Selasa, 6 Februari 2018

CRCC Nafi Terlibat Pegangan Saham SPV, Ketua Menteri Lakukan ‘KESILAPAN’ RM4.5 Bilion


06 Februari 2018


Eric See-To
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional

Penglibatan China Railway Construction Corporation (CRCC) dalam projek Terowong Pulau Pinang yang didedahkan oleh Menteri Pengangkutan, Dato Seri Liow Tiong Lai semestinya memberi tamparan hebat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Penggunaan nama CRCC berulang kali oleh Guan Eng sejak beberapa minggu ini adalah untuk menepis segala kritikan daripada Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong.

CRCC mendedahkan kepada Liow bahawa mereka tidak mempunyai pegangan saham di dalam projek terowong syarikat tujuan khas (SPV), dan hairan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang merujuk mereka sebagai pemegang saham, walhal mereka tidak pernah mempunyai kontrak secara terus dengan pihak kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mereka juga mendedahkan kontrak yang diberikan kepada mereka berkenaan projek Terowong SPV adalah sub-kontrak berjumlah US$2.2 juta (RM66 juta) untuk reka bentuk lebuh raya dan terowong, walaupun SPV mengenakan bayaran sebanyak RM305 juta kepada kerajaan negeri untuk tugas ini.

Sekiranya CRCC menerima bayaran sebanyak RM66 juta untuk menjalankan sebahagian besar kerja projek kertas kajian bernilai RM305 juta secara sub-kontrak, yang kerajaan negeri telah pun membayar sebanyak RM220 juta, timbul persoalan bahawa siapakah yang menerima baki duit berkenaan?

Liow juga memberi gambaran bahawa CRCC hanya menerima 5% bayaran dari jumlah keseluruhan (kira-kira RM3 juta) untuk projek berkenaan, lalu mereka tidak meneruskan projek berkenaan. Liow meminta supaya wartawan mengesahkan sendiri pekara ini dengan pihak CRCC.

Dengan kenyataan Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan CRCC yang mengesahkan mereka bukan pemegang saham dalam projek Terowong SPV, hujah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyatakan Terowong SPV berkenaan disokong modal berbayar berjumlah RM4.5 bilion tidak boleh digunapakai.

Hal ini mengakibatkan, MalaysiaKini mengeluarkan laporan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah melakukan "KESILAPAN" menamakan CRCC sebagai salah satu pemegang saham - di mana "KESILAPAN" ini telah dilakukan di dalam sidang media rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan telah diulang sebanyak 6 kali di pelbagai majlis lain kepada media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng - Sebagaimana didedahkan oleh Wee Ka Siong dalam sebuah video yang di muat naik minggu lepas. Lihat Video: 


Kesan daripada "KESILAPAN" ini,  Kerajaan Pulau Pinang secara asasnya memberikan projek bernilai RM6.34 bilion kepada syarikat yang "tenat", yang hanya berusia 82 hari dengan membayar RM300,000 modal berbayar. Amat sukar dengan RM300,000 untuk memenuhi tuntutan kelayakan RFP, iaitu bayaran minimum sebanyak RM381 juta untuk modal berbayar 

Inikah yang dianggap sebagai Cekap, Amanah dan Telus (C.A.T.)?

Perlukah dipersoalkan tindakan SPRM melakukan siasatan terhadap isu Terowong Pulau Pinang kerana penyalahgunaan kuasa dan rasuah, dan menahan reman 4 Eksekutif Kanan?