Khamis, 17 Ogos 2017

PAS KEKAL KLUK KLEK









Kita biasa dengar kutukan terhadap Pas sebagai sebuah parti kluk klek, mereka tidak pernah konsisten dalam membuat sesuatu keputusan. Hari ini cakap lain, esok lusa dah tak sama, lain pula pendirian mereka.
Sejak wujudnya parti Semangat 46 hingga ke penubuhan Pkr dan terkini PPBM. Pas kekal kluk klek.

Sewaktu Ku Li dalam Umno dan memegang jawatan menteri kewangan, Ku Li menjadi punching bagi Pas. Bila Ku Li menjadi lawan kepada Umno dan Mahathir, PAS menghulurkan salam persahabatan kepada S46.

Begitu juga halnya dengan kes salah laku seks dan salah guna kuasa Anwar Ibrahim. Pas juga sama naik dengan Dap menghentam Anwar. Pas melihat Anwar Ibrahim sangat jijik untuk jawatan sebagai Timbalan perdana menteri. Anwar dan Umno wajib ditumbangkan.

Malangnya kutukan dan cercaan terhadap Anwar tidak kekal lama. Sebaik sahaja Anwar Ibrahim di pecat dan dipenjarakan, isteri Anwar Ibrahim menubuhkan parti Keadilan. Serta merta Pas sekali lagi menghulurkan tangan salam perjuangan. Hilang sudah kisah Aljuburi wali wati yang dimainkan oleh penceramah Pas yang tersohor ketika itu.

Selepas isu pembunuhan Ibrahim Libya bekas kaki tangan Jabatan Perdana menteri dan pengikutnya seramai 18 orang di Memali Kedah, marah Pas terhadap Mahathir teramat sangat.

Mahathir terus menyerang Pas tanpa jemu dalam program Semarak.

Pas terus memusuhi UMNO dan Mahathir tanpa titik noktah. Kedua duanya Mahathir dan Pas terus berperang dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap Pas untuk terus merampas Kelantan bersama dengan S46. Hasil nya rakyat Kelantan berjaya menawan negeri itu pada tahun 1990. Allahyarham Nik Aziz Nik Mat menjadi menteri Besar paling bergaya hasil kebencian yang dicipta oleh Mahathir.

PRU 1990, 1995 dsn 1999 Pas terus bekerja sama dengan S46 kemudian dengan PKR untuk mengganyang Umno dan Barisan Nasional. Dap yang anti Islam pun turut menjadi sekutu Pas untuk menumbangkan Mahathir.

Kini Mahathir keluar UMNO buat kali kedua dan tindakan Pas sama seperti yang dilakukan kepada Ku Li dan Anwar Ibrahim. Pas sanggup bekerja dan sanggup menghulurkan borang keahlian Pas kepada musuh nombor 1 mereka.

Dulu Mahathir adalah Mahafiraun dan mahazalim.

Pas juga lupa pada dua PRK tahun lepas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Mahathir menyokong Pan sebuah parti serpihan Pas.

Pru 13 Pas terus mencanangkan agenda Hudud. Kali ini RUU 355 dan sebatan di khalayak ramai. Adakah sebat di khalayak ramai ada dalam Quran dan hadis? Jawapannya tiada. Pas hanya syok sendiri meniru apa yang telah dilakukan di Acheh Sumatera Utara.

Sekian.