Selasa, 6 Februari 2018

PH SELANGOR BERGOLAK

AZMIN ALI LAWAN MAT  SABU

AZMIN ALI BETUL

3 PENJURU

LAWAN TETAP LAWAN

KHALID SAMAD MEMPERTAHANKAN KERUSI SHAH ALAM


KERUSI SHAH ALAM MENJADI REBUTAN KERANA UNDI MELAYU

AZMIN ADALAH BADUT 

PAN atau RAFIZI

Rafizi lawan Azmin

Rafizi juga mahu menjatuhkan Azmin


PAKATAN HARAPAN yang dipengerusikan oleh Mahathir masih belum berdaftar seperti mana Barisan Nasional. Jadi usaha PH untuk bertanding dalam PRU 14 menggunakan satu logo dan satu bendera nampaknya sukar dicapai.

PH yang terdiri daripada Dap sebagai abang besar diikuti oleh PPBM, PKR dan PAN nampaknya sukar untuk bersatu hati menghadapi kekuatan Barisan Nasional dalam PRU ke 14 tidak lama lagi.

Di Selangor PKR dan PAN terang-terang sedang berperang. Dap dilihat cuba mengawal pengagihan semua kerusi parlimen dan dun di semua negeri termasuk kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak.

Azmin pula dilihat sangat bergantung harapan kepada Pas, tanpa Pas parti Pkr tidak akan ke mana, ini  terbukti sejak PRU 1999.

Pas yang kini berpecah dan Mat Sabu bersama pengikutnya menubuhkan PAN.  Mat Sabu bukanlah orang yang disukai oleh Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Ini disebabkan Mat Sabu adalah individu yang menggelar Anwar Ibrahim sebagai peliwat dan menjaja cerita salah laku seks dan salah guna kuasa Anwar dalam ceramah politik 1997. Mat Sabu adalah individu yang mendapat maklumat dan cerita tak elok Anwar daripada Ummi Hafilda yang berjaya membongkar hubungan Anwar dan isteri Azmin.

Mat Sabu juga pernah menentang Anwar Ibrahim di P44 Permatang Pauh dalam PRU 1986 dan tewas.  Ketika itu Anwar Ibrahim mewakili BN.  Mat Sabu semakin dikenali oleh masyarakat Malaysia dan berjaya menjadi ahli parlimen Kuala Kedah, Kubang Kerian dan Nilam Puri.

Jadi tidak mustahil satu hari Azmin akan membalas dendam terhadap dosa-dosa Mat Sabu yang lalu.

Untuk maklumat lain sila lawat ke blog ini

http://www.pru14.tv/2018/02/03/ph-selangor-hanya-menunggu-masa-untuk-rebah/

http://www.amenoworld.org/2018/02/isu-kerusi-pkr-vs-amanah-kronologi.html

https://aidcnews.wordpress.com/2016/08/16/pkr-dan-pan-sedang-bergolak-di-selangor/

http://novandri.blogspot.com/2018/02/bergolak-azmin-ali-dedah-parti-mat-sabu.html