri.
Rafizi bersifat "lone ranger" dan senang merajuk bila pemimpin-pemimpin lain dalam PKR tidak memihak kepada cadangan beliau.
LSS.

PULAK DAH!. PAKATAN TAK AKAN BEKERJA SAMA DENGAN PAS


PH BARU BANGKIT TIDUR?

  1. Awal pagi tadi Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengeluarkan kenyataan setelah berbincang sepanjang malam mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan berkerja sama dengan PAS bagi menghadapi PRU ke 14 nanti.
  2. PH mengumumkan mereka bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih dalam PRU akan datang dan bersedia menghadapi PAS.
  3. Berita ini tiada lah sensasinya kerana umum tahu PAS tidak pernah pun iktiraf atau tergiur pada pakatan ini yang di dalamnya dianggotai DAP, Pan dan Tun Dr Mahathir sebagai teraju.
  4. PAS tidak pernah memohon untuk berkerja sama malah PAS sudah sejak pasca Muktamar ke 63 baru-baru ini menyediakan jenteranya menghadapi pertandingan tiga penjuru dan di suku keempat 2017 ini rasanya seluruh ahli dan jentera PAS sudah pun bersiap sedia.
  5. PH mungkin punya mimpi lain dan baru tersentak dari tidur yang lama.
  6. PAS tidak pernah bermimpi.
  7. Di Selangor umpamanya Pesuruhjaya Selangor YB Sallehen Mukhyi telah pun isytiharkan PAS bersedia bertanding sekurang-kurangnya 42 dari 56 kerusi negeri. Dan 16 September ini seluruh jentera Selangor sudah diarahkan menghadapi PRU ke 14.
  8. Selamat terjaga dari tidur yang lama PH. Jumpa anda dalam PRU 14 nanti.



Roslan Sms

PAN SEMAKIN KELIRU DAN TAKUT DENGAN PAS



HUSAM MUSA KATA PAS SOMBONG KERANA MENOLAK PAKATAN HARAPAN. ATAS ALASAN APA PAS HARUS TERHEGEH-HEGEH UNTUK BERSAMA PAKATAN SEDANGKAN PAN MUSUH UTAMA PAS BERADA DALAM PAKATAN. MUSUH UTAMA PAS KINI ADALAH PAN, DAP DAN BARISAN NASIONAL.

MANAKALA MAHATHIR MUHAMAD ISKANDAR KUTTY PULA MENYATAKAN PAS HANYALAH PENGACAU DAN TIDAK MAMPU MENANG BANYAK KERUSI PUN. TAMBAH ISKANDAR KUTTY PAS HANYA MAMPU MENANG SETAKAT 13 KERUSI PARLIMEN SAHAJA.

LIM KIT SIANG PULA MENYATAKAN PAS AKAN DAPAT KOSONG KERUSI DI DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN.

Rumusan Berita Selasa 29 Ogos 2017

NASIONAL


  1. KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, menyenaraikan 44 lagi syarikat dan laman web ke dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.
  2. KUALA LUMPUR: Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) dan Kolam Biru, bakal mengangkat status ibu negara setaraf dengan bandar raya terkemuka lain di dunia, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, projek yang tersenarai dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di Sungai Klang itu, dikenal pasti mampu memberi impak besar kepada daya maju dan tarikan kepada bandar Kuala Lumpur.
  3. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam ini mengucapkan tahniah kepada atlet negara selepas Malaysia berjaya mendapat pingat emas ke-111, sekali gus menepati sasaran Sukan SEA 2017. Perdana Menteri berkata, pencapaian itu sekali gus mengesahkan Malaysia sebagai juara keseluruhan sukan Asia Tenggara tahun ini.
  4. SEPANG: Malaysia berharap pelaksanaan projek rintis proses imbasan awal bagi jemaah haji Malaysia di Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut membabitkan jemaah umrah pada masa depan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata program rintis itu memudahkan jemaah haji dari negara ini kerana diberikan laluan khas sebaik tiba di Lapangan Terbang Antara bangsa King Abdulaziz, Jeddah, Arab Saudi berikutan pemeriksaan dokumen perjalanan sudah dibuat awal di KLIA.
  5. IPOH: Kementerian Kesihatan akan melaksanakan projek perintis memasukkan sistem rekod imunisasi bayi dan kanak-kanak melalui MyKad bagi menukar sistem lama yang menyimpan rekod kesihatan bayi menggunakan buku. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata sistem baharu itu akan dimulakan di Putrajaya dalam masa terdekat pada tahun ini.
  6. PUTRAJAYA: Keputusan tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, akan ditentukan dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 September ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata tempoh 48 jam yang diberi pada 25 Ogos lalu meminta Guan Eng memohon maaf kerana menyifatkan penahanan Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh, sebagai 'penahanan haram' sudah pun tamat tanpa sebarang maklum balas.
  7. KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terganggu sejak Isnin lalu kembali beroperasi seperti biasa pagi tadi. KTMB dalam satu kenyataan, berkata perkhidmatan komuter terganggu pada 21 Ogos lalu hingga semalam berikutan insiden gerabak kargo yang tergelincir antara stesen KL Sentral dan Kepong.
  8. KUALA LUMPUR: Mengekalkan keamanan di rantau ini adalah antara lima cabaran utama perlu dihadapi ASEAN dalam tempoh 50 tahun akan datang, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Titah baginda, selepas lima dekad, adalah mudah untuk melupakan apa yang menyatukan ASEAN dan ia bukan disebabkan oleh ekonomi dan sosial walaupun kedua-duanya juga penting, tetapi adalah keamanan dan kestabilan.
  9. PUTRAJAYA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pemilik koleksi terbanyak genetik hidupan liar. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata melalui Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar (WGRB) di bawah Jabatan PERHILITAN, pihaknya akan mengenal pasti pelbagai jenis hidupan liar bagi membantu pengurusan sampel berkenaan.
  10. MAKKAH: Tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro - Southern Line (MMMSL) berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memulakan operasinya, esok khusus bagi membantu pergerakan jemaah haji menjelang kemuncak Hari Wukuf, 31 Ogos ini. Keseluruhannya, lima formasi pergerakan disusun oleh Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME) selaku operator tren haji berkenaan, khusus bagi membantu memastikan 350,000 jemaah haji, khususnya dari negara teluk (GCC) dan Asia Selatan melaksanakan rukun itu.

POLITIK


  1. TEMERLOH: Komponen Barisan Nasional (BN), MIC, mahu kerusi Parlimen Cameron Highlands kekal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Presidennya, Datuk Seri Dr Subramaniam, mendakwa Parlimen Cameron Highlands adalah kerusi tradisi MIC sejak dahulu dan bercadang meneruskannya, selain turut berhasrat bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabai dalam Parlimen Bentong.
  2. SERI KEMBANGAN: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih meletakkan kepercayaan mereka terhadap pemimpin parti untuk membuat keputusan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali. Katanya, Rafizi menyuarakan sentimennya sendiri dengan mengatakan tindakan beliau mahu berunding dengan PAS mengenai pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mengakibatkan perpecahan dalam PKR.
  3. KUALA LUMPUR : Ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tampil meminta kepemimpinan parti itu mengadakan kongres khas bagi membuat keputusan menghentikan sepenuhnya kerjasama dengan PAS atau sebaliknya. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Harapan Pakatan yang juga Ketua Cabang PKR Rembau, Yusuf Tapa, berkata mereka berhak untuk meminta kepemimpinan parti memanggil kongres terbabit.
  4. KOTA BHARU: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran, dipecat daripada jawatan berkenaan berkuatkuasa hari ini. Dr Mohd Hafidz berkata, pemecatannya itu hanya diketahui menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad, pada jam 9 pagi ini.


EKONOMI


  1. KUALA LUMPUR: Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) akan melancarkan tiga lagi projek baharu di Ijok, Pulau Pinang dan Semenyih pada suku keempatnya sebagai pecutan akhir mencapai sasaran jualan RM4 bilion tahun ini. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Chang Khim Wah, berkata beliau yakin sasaran jualan itu dapat dicapai walaupun prestasi jualan bagi tujuh bulan pertama sehingga 31 Mei lalu adalah sebanyak RM1.705 bilion.
  2. KUALA LUMPUR: Laporan tahunan 2016 syarikat AirAsia X Bhd berjaya merangkul dua hadiah utama atau emas Anugerah Laporan Tahunan Antarabangsa (ARC) ke-31. Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu meraih anugerah emas bagi dua kategori - Laporan Tahunan Bukan Tradisional Terbaik (Penerbangan) serta Produksi dan Penerbitan (Penerbangan).
  3. KUALA LUMPUR: Syarikat pegangan pelaburan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) menandatangani memorandum persefahaman dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bagi membantu syarikat di bawah dewan berkenaan mempromosikan perkhidmatan dan produk halal melalui platform dagangannya, GoHalal. DNeX berkata, melalui GoHalal, yang adalah pasaran elektronik industri halal, syarikat dan peniaga akan mempunyai akses kepada pasaran global bercirikan gaya hidup Muslim yang bernilai AS$2.5 trilion dan sekarang ini, dewan itu mempunyai lebih daripada 2,000 anggota.

AGAMA


  1. Seperti kata muqarabin bernama Safian as-Sauri, "Jika ditanyakan kepada ahli kubur mengenai mereka, jawab ahli kubur: Kami ini mati pada hari yang kami rasa esok masih ada."

LUAR NEGARA


  1. BEIJING: Dua maut, manakala 25 lagi dilaporkan hilang dalam insiden tanah runtuh yang meranapkan kira-kira 34 buah rumah di barat daya China, hari ini. Pihak berkuasa bandar memberitahu agensi akhbar rasmi Xinhua, petugas penyelamat menarik enam mangsa keluar dari runtuhan, termasuk dua yang maut di Bijie yang terletak dalam wilayah Guizhou.
  2. JEDDAH: Kira-kira dua juta jemaah dari seluruh dunia berada di Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini. Tahun ini juga menyaksikan penyertaan semula jemaah Iran selepas redanya krisis politik antara negara itu dan Arab Saudi serta ancaman kumpulan militan Daesh di Iraq dan Syria.
  3. HOUSTON: Taufan Harvey mencetuskan banjir meluas di Houston, semalam sehingga menyebabkan banyak kediaman dan lebuh raya ditenggelami air, ketika penduduk mencari perlindungan dengan ramalan hujan luar jangkaan untuk tempoh beberapa hari lagi. Harvey membadai lewat Jumaat lalu sebagai taufan paling kuat melanda Texas dalam tempoh 50 tahun dan sudah meragut dua korban, setakat ini.

SUKAN


  1. NILAI: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat kesimpulan kontinjen Malaysia sudah muncul juara keseluruhan pada edisi ke-29 Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas malam tadi apabila juara keirin dunia Azizulhasni Awang meraih emas acara pecut berbasikal trek di Velodrom Nasional Malaysia.
  2. KUALA LUMPUR: "Ini hadiah yang paling tidak dapat saya lupakan dari Allah." Demikian ungkapan pertama penerjun negara Ahmad Amsyar Azman yang memenangi pingat emas acara 1 meter papan anjal individu lelaki pada ulang tahun kelahiran ke-25, hari ini.
  3. KUALA LUMPUR: Skuad hoki padang wanita terpaksa menunggu sehingga minit ke-46 sebelum memecah tembok pertahanan Thailand dalam laluan mereka memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Ia adalah emas ketujuh dalam temasya dwitahunan itu.
  4. GLASGOW: Pemain Denmark, Viktor Axelsen memenuhi impiannya apabila menumbangkan pemain legenda, Lin Dan dalam dua set untuk merangkul kejuaraan perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow. Pada usia 33 tahun, Lin Dan memburu gelaran keenamnya tetapi hajatnya disekat dalam kekalahan 22-20, 21-16 di tangan Axelsen yang 10 tahun lebih muda.
  5. MADRID: Real Madrid di selamatkan oleh jaringan lewat permainan Marco Asensio untuk mengelak kekalahan mengejut di tangan Valencia dan sekadar seri 2-2 di Santiago Bernabeu. Asensio terlebih dulu membuka jaringan untuk tuan rumah hanya 10 minit selepas sepak mula, tetapi Carlos Soler menyamakan kedudukan hanya beberapa minit kemudian.

PEMBANGKANG DI JOHOR SEDANG MEMBERONTAK


Baru-baru ini Pakatan Harapan telah mengumumkan secara rasmi jawatankuasa Pakatan Harapan di Johor. Melihat kepada struktur ini, maka inilah muka-muka pemimpin yang hampir pasti bertanding di Johor pada PRU14 yang akan datang. 

Pelbagai perkara dilihat daripada pelbagai perspektif apabila jawatankuasa ini diumumkan. Sudah tentu bagi Pakatan Harapan mereka merasakan inilah barisan yang terkuat dalam cubaan menawan negeri Johor.

Agak memeranjatkan apabila Tan Sr Muhyiddin diumumkan sebagai Pengerusi Harapan di Johor. Ini perkara menarik untuk dibincangkan. TSMY kini merupakan Presiden PPBM. Sebuah parti yang paling cetek pengalaman dan tiada tenaga sebagai sebuah parti pembangkang berbanding parti-parti lain. 

Parti seperti PKR, DAP dan PAN antara parti yang paling lama dalam perjuangan pembangkang. Malah parti seperti PKR juga lahir hasil daripada perjuangan reformasi yang menentang rejim Tun Mahathir suatu ketika dahulu. 

Di Johor sahaja, parti seperti PKR, DAP dan PAN sudah lama menjalankan gerak kerja mereka di Johor. Senang kata, siang dan malam mereka bekerja sepenuh hati sebagai totok pembangkang. Nampak janggal apabila TSMY mewakili PPBM yang hanya mempunyai satu sahaja wakil di DUN Negeri Johor dipilih sebagai pemimpin de facto untuk menawan Johor. 

Sedangkang, parti pembangkang yang lain mempunyai kerusi yang lebih banyak dan lebih berpegalaman. Contohnya DAP mempunyai 13 wakil rakyat manakala PKR dan PAN masing-masing mempunyai 1 wakil rakyat.

Pengumuman TSMY sebagai Pengerusi Harapan Johor benar-benar menjatuhkan air muka pemimpin seperti Aminolhuda, Hassan Karim, Salahuddin Ayub yang jauh lebih layak memimpin pembangkang di Johor. Ia jelas menggambarkan bahawa pembangkang di Johor sebenarnya tidak mempunyai calon pemimpin yang boleh ditonjolkan kepada rakyat. Mereka akhirnya terpaksa menagih kudrat TSMY semata-mata mahu mendapatkan sokongan di Johor.

Oleh sebab itu, apabila TSMY diumumkan sebagai Pengerusi Harapan di Johor rata-rata pelantikkan ini seperti tidak disambut oleh sebahagian besar pemimpin pembangkang di Johor. Semak dan lihatlah di mana portal berita, tiada satu pun pemimpin menyambut penuh gembira pelantikan TSMY. Kecuali hanya satu parti yang bersorak gembira, parti DAP. 

DAP melihat kemasukkan TSMY ke dalam pembangkang sebagai satu bonus pada mereka. DAP seakan-akan sudah meraikannya awal. Pada 15 Ogos, Ahli Parlimen kontroversi Kluang melalui Roketkini mengumumkan TSMY sebagai Pengerusi Harapan Johor sedangkan struktur ini hanya diumumkan secara rasmi pada 23 Ogos yang lalu. Ia merupakan satu perancangan tersusun Dap tanpa persetujuan pemimpin pembangkang di Johor. 

Melihat TSMY dan PPBM yang membawa imej parti Melayu menjadikan tugas DAP semakin mudah untuk memanipulasi pengundi Melayu di Johor. Strategi ini jelas menunjukkan DAP tidak merasakan rakan pemimpin yang lain tidak mampu membawa impak kepada Pakatan Harapan di Johor.

Perlu diingat, pelantikan TSMY sebagai pemimpin pembangkang utama di Johor merupakan satu kesilapan yang cukup besar. Beliau bukan  individu yang mampu membawa tsunami politik di Johor. Bukan juga pemimpin yang mampu untuk menembus tembok permuafakatan yang utuh di Johor.

TSMY kembali ke semula ke Johor dengan imej dan kredibiliti yang cukup buruk sewaktu menjadi Menteri Besar Johor dahulu. Ditambah, Sultan Johor juga secara terang murka ketika beliau memimpin Johor. Beginikah kualiti dan sosok seorang pemimpin yang boleh diharapkan untuk memimpin Johor?

Sudah tentu kehadiran TSMY ke Johor menggambarkan bahawa wakil rakyat dan pemimpin pembangkang di Johor benar-benar rasa tidak dihargai di Johor. Paling tercabar dengan lantikan TSMY ini sudah tentu Salahuddin Ayub. Sejak beberapa bulan ini, beliau dilihat kerap muncul di Johor dan cuba menjadi juara dalam pelbagai isu yang cuba pembangkang mainkan di Johor. 

Hinggakan pada satu ketika, Salahuddin sendiri tanpa segan silu mencadangkan diri beliau sendiri untuk jawatan Menteri Besar Johor. Sudahnya, Salahuddin Ayub bukan sahaja tidak dilantik sebagai Pengerusi Harapan Johor malah hanya dilantik sebagai sebagai Pengarah Pilihan Raya Harapan Johor.

Salahuddin Ayub juga seharusnya sedar. Beliau seolah-olah sedang dimalukan di Johor. Bukan oleh parti lawan, tetapi oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan sendiri. Sebagai Timbalan Presiden PAN Pusat, maruahnya sedang dirobek. Malah Aminolhuda Hassan yang juga seteru Salahuddin Ayub mendapat jawatan yang lebih tinggi sebagai Timbalan Pengerusi Harapan Johor.

Akhirnya jelas. Lantikkan TSMY sebenanrya membawa badai kepada pembangkang di Johor. Beliau dan DAP sebenanrnya sedang memalukan pimpinan pembangkang di Johor ayas segala usaha dan keringat mereka.

Jangan pernah lupa, Pengerusi Harapan Johor ini ialah totok UMNO. Ditoreh tangannya TSMY, nescaya darah UMNO yang keluar. Bukan rakyat yang cakap. TSMY yang cakap.

Fikri Allaudin
Aktivis Persatuan Pemikir Muda Johor

JAWAPAN KEPADA FITNAH PAKAR (EKONOMI) MEE SEGERA BUNGA RAYA..





1. Siapa yang songlap, menyamun duit rakyat dalam kes 1MDB?

Jawapan : Firma Audit Bebas terkemuka dunia Deloitte, PAC, Ketua Audit Negara semua dah pun siasat dan Audit akaun 1MDB, tidak ada sorangpun kata duit 1MDB hilang? Yang hilang duit IPIC, yang diseleweng oleh pihak pengurusan lama Aabar sendiri. Duit rakyat mana pulak yang kena songlap? Berhentikan berbohong dan menghasut!

2. Siapa yang kurangkan Bajet Pendidikan?

Jawapan : Bila Amerika menghasilkan Shale Oil, pengeluaran minyak mereka meningkat 2.5 kali ganda mengakibatkan harga minyak kita jatuh teruk. Hasil minyak Malaysia hilang 35.9b pada tahun 2016 berbanding dengan hasil pada tahun 2014.  Semua bajet kena potong semasa pendapatan negara merosot bukan sahaja pendidikan.  Dalam kehidupan berkeluargapun kadang-kadang kena potong bajet bila kita hilang pendapatan. Bila pendapatan pulih semula, apa yang dipotong itu nescaya akan dikembalikan InSya Allah.

3. Siapa yang menyebabkan ekonomi Malaysia merudum.

Jawapan : Kali terakhir Malaysia berhadapan kegawatan ekonomi ialah pada tahun 1997-1998. Itu masa Pengerusi PPBM jadi PM dan Ketua Umum PKR menjadi Timbalan beliau.  Ekonomi Malaysia merudum ini sebenarnya definisi dan kerja siapa? Mahathir bukan? Di zaman dia dulu kita berhutang hingga lebih 100% berbanding KDNK pun kita tidak bankrap, kenapa? Apatah lagi di zaman Najib yang ada disiplin ekonomi dan fiskal yang kuat. Kita letak syiling nak berhutang tak boleh lebih daripada 55% berbanding KDNK. Setidak-tidaknya Najib dan Kerajaan berjaya menurunkan kadar hutang negara kita dari 54.5% pada tahun 2015 kepada hanya 52.7% pada tahun lepas. Takkanlah ekonomi merudum tahun lepas pertumbuhan ekonomi negara masih 4.2%? Suku terakhir naik 4.5% dan suku pertama tahun ni naik 5.6%, iaitu tertinggi dalam tempoh 2 tahun. Yang cakap ekonomi Malaysia merudum dan nak bankrup ini adalah Prof Ekonomi Halimunan dari kilang ketum ke? Adoi, why must your guys insulted our people's intelligent? Enough is enough!

4. Siapa dalang di sebalik hilangnya duit Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, Tabung Pesara, duit KWSP dan lain2?

Jawapan :  Bila masa pulak duit Tabung Haji,  Tabung Angkatan Tentera, Tabung Pesara dan duit KWSP hilang? Cuba bawa keluar report polisnya kalau ada? Tak habis-habis tabur fitnah, anda tidak bacakah surat khabar? Atau hanya baca wasap sampai berasap telinga? Bahawa walau teruk macamana sekali pun kedudukan ekonomi global, agensi-agensi tersebut tidak pernah gagal memberi dividen dan bonus yang memuaskan untuk para pencarum dan pemegang saham mereka.

5. Siapa yang hapuskan subsidi?

Jawapan : Ya Kerajaan BN yang hapuskan untuk kebaikan rakyat. Tetapi subsidi yang macamana yang kita hapuskan? Kita hapuskan subsidi pukal yang menguntungkan golongan berada dan kaya. Contohnya subsidi gula, rakyat biasa dulu dapat subsidi 34 sen je sekilo, paling kuat satu keluarga pakai 2 - 4 kilogram gula sebulan. Tetapi yang guna beribu kilogram gula setiap hari ialah kilang-kilang termasuklah kilang arak dan kilang-kilang haram yang menggunakan banyak gula. Sama juga dengan subsidi petrol, kajian Kementerian Kewangan mendapati 70% subsidi bahan bakar petrol dan diesel dinikmati oleh mereka yang berada sebab lagi besar kereta mereka, lagi kuat makan minyak, lagi banyaklah subsidi yang mereka dapat dari pihak kerajaan. Adil ke macam tu? Itu sebabnya kerajaan tarik balik subsidi secara pukal seperti dan pulangkan kembali duit rakyat kepada mereka yang betul-betul memerlukan melalui subsidi yang lebih mensasar atau terfokus seperti BR1M, KL1M, Bantuan Persekolahan 1 Malaysia, Kad Siswa 1Malaysia, Subsidi Mendaratkan Ikan Kepada Nelayan, Subsidi Musim Tengkujuh kepada Penoreh yang tidak dapat keluar menoreh sekitar bulan November, Disember dan Januari dan juga pelbagai subsidi lain.

6. Siapa yang jual tanah hak milik kekal di Forest City?

Jawapan : Rata-rata orang Johor tahu bahawa tanah Johor banyak tergadai kepada rakyat asing sewaktu Presiden PPBM menjadi MB Johor.  Daripada terus membiarkan tanah-tanah di Johor jatuh ke tangan pelabur asing, strategi Kerajaan Johor ialah mewujudkan pulau buatan manusia ditengah laut untuk dibina Forest City yang sebenarnya merupakan satu pendekatan di luar kotak. Rumah yang dijual berbentuk kondo mewah yang hanya memiliki status hak milik strata dan harganya sangat mahal. Setiap rumah yang dijual sebahagian besar menjadi hasil kerajaan negeri. Dana ini kemudiannya disalurkan untuk membeli tanah dan membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri Johor, baguskan?. Saya sebagai anak Johor berbangga kerana di bawah pemerintahan MB sekarang, tanah Rezab Melayu di Johor semakin bertambah saban tahun dan bukan kian merosot macam masa boyfriend dan teman tidor Nika Gee berkuasa dulu.

7. Siapa sebenarnya yang merobohkan dan menjual tanah Kem Tentera Sungai Besi dan beberapa kem tentera yang lain?

Jawapan : Pengkalan Tentera Sungai Besi sudah lama, usang dan sudah tidak strategik lagi sebagai pengkalan tentera udara. Mungkin mamat yang mempertikai penjualan Kem Sungai Besi ini bengang kerana syarikat kroni Tun Mahathir, YTL tidak memenangi bidaan tanah yang dikenali sebagai Bandar Malaysia itu.  Kalau *YTL* yang dapat, tentu mereka senyap dan sunyi kerana kenyang makan dedak? Untuk makluman, sejak zaman komunis lagi pesawat kita di Pengkalan Udara Sungai Besi pernah dibom beberapa kali mengguna pelancar roket dari tepi lebuh raya Sungai Besi. Strategik apa namanya kalau pengkalan tentera kita terdedah dan terbuka dengan serangan musuh semudah itu? Keduanya, sedarkah kamu bahawa pesawat tentera udara kita semakin lama semakin besar dan makin canggih. Maka sudah semestinya ianya memerlukan landasan yang lebih panjang dan lebar. Mungkin para pemfitnah dajjal ini tidak sedar bahawa Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi hanya diguna oleh pesawat Chesna dan peminat Glider sahaja, pesawat buruk macam Charlie pun tak guna Pengkalan ini. Macam mana kita nak gunakan ia untuk mendaratkan pesawat baru yang jauh lebih besar seperti MIG29? Ini belum cerita masalah lain termasuk menara kawalan dan risiko kemalangan bila pesawat terpaksa membatalkan penerbangan dihujung landasan?

Perlu difahami juga bahawa 1MDB memenangi bidaan untuk membeli tanah tersebut daripada Kerajaan kerana 1MDB setuju dengan pelbagai syarat ketat yang telah diletak oleh pihak kerajaan. Di antaranya ialah, 1MDB perlu membina 6 buah kem tentera yang baru dan 2 kem polis baru sebelum mula membangunkan Bandar Malaysia.  Keduanya, kesemua kos pemindahan ke kem baru tersebut akan ditanggung oleh 1MDB. Ketiga, di Bandar Malaysia ini juga akan dibina 5000 unit buag rumah mampu milik. YTL atau Berjaya sanggup ke?

8. Siapa  yang jual aset strategik tenaga seperti TNB dan sebagainya?

Jawapan : Inilah masalahnya apabila Prof Kangkung dan Penceramah tepi longkang bersuara. Bila pulak kita jual TNB? Kalau tidak faham  bukankah lebih baik jika kita berdiam diri dari mendedahkan kebodohan kita apatah lagi menghasut? Yang 1MDB jual ialah aset penjana tenaganya, iaitu Edra Energy, bukan TNB.  Edra cuma bekal tenaga kepada TNB.  Edra pula hanya menjana 14% daripada keperluan tenaga negara. Namun, disebabkan Edra membekalkan tenaga 1 sen lebih murah dari TNB dan 9 sen lebih murah dari syarikat pembekal tenaha milek 4 kroni Mahathir dulu, merasa juga kita menikmati penurunan tarif pada awal tahun 2015 dulu, alhamdulillah. Bahawa Edra menjana pulangan RN5 billion setahun, malangnya bila mereka hendak disenaraikan di BSKL, puak-puak pembangang seperti kalian juga yang sabotaj.  Kamu serang 1MDB bertubi-tubi sehingga Edra tidak dapat disenaraikan. Maka melepaslah peluang untuk Edra meraih dana tambahan yang sepatutnya membolehkan Edra mempunyai modal pusingan yang kukuh.  Kalau kalian tidak sebotaj, tak perlulah 1MDB jual Edra itu. 1MDB berhutang kerana beli aset, maka untuk mengurangkan hutangnya, mereka juallah aset yang menyebabkan mereka berhutang. Berhutang salah, jual aset untuk hapuskan hutangpun salah. Tak salahnya ialah kalau kroni Mahathir dapat manafaat dengan percuma hasil dari jualan itu agaknya. Agaknya itu yang kalian mahu?

9. Siapa pula yang jual Proton dan Lotus kepada Negara China?

Jawapan : Yang mula-mula sekali menjemput Geely untuk menjadi rakan kongsi strategik Proton dan Lotus tu siapa ya sebenarnya? Bukankah Dr Mahathir Mohamad dan Syed Mokhtar Al-Bukhari yang telah mengundang mereka? Sekarang nak pertikaikan pulak bila yang berjaya sealed the deal adalah PM Najib? Kalau ada benda betul yang Mahathir buat, bagi saya menjual 49.9% saham proton kepada Geely itu adalah satu darinya. Apa guna kalau Proton 100% milik negara tapi pasaran negara Asean pun kita tak boleh nak tembus semua? Asyik nak mintak suntikan modal dari Kerajaan sahaja walaupun dah berbelas billion diberikan. Sedarkah kalian, bahawa pada penghujung tahun lalu jualan kereta semuanya naik mendadak, tapi jualan proton semakin merosot? Kenapa? Bukankah lebih baik memiliki hanya 50.1% yang nilainya berkali ganda lebih besar daripada 100% saham proton sekarang ini? Lihat sahaja apa yang telah berjaya Geely lakukan apabila mereka mengambil-alih Volvo.  Dari sebuah syarikat yang bermasalah dan hampir muflis, kini Volvo mampu menjual 420,000 buah kenderaan dan menjelang 2020 mereka mensasarkan untuk menjual lebih dari 800,000 unit kenderaan setahun. Marvelous bukan?

Dengan 'networking' yang Geely ada dan penguasaan pasaran hampir 1.4 billion penduduk negara China sekarang, sudah pasti jualan proton juga akan turut meningkat dan melonjak dengan mendadak. Bila jualan meningkat, alat ganti juga akan dibuat dengan skala yang lebih besar.  Alat ganti akan menjadi murah dan kualiti proton juga sudah pasti akan lebih baik selepas mendapat rakan kongsi strategik yang juga merupakan pemilik kereta paling selamat didunia, Volvo.  Takdelah lagi orang gelar Proton sebagai kereta yang ada masalah 'power window' dan 'gear box' kena tukar setiap dua kali setahun? Dan akhirnya jadi besi buruk dan tak laku untuk dijual? Baguskan teori Mahathir?

10. Siapa yang kutip GST dan guna untuk bayar hutang 1MDB?

Jawapan : Ada yang kufur nikmat tuduh GST diambil oleh Najib dan Rusmah untuk berjoli. Ini satu fitnah dajjal yang amat jahat dan tidak berasas samasekali. GST adalah cukai kepenggunaan bagi menggantikan SST yang menindas rakyat dan tidak berkesan, ia kutip olen pihak Kastam Diraja Malaysia bukan dibayar kepada Najib. Semua kutipan GST beresit dan diaudit. 

Setakat hari ini, modal yang telah kerajaan berikan kepada 1MDB untuk memulakan perniagaan hanyalah RM1juta sahaja dan 'standby credit' sebanyak RM950 juta yang sudahpun 1MDB bayar balik selepas kejayaan proses Rasionalisasi 1MDB yang semakin giat berjalan. Bila pula duit GST digunakan untuk membayar hutang 1MDB? Itu satu kenyataan bodoh dan fitnah yang keterlaluan.  Apa yang pasti, nasib baik kita ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil risiko dan keputusan tidak popular dengan meneruskan perlaksanaan GST. Juga Ahmad Maslan bekas Timbalan Menteri Kewangan 1 yang ke hulu ke hilir menjelaskan tentang GST. Kalau kedua-dua tokoh ini takut dimaki-hamun dan play safe, dihina dan takut hilang kuasa dan populariti bila rakyat marah apabila GST dilaksanakan, cuba bayangkan apa akan terjadi kepada negara ini bila negara kehilangan pendapatan RM35.9 billion dari hasil minyak pada tahun 2016 berbanding 2014. Ada pemimpin pembangkang tolong top up? Haram ada bukan!? Jelas GSTlah yang telah menyelamatkan ekonomi negara pada ketika itu. Pendapatan SST pada tahun 2014 cuma RM14billion lebih sedikit. Tetapi selepas GST dilaksanakan, kita telah berjaya mengutip RM42 billion hasil cukai pada 2016. Pada tahun ini kutipan GST dijangka meningkat kepada RM51 billion. Terima kasih rakyat Malaysia.

Sungguh kita bernasib baik kerana Najib dan kerajaan Malaysia berfikiran jauh. Masa beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, kita bergantung sebanyak 42% hasil negara melalui hasil petroleum. Setelah perlaksanaan rasionalisasi subsidi dan usaha mempelbagai pendapatan negara termasuk perlaksanaan GST, kadar kebergantungan kita terhadap hasil petroleum kini cuma tinggal 14% sahaja pada tahun lepas. Kalau otak Najib dan para pemikir negara ini lembap macam Dr Klinikal Mahathir, bila harga minyak jatuh merudum pada tahun 2014, sudah pasti pada tahun 2015 dan berikutnya gaji kakitangan awam sudah dipotong sebanyak 20% sepertimana yang berlaku di Negara Brunei Darul Salam. Maka sudah pasti harga minyak dinaikkan sepertimana yang berlaku di Mesir, Jordan, Tunisia dan sehingga 40% di Saudi Arabia pada 2015. Namun, disebabkan kebijaksanaan Kerajaanlah harga minyak di Malaysia mula diapungkan sejak 1 Disember 2014 yang menjadikan rakyat dapat merasai penurunan harga minyak secara konsisten selama 2 tahun dari RM2.30 sen hingga RM1.60 sen untuk seliter bagi RON95.  Kerana negara ini diperintah oleh tangan orang yang tahu menjaga ekonomilah maka kita tidak perlu memotong gaji kakitangan awam,  sebaliknya menaikkan gaji mereka sebanyak dua (2) mata anaktangga pada tahun 2016.

Bahawa fitnah itu senjata Iblis laknatullah, musuh Allah dan musuh seluruh umat manusia.

Bebaskan diri dan keluarga anda dari FITNAH!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sumber: Dato' Lokman Noor Adam, Pengarah Komukasi strategi KKM

Disunting semula oleh: Haji Naseron Ismail, Pegawai Kanan Biro IT UMNO Malaysia.