Khamis, 21 Disember 2017

Pembohongan Mahathir untuk mengekalkan Kuasa Ekonomi kroninya

*HIPOKRIT DALAM PAKATAN HARAPAN (BAHAGIAN 1)*
_oleh Dr RG_

*SATU demi satu pekung pemimpin G5 Pakatan Harapan terdedah bagaikan bangkai gajah yang ditutup nyiru. Walaupun tertutup tetapi ia jelas terdedah, sudahlah terdedah bau pekungnya pula tertular.*

Apabila isu 1MDB dihebohkan sehingga ke pentas antarabangsa, pelbagai spekulasi dan manipulasi fakta dijaja untuk memperlihatkan bahawa Datuk Seri Najib (DSN) sebagai 'penyamun' walaupun penyelewengan dana hanya sekadar persepsi atau 'imaginary crime'.

Tidak cukup dengan itu, Tun Dr Mahathir (TDM) mengadakan perhimpunan 'kleptokrasi' untuk memperkukuhkan kempennya menentang DSN dan isu 1MDB sehingga melalut-lalut mengaitkan DSN dengan etnik Bugis.

Tetapi rakyat tahu sebagaimana yang didedahkan oleh MalaysiaToday bahawa 1MDB perlu dijahanamkan oleh TDM dan kroninya untuk memberi kuasa kepada Malakoff dalam isu Pembekal Tenaga Bebas atau Independent Power Provider (IPP) dan menguasai kekuatan TNB.

Seandainya Allahyarham Tan Sri Ani Arope masih ada pasti khalayak boleh bertanya pada Allahyarham tentang IPP yang diwujudkan oleh regim Mahathir. Pastinya ia dirancang sebegitu rupa untuk mengayakan konco-konco tertentu.

Ia bermula dengan skandal 'blackout' atau putus tenaga elektrik TNB pada 1992 selama 48 jam di seluruh negara yang dikategorikan sebagai sejarah terburuk TNB, sehingga membangkitkan kemarahan rakyat dan mencairkan kuasa TNB sendiri. Pastinya apa yang berlaku adalah perancangan halus pihak tertentu dalam agenda mengayakan kroni-kroninya.

Menurut Allahyarham Tan Sri Ani Arope, "peristiwa itu (putus bekalan elektrik) telah dirancang dan dilaksanakan hanya untuk membuktikan bahawa Malaysia tiada jalan lain lagi kecuali menswastakan pengeluaran tenaga kepada syarikat IPP kerana TNB tidak berkemampuan dan tiada upaya menguruskan pembekalan tenaga."

("however, the incident was actually planned and executed just to prove that Malaysia has no choice but to privatise the production of power to IPP companies due to TNB's 'incompetence' and 'incapability of managing the power business".)

Tan Sri Ani, telah secara terbuka menentang kewujudan IPP dan tidak mahu menandatangani perjanjian membeli tenaga dengan IPP. Dengan prinsip itu juga beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd.

Sebagaimana didedahkan oleh Malaysia Today dan Malaysian Indian, melalui skandal 'blackout' itulah terhalalnya kewujudan IPP yang dimiliki oleh taikun-taikun kroni regim Mahathir dan memaksa TNB membeli bekalan eletrik daripada mereka walaupun pada hakikatnya TNB tidak memerlukan bekalan tersebut.

[BACA SELANJUTNYA DI https://goo.gl/rwbdBp]