Hari ni meletup kisah kereta mewah jenama RR menggunakan pelekat lesen kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ Sarawak.
Cukai jalan yang sepatutnya berharga RM20 ribu setahun hanya perlu bayar RM5 ribu sahaja.
Di Sarawak cukai jalan sememangnya lebih murah berbanding di Semenanjung. Toyota Hilux di Semenanjung rasanya melebihi ribuan ringgit tetapi di Sarawak atau Sabah harganya kurang dari RM 300.
Menurut info mulut ke mulut wujud agensi insurance dari Semenanjung bekerjasama dengan agensi dari Sarawak untuk membuat pembaharuan cukai jalan dan ianya diposkan semula ke semenanjung untuk diserahkan kepada pemilik kenderaan.
Malam tadi sebuah kereta kategori limousine telah disita oleh JPJ dan kemungkinan lebih banyak supercar yang melebihi 5000cc ke atas menggunakan khidmat agent insurance tersebut.
Harap pihak berkuasa dapat menyiasat secara detail siapakah yg terlibat.
Penipuan lebih mudah kerana hari ini untuk membaharui cukai jalan tak perlu menunjukkan geran kereta untuk dicetak urusan pembaharuan lesen kenderaan atau cukai jalan.
Sekian