Khamis, 1 Februari 2018

Tan Sri Michelle Yeoh turut bantu pelarian Rohingya







Usaha kerajaan Malaysia membantu pelarian Rohingya melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya mendapat pujian pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.

Katanya sikap PM Najib Razak telah menonjolkan Malaysia sebagai negara jiran yang baik dan rakyat negara ini melakukan tindakan yang tepat.

Sehingga hari ini, 1.2 juta masyarakat Rohingya diusir dari Myanmar dan seluruh negara di dunia perlu bekerjasama menangani konflik kemanusiaan ini.