Ahad, 14 Januari 2018

PAS: THE KING MAKER OR THE GHOST BUSTER?

Mampukah PAS Mencapai Sasaran 40 Kerusi Untuk Menjadi King Maker?

Apakah definisi sebenar 'The King Maker' yang dimaksudkan oleh PAS untuk benar-benar menjadi penentu kepada penubuhan kerajaan yang konon bakal terbentuk selepas PRU14 dalam keadaan (mengikut cakap-cakap warong kopi) kerusi-kerusi BN dan PH (DAP-PKR-PAN-PPBM) kelak agak seimbang? Jika PAS jadi lompat menyokong BN, maka kerajaan BN akan terbentuk dan status-quo kekal. Demikian jika sebaliknya terjadi.

Kita semua agak terkejut beruk apabila PAS dengan angkuh berkata mereka bersedia bertanding di 140 kawasan Parlimen berbanding dengan UMNO yang pernah bertanding 120 kerusi pada PRU13 yang lalu dan menang 88. Bagai si kancil nak berak sebesar tahi gajah! Hebatkan PAS PIS PUS. Untuk tidak terlalu menahan ketawa sampai berguling-guling jom kita semak prestasi pencapaian PAS dalam PRU13 lepas termasuk sebelum Tanah Melayu kita ini merdeka dulu.

Tahun     Calon    Menang     
1955          11         1/55
1959          58      13/104
1964          53        9/104
1969          62      12/144
1974 (BN) 14      14/154
1978          88        5/154
1982          82        5/154
1986          98        1/177
1990          30        7/180
1995          45        7/192
1999          63      27/193
2004          84        6/219
2008          67      23/222
2013          73      21/222

Perlu diingat bahawa sebelum PRU Tahun 1986, PAS berpecah sehinga lahir parti HAMIM pimpinan bekas YDPA PAS, Dato' Mohd Asri. Kumpulan Asri yang menubuhkan HAMIM dikenali sebagai G13. G13 diangotai oleh bekas pimpinan kanan PAS. Walaupun PAS terpaksa menghadapi PRU 1986 tersebut bersendirian, tidaklah pula PAS bemusuhan dengan mana-mana parti pembangkang yang utama. Hasilnya PAS hanya memenangi 1 kerusi sahaja daripada 98 orang calon yang dipertaruhkan iaitu bilangan calon paling ramai dalam sejarah politik PAS.

Di PRU14, PAS baru sahaja mengumumkan mereka akan bertanding di 140 Kawasan Parlimen secara solo dengan target dan harapan untuk memenangi minimum 40 kerusi. Mampukah parti tersebut melakukan kamikaze di dalam keadaan dan senario politik terkini yang sangat lesu dan lemah semenjak kelahirannya pada tahun 1951, tambahan lagi ketat bermusuhan dengan semua parti pebangkang utama? Mungkinkah PAS akan dapat telor (zero) seperti pengalaman di Sarawak dan Sabah pada kali ini?

(C&P Edited by NBI)