Dalam ucapan Bajet 2018, Perdana Menteri mengumumkan empat tol di Selangor, Kedah dan Johor akan dimansuhkan bermula 1 Januari 2018.
Selain plaza tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau, kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor turut dimansuhkan.
Tepat jam 12 malam 1 Januari 2018 malamm tadi berakhirlah kutipan di dua plaza tol melibatkan Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sg Rasau di Shah Alam, Selangor yang turut diraikan oleh rakyat dan pemimpin Barisan Nasional (BN) atas kejayaan memperjuangkan hak rakyat.
Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) turt hadir meraikan kononnya atas kejayaan mendesak kerajaan memansuhkan tol-tol tersebut.
Dari gambar dikirimkan saya dapat lihat muka-muka tak tahu malu yang sebilang masa mengambil kesempatan dia ats usaha dan kesungguhan kerajaan BN membela nasib rakyat.
TOL MILIK KERAJAAN SELANGOR DAN PH.
Jika benar kerajaan PH membela nasib rakyat mengapa Menteri Besar, Azmin Ali tidak mengarahkan dua syarikat milik kerajaan negeri untuk tampil memperjuangkan hingga tutup tol di dua lebuh raya iaitu Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Damansara – Puchong (LDP).
Kerajaan PH berhak untuk berbuat demikian kerana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) mempunyai kepentingan di dalam dua lebuh raya itu.
Selain itu lihat juga sahaja janji DAP di Pulau Pinang yang kononnya mahu menghapuskan tol di Plaza Tol Sungai Nyiur dalam memancing undi pada pilihan raya umum lalu tetapi sehingga kini tidak terlaksana. Kini ada pula hati memberi janji baharu mahu menghapuskan tol di seluruh negara.
ALASAN
Menteri Besar memberi alasan kononnya syarikat milik kerajaan negeri hanyalah minoriti dalam pemilikan saham konsesi lebuhraya tersebut.
Jika benar minoriti mengapa kerajaan negeri tidak keluar sahaja dan jual saham minoriti milik mereka demi kepentingan rakyat dan perjuangan kebajikan.
Kerajaan PH hanya menipu. Mereka hanya bermain dengan janji dan perasaan rakyat tetapi disebaliknya merekalah penyamun besar yang mengaut wang dari poket rakyat negeri ini.
Jika berani jual saham syarikat tol itu dan kemudian serang habis-habisan pemilik utama lebuhraya-lebuhraya tersebut dan buktikan pada rakyat "Negeri Berkebajikan" yang dilaungkan keerajaan Selangor selama ini.
Jangan hanya merayakan dengan lagak bodoh dan selamba kejayaan orang lain sedangkan satu pun kejayaan kerajaan negeri dalam membela hak dan kebajikan rakyat selangor belum tercapai.
Kerajaan BN sudah buktikan.
Sumber : FB Ameirul