Jumaat, 9 Februari 2018

KERAJAAN DAP SELANGOR SILA TUNJUK RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU DI SEMENYIH - DATUK JOHAN ADUN SEMENYIH

KALAU SIAP TUNJUK BUKTI

DAH DAPAT RUMAH?

LULUS SAHAJA LAH RUMAH NYA MANA?




INDAH KHABAR 


Susulan daripada projek rumah Selangorku yang di batalkan baru-baru ini oleh kerajaan DAP negeri Selangor, kini terbongkar bahawa bukan hanya rakyat negeri Selangor sahaja yang di tipu oleh kerajaan DAP negeri Selangor, malah ADUN turut ditipu oleh Kepimpinan Azmin Ali.

EXCO Kerajaan Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang mendakwa kononnya kerajaan negeri memastikan pemaju membina rumah Selangorku terlebih dahulu atau serentak dengan rumah harga pasaran.

Oleh hal yang demikian, Datuk Johan cabar supaya kerajaan DAP tunjukkan di lokasi mana rumah Selangorku dibina dahulu berbanding kategori rumah bukan Selangorku.

Selain itu, Datuk Johan juga mohon Menteri Besar atau Exconya turun ke Semenyih untuk menunjukkan rumah Selangorku yang telah diduduki dan yang telah atau sedang dilaksana di seluruh Selangor.

Oleh itu, kerajaan Selangor perlu menyatakan jumlah pembeli Rumah Selangorku yang telah berjaya atau yang telah menandatangani perjanjian jual beli mengikut projek dan lokasi rumah itu.

Datuk Johan turut membidas polisi kerajaan negeri yang mengenakan syarat ketat kepada pemaju sehingga pembinaan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor terbantut.

Hal ini kerana kerajaan negeri tidak memberi apa-apa subsidi kepada pemaju untuk membina rumah Selangorku tetapi mensyaratkan pembinaan sekurang-kurangnya 50 peratus dari jumlah unit keseluruhan.

Berapa banyak rumah mampu milik yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seperti yang dibina oleh Barisan Nasional di Bandar Baharu Bangi sebelum ini?

Sehubungan itu, Johan mendesak Azmin atau EXCO Kerajaan Selangor menjelaskan berapakah unit rumah mampu milik yang berjaya dibina PKNS sejak tahun 2008.

Pada masa sama, Johan juga membidas amalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak seragam.

Dalam hal keperluan rakyat berpendapatan rendah seperti pembinaan rumah mampu milik, PBT di Selangor menyukarkan permohonan kelulusan merancang. Malah memberikan kelonggaran kepada projek mega seperti The Lourver yang diliuluskan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) walaupun terdapat bantahan dan didakwa menyeleweng.

- Admin Shah Alam

Beri pandangan anda di sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=398913880531334&id=259888034433920

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

๐Ÿ“ฑ Facebook Darul Ehsan Leaks
https://www.facebook.com/darulehsanleaks/

๐Ÿ“ฑ Twitter Darul Ehsan Leaks
https://twitter.com/DE_Leaks

๐Ÿ“ฑ Instagram
https://instagram.com/de_leaks

๐ŸŒ Laman Web Darul Ehsan Leaks
http://darulehsanleaks.blogspot.my/

๐Ÿ“Œ Kepada yang ingin mendapatkan info Selangor, sila hantar nama anda ke nombor +60145154521 melalui aplikasi WhatsApp dan simpan (save) nombor tersebut di telefon pintar anda