Rabu, 7 Februari 2018

PENARIKAN BALIK DARJAH KEBESARAN TUN DR MAHATHIR, HUSAM MUSA DAN WAN RAHIM OLEH ISTANA KELANTAN



Sejak tahun 2009, Istana Kelantan telah beberapa kali menarik balik darjah kebesaran membawa gelaran Kerabat dan Datuk yang dikurniakan kepada beberapa individu tertentu.

Penarikan balik darjah kebesaran ini adalah dibuat dengan berasaskan kepada Perkara 45(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang berbunyi: "Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah menurunkan pangkat mana-mana orang yang telah dikurniakan kepadanya mana-mana pangkat atau gelaran atau Pingat-Pingat Kehormatan mengikut syarat-syarat Perkara 43 atau 44 Bahagian ini, jika ada cukup kesalahan atau dosa yang telah dilakukan yang mengharuskan diperbuat demikian itu".

Perkara 45(1) ini di dalam bahasa Inggerisnya adalah berbunyi: "His Royal Highness may degrade any person upon whom any rank or title or order or badge of Honour has been conferred by virtue of the provisions of Articles XLIII and XLIV of this Part, if sufficient fault or offence has been committed so as to make such degradation just and expedient".

Penarikan balik darjah kebesaran membawa gelaran Kerabat ini adalah membabitkan:
(1) Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) daripada Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 30 September 2010.
(2) Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) daripada Tengku Razaleigh Hamzah pada 2 Disember 2010.

Penarikan balik darjah kebesaran membawa gelaran Datuk pula adalah membabitkan:
(1) Darjah Kebesaran DJMK daripada Ahmad Rusli Iberahim pada 29 September 2009.
(2) Darjah Kebesaran DJMK daripada Wan Hassan Wan Zin pada 4 Mac 2010.
(3) Darjah Kebesaran DJMK daripada Mohd Raihan Dato' Seri Eusuff Teh pada 4 Mac 2010.
(4) Darjah Kebesaran DPMK dan DJMK daripada Tan Huat @ Tan Liang Chong pada 15 Mac 2010.
(5) Darjah Kebesaran SPSK dan DPSK daripada Shkori Mohamed pada 9 Mei 2010.
(6) Darjah Kebesaran DPSK daripada Ismail Ghani pada 9 Mei 2010.
(7) Darjah Kebesaran DJMK daripada Ibrahim Abdul Kadir pada 9 Mei 2010.
(8) Darjah Kebesaran DJMK daripada Ibrahim Abdul Kadir pada 9 Mei 2010.
(9) Darjah Kebesaran SPMK daripada Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 30 September 2010.
(10) Darjah Kebesaran DJMK daripada Ibrahim Ali pada 13 Oktober 2010.
(11) Darjah Kebesaran SPSK daripada Wan Hashim Wan Daud pada 13 Oktober 2010.
(12) Darjah Kebesaran SPMK daripada Tengku Razaleigh Hamzah pada 2 Disember 2010.
(13) Darjah Kebesaran DJMK daripada Dr Yaacob Hussain Merican pada 2 Disember 2010.

Terbaru, saya dimaklumkan oleh satu sumber berwibawa bahawa Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Bendahari Pakatan Harapan merangkap Naib Presiden AMANAH, Husam Musa, dan Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Rahim Abdullah, juga telah ditarik balik darjah kebesaran mereka oleh Istana Kelantan.

Kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya nanti.