Langkau ke kandungan utama

DAP Gunakan PKR Di Selangor & Kelantan Untuk Hancurkan PAS



Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS. Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS. Tidak cukup dengan itu, PKR pula dipecahkan sesama sendiri bagi hancurkan terus PAS.

Bulan April 2017 ketika Muktamar PAS di Kedah, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir telah menjerit "Jahanam PAN". Laungan yang disambut kemudiannya oleh semua perwakilan PAS untuk menjahanamkan parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh Mat Sabu itu. 

Kemudian, Pengerusi Jawatankuasa Usul PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali membuat usul agar PAS putus hubungan dengan PKR. "Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat 'tahaluf siyasi' dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar 'tahaluf siyasi' antara PAS dan PKR diputuskan" kata Khairuddin. 

11 Mei 2017, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan "tahaluf siyasi" antara PAS-PKR terbatal serta merta, kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh. Kerajaan negeri Selangor bergoncang sekejap dengan keputusan Majlis Syura ini namun akhirnya hubungan "tidak sah" PAS dengan PKR di Selangor diteruskan juga oleh Azmin Ali. 

Bermakna, DAP tahu parti PAS masih ada nyawa kerana ada orang dalam PKR masih simpati dengan PAS. Oleh itu, DAP kena cari jalan untuk "jahanamkan" terus PAS.

Semalam, orang kuat PKR telah keluar parti. Bukan calang calang orang, berjawatan Bendahari lagi. Sebabnya adalah kerana tidak puas hati dengan Azmin yang masih tetap mahu meneruskan hubungan politik dengan PAS. 

"Saya tidak boleh (pertahankan kerjasama dengan PAS). Apabila saya tidak dapat mengikut arahan ini maka saya perlu berundur," kata William Leong yang merupakan Bendahari PKR. 

Politik kayu tiga cara Azmin Ali sudah mula dibenci oleh pemimpin atasan PKR sendiri. 12 Ogos, Azmin berjumpa Hadi Awang, katanya bincang pasal PRU14. Enam hari kemudian jumpa pula dengan Mat Sabu berbincang pasal PRU14. Yang mana satu Azmin hendak bincang ini sebenarnya? 

Sedangkan PAN sudah buat ketetapan akan bertanding di seluruh kerusi DUN di Selangor. 

PAN adalah "isteri yang sah" mengikut gabungan baru Pakatan Harapan manakala PAS pula sudah jadi janda sejak Pakatan Rakyat sudah diiktiraf mati oleh Kit Siang. Namun di Selangor, Azmin Ali ambil "janda" untuk bersamanya dalam "rumah"  kerajaan negeri Selangor. 

Hayat "janda" yang bernama PAS ini sudah tidak lama lagi di "rumah" itu. Ini kerana, dalam PRU14, bermulalah "proses menghalau janda" oleh PAN. Baca tulisan Beruang Biru tentang Azmin gilakan janda bernama PAS di pautan ini https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/08/azmin-talam-bermain-politik-kayu.html#.WZ5AYlFLfIU

Inilah yang menyebabkan William Leong keluar dari PKR. Khabarnya bukan William Leong sahaja yang akan keluar daripada PKR. Ramai lagi yang akan mengikuti William kerana tidak puas hati dengan Azmin. DAP dipercayai menjadi dalang menghasut William keluar dari PKR. 

William Leong memang sudah lama tidak puas hati dengan ADUN PAS Taman Templer iaitu Zaidy Abdul Talib kerana beberapa isu berkaitan agihan peruntukan di kawasan terbabit. Kerusi Taman Templer ini dijangka akan ditandingi oleh calon PAN yang akan ditaja oleh DAP nanti. 

Begitu juga dengan dua lagi kawasan di Kuang dan Rawang, dulu PKR yang masuk tanding di situ. Dipercayai di dua kawasan ini juga, DAP akan meletakkan calonnya untuk menguatkan kedudukan DAP dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Sebenarnya pengundi di dua DUN situ adalah bukanlah ahli PKR tetapi mereka lebih cenderung kepada DAP. 

Samalah juga dengan William Leong, dia dapat undi banyak dari penyokong DAP. Jika Azmin terus berkeras mahu kerjasama dengan PAS dan William masih lagi berada dalam PKR, kemungkinan besar William juga akan kalah di parlimen Selayang. 

Bukan sahaja di Selangor yang bergolak dan pecah belah, PKR di Kelantan juga tengah bergaduh teruk kerana hubungan dengan PAS. Satu puak PKR diketuai oleh Ab Aziz Ab Kadir, Pengerusi PKR Kelantan yang lebih cenderung untuk kerjasama dengan PAS. Satu puak PKR lagi diketuai oleh Mohd Khairul Amin Abdul Rahman, Naib Ketua AMK Kelantan yang lebih suka kerjasama dengan PAN bersama Husam Musa. 

Di pihak Ab Aziz, diam diam "hubungan dengan PAS" dilakukan oleh membolehkan semua penyelia yang dilantik oleh kerajaan negeri PAS Kelantan boleh menerima elaun bulanan dan keistimewaan lain. 

Ab Aziz buat begitu kerana orang orang PKR ini sudah buat perjanjian sulit mahu undi PAS dalam PRU14 nanti. Perjanjian yang dibuat tanpa pengetahuan Husam Musa pun. 

Dengan Husam Musa beriya iya benar hendak menjadi Menteri Besar baru di Kelantan, dia sanggup melakukan apa sahaja cara agar PAS dapat dilumpuhkan dan PKR berkerjasama secara penuh dengan PAN.

Husam tidak mahu lagi PKR bersikap seperti Azmin, secara bersembunyi sembunyi jalin hubungan dengan janda, PAS. 

Husam minta bantuan DAP bagi jahanamkan PKR yang pro PAS di Kelantan. 

Inilah yang sedang berlaku di Selangor dan Kelantan. PKR sedang berpecah belah kerana mahu rebut kuasa dan kedudukan. Di Selangor, berpecah kerana pemimpin PKR masih mahu jalin hubungan sulit dengan PAS. Di Kelantan pun begitu, pemimpin PKR masih lagi mahu jalin hubungan dengan PAS. 

DAP akhirnya berjaya memecah belahkan PKR dan juga PAS. DAP tubuh PAN sebagai parti serpihan PAS. 

Kemudian untuk menjadikan PAN kuat, DAP gesa pemimpin PKR yang pro PAN agar bergaduh dengan semua pemimpin PKR yang masih lagi pro pada PAS. 

Ini bukti DAP adalah ketua sebenar dalam Pakatan Harapan. Mencaturkan segala perkara yang berlaku dalam pembangkang.

Jangan dilupakan, logo Pakatan Harapan pun masih belum diserahkan lagi kepada ROS. Pendaftaran Pakatan Harapan pun masih berstatus "tidak sah". Begitu juga dengan hal CEC DAP. 

Sebenarnya DAP masih lagi berstatus parti haram, sama taraf seperti kilang haram di Pulau Pinang. Namun dalam pakatan pembangkang, DAP adalah ketua sebenar.Yang menentukan segala galanya hinggakan buat PKR berpecah belah dan menubuhkan PAN untuk melawan dengan PAS. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAU 1987: Najib Penyelamat Nyawa Politik Dr Mahathir. Tapi kenapa dia bencikan Najib?

#SuaraMerdeka - Kebebasan . Persamaan . Keadilan

*PADA* malam 23 April 1987, kira-kira 30 tahun yang lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini di antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah pun hilang dari pandangan setelah 'direbahkan' (flattened) untuk dibuat bangunan baru, yang kini dikatakan terbengkalai.
Cukup genting pada masa itu prebutan kuasa antara dua tokoh - Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Hotel Hilton menjadi markas jentera kempen Dr Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.
Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.
Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terdesak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan c…

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…