Ahad, 10 September 2017

Pembangkang panik dengan jemputan Donald Trump

Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak menerima jemputan Presiden Donald Trump dan akan ke Rumah Putih di Washington DC 12 September 2017.

Perjumpaan khas meraikan 60 tahun hubungan dua hala antara sebuah kuasa besar dengan negara kecil besar iaitu Malaysia.

Lawatan ini mendapat kecaman dan kritikan hebat daripada pemimpin pembangkang terutama Pakatan tiada Harapan Malaysia.

Dua pemimpin besar  ini akan membincangkan kerjasama dua hala termasuk keselamatan menentang keganasan dan lain-lain yang membabitkan kerjasama antara Amerika dan Asia Tenggara.

Trump juga mungkin akan mengubah dasarnya terhadap China yang selama ini dilihat membawa banyak  suasana tegang dalam pelbagai keadaan samada ekonomi dan ketenteraan.

Jadi perjumpuan Trump dgn "My favourite PM" berguna untuk membina hubungan dan
memahami polisi luar negara Trump dalam hal tertentu.

Peranan di persada antarabangsa dan kepentingan geostrategik Malaysia penting pada Amerika.
Kita boleh gunakan lawatan tersebut untuk menyeimbangkan hubungan dengan kuasa besar.

Cynthia Gabriel yang banyak membawa isu kapal selam Scorpene juga mengutuk Trump kerana jemputan tersebut dan menuduh Najib akan merayu agar gugurkan saman DoJ.

Manakala Dr Rais Hussin Panglima Perang Muhyiddin Yassin mengutuk  Najib kononnya bermain dengan trick lama, dulu melawat Gaza apabila dekat dengan PRU 13 dan kali ini ke USA. 

Rais adalah seorang jutawan yang banyak mendapat kontrak kerajaan semasa Muhyiddin Yassin berkuasa. Banyak kontrak di Perak, Sabah dan Sarawak . Rais dan Lim Kit Siang berkata lawatan tersebut akan memberi backfire kepada Malaysia. Kritikan Rais boleh dibaca dalam FMT.

Sebenarnya yang backfire adalah kepada Mahathir and the gang sendiri. Matthias Chang telah dikerahkan untuk mengutuk lawatan tersebut dalam videonya selama 40 minit di Youtube. Bagaimanapun video tersebut mendapat kutukan daripada NETIZEN dalam semua media yang menyiarkannya.

Kita semua tahu DoJ yang membuat tuduhan terhadap MO1 telah lama dipecat oleh presiden sebelum Trump.

Hasil pertemuan mereka kononnya kes 1MDB akan ditarik balik oleh DoJ. Sebenarnya Najib tak takut pun tentang kes saman 1mdb yang dimainkan oleh pembangkang oleh DoJ.

Yang pasti Mahathir and the gang kini panas punggung dengan jemputan Trump sehinggalah mereka membayar Clare Rewcastle untuk membuat desakan dan tekanan kepada Trump untuk menarik balik jemputan tersebut.

Mahathir pula dengan hujah zaman air batu atau zaman prasejarah berkata Amerika akan takluk Malaysia, padahal dia sendiri pernah bersekongkol dengan Clinton.

Sebelum ini Mahathir mengutuk keras pelaburan China di Malaysia kononnya negara kini milik China dan dengan lawatan Najib ke Amerika bermakna Amerika Syarikat akan takluk kita pulak. Beku betul otak tok wan.

Tak payah buat lawak lah Mahathir ooi!
Bersedialah untuk menjawab soalan RCI mengenai pelaburan haram Forex dan Memali.

Dan eloklah jahit kain PPBM yang semakin koyak dan terbarai kalau takut nampak telur kemuruk.