Sabtu, 28 Oktober 2017

Hapuskan Tol Lebuh Raya : Kempen Dap Kali Ketiga Sejak 2008


KEMPEN PILIHAN RAYA 2008
HAPUSKAN TOL SUNGAI NYIOR 2008

Cadangan Lim Guan Eng mahu menghapus kan tol di negeri Pulau Pinang hanya retorik politik dan sukar di laksanakan disebabkan lebuh raya yang ada bukan milik kerajaan negeri.

Dalam kempen PRU 2008 Dap sudah pun berjanji untuk memhapuskan tol Sungai Nyior seandainya berjaya menawan Pulau Pinang daripada Barisan Nasional.

Kini sudah nak masuk PRU 14 atau sudah nak masuk tahun ke10 belum juga  dilaksana kan. Jelas menunjukkan Guan Eng hanya seorang pembohong tahap sial.

Dalam kenyataannya Guang Eng mahu syarikat milik kerajaan negeri membeli atau mengambil alih syarikat yang mengendali kan lebuh raya tersebut.

Fokus utama yang hendak dihapuskan tol ialah lebuh raya Butterworth Kulim. Lebuh raya yang mula beroperasi pada tahun 1996 adalah milik anak syarikat PLUS.

Dalam PRU 13 Guan Eng berjanji lagi nak hapus kan semua tol PLUS dari Bukit Kayu ke Johor sekiranya pembangkang menawan Putrajaya, tetapi tol Sungai Nyior tetap tak dimansuhkan.

Kini berjanji lagi, janji kepala bana dia.



Sudah pasti dalam kempen pilihan raya akan datang Guan Eng akan menipu seluruh negara untuk menumbangkan kerajaan BN sekiranya mahu lebuh raya bebas tol. Guan Eng akan berkata, kuasa menghapuskan tol adalah kuasa kerajaan pusat. Kalau mahu bebas tol kenalah undi Dap.

NAK JADI PERDANA MENTERI.


2004 Guan Eng berkata, Dap tidak kuat, kehadiran kami hanyalah mahu mengurang kan majoriti Barisan Nasional sahaja. Akhirnya dengan kempen merendah diri, 9 Mac 2008 Dap berjaya menawan  Pulau Pinang, Perak, dan Selangor.

Menghapuskan tol adalah modal basi pembangkang. Lihat sahaja kerajaan Azmin Ali di Selangor, Semua lebuh raya tol milik syarikat kerajaan negeri pun dinaikkan tol setiap tahun atas alasan kos pengurusan yang tinggi.
JANJI DICAPATI


KENYATAAN GUAN ENG UNTUK HAPUSKAN TOL HANYA KELENTONG


1. Sebagai menyahut cadangan Bajet Alternatif 2018 yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH), Kerajaan PH di Pulau Pinang akan menghapus kan tol di Pulau Pinang mulai 1 Januari 2018. Selepas tarikh tersebut, rakyat Pulau Pinang dan rakyat negeri lain yang menggunakan lebuh raya di negeri ini tidak perlu lagi membayar tol.

2. Keputusan untuk memghapuskan tol di negeri ini akan melibatkan tol di kedua-dua jambatan yang menghubungkan tanah Semenanjung dan Pulau Pinang serta tol di Lebuh raya Butterworth-Kulim. Manakala tol di Lebuh raya PLUS seperti tol Juru dan tol Sungai dua tidak dapat dihapuskan kerana melibatkan sambungan perjalanan dari atau ke negeri lain, melainkan jika PH selepas ini berjaya menawan Putrajaya.

3. Sepertimana yang disarankan oleh Bajet Alternatif 2018 PH, Kerajaan Negeri akan mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) milik kerajaan negeri untuk mengambil alih kepentingan syarikat-syarikat konsesi tol tersebut. Kerajaan Negeri menyedari sejumlah besar dana perlu dikeluarkan untuk proses pengambil alihan ini. Bagaimana pun demi kepentingan rakyat PH akan tetap menunaikan saranan tersebut.

4. Kerajaan Negeri akan mengumumkan dalam tempoh masa terdekat, setelah mengenal pasti GLCs yang sesuai dengan jumlah dana yang terlibat. Selepas itu, GLCs berkenaan akan membuat tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi tol untuk mengambil alih kepentingan syarikat-syarikat tersebut.

5. Langkah berani Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini diharapkan akan membuka mata rakyat, bahawa cadangan-cadangan dalam Belanjawan Alternatif itu bukanlah sembang kosong. Ia boleh dilaksana kan sekiranya pemimpin sesebuah kerajaan ada hasrat politik (political will) yang tinggi, berkhidmat untuk kepentingan rakyat.


YAB LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang