Rabu, 2 Ogos 2017
STATUS NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI 2020 ? INI JAWAPAN PERDANA MENTERI
Cita-cita untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 bolehlah dilihat melalui unjuran pendapatan negara Kasar ( PNK) Perkapita dan juga Pariti kuasa beli per kapita kata Perdana Menteri
Katanya , Diantara 2009 dan 2016, PNK per kapita telah meningkat kepada 51.8 peratus dan terkini PNK per kapita Malaysia telah meningkat kepada 9,850 dolar Amerika.
" Berdasarkan sasaran pendapatan tinggi mengikut perkiraan Bank Dunia iaitu melebihi 12,235 dolar Amerika, kita telah mengurangkan jurang ke sasaran pendapatan tinggi daripada 38 peratus kepada 19 peratus" katanya.
Ini jelas membuktikan bahawa, Kerajaan ini telah melaksanakan dasar-dasar secara konsisten menerusi Model Baharu Ekonomi sejak 2010, sehingga berupaya mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan kata Perdana Menteri lagi.
Beliau yang menjawab soalan daripada Datuk Seri Ahmad Bin Hamzah (BN-Jasin) yang mahu tahu mengenai tahap keberangkalian malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Perdana Menteri lagi, mengikut laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), ekonomi dunia dijangka mencatat pertumbuhan 3.5 peratus pada 2017 dan 3.6 peratus pada 2018, yakni lebih baik berbanding pertumbuhan 3.2 peratus yang dicatatkan pada 2016.
Pertumbuhan itu disokong oleh ekonomi negara-negara membangun yang dijangka mencatat prestasi lebih baik terutamanya negara China, India dan kebanyakan negara ASEAN.
Baru-baru ini juga, IMF telah menyemak semula unjuran mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2017 daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus.
"Malah, Bank Dunia juga telah meramalkan anggaran unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia kepada 4.9 peratus, berbanding unjuran asal 4.3 peratus" katanya lagi.
jadi Tohmahan pembangkang kononnya Malaysia adalah 'A Failed State" atau sebuah negara yang gagal adalah tidak tepat kata Perdana Menteri.
Menyentuh mengenai daya tahan ekonomi malaysia Pula, Perdana Menteri berkata , pelan ekonomi Kerajaan yang berpandangan jauh serta langkah proaktif Kerajaan dalam melaksanakan keputusan penting telah membina daya tahan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran luar.
Ini telah terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama 2017.
Prestasi KDNK ini disokong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta. Pelaburan swasta mencatat pertumbuhan dua angka iaitu sebanyak 12.9 Peratus, manakala penggunaan swasta meningkat 6.6 peratus.
Mengenai Soal 1MDB Pula, ianya adalah mengenai Soal teknikal sahaja kata Perdana Menteri.
Katanya, Soal 1MDB (1Malaysia Development Berhad (1MDB), satu kenyataan sudah dikeluarkan. Itu soal teknikal saja, bukan soal tak mampu bayar balik, jadi dijangka (isu ini) tidak akan menjejaskan keyakinan (pelabur) kepada ekonomi negara kita tambahnya lagi.