BUKIT GANTANG, PERAK, 10 Mac 2018: Penduduk Bukit Gantang hari ini menyambut kehadiran program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dibawakan dengan sasaran kepada peluang pendidikan dan pekerjaan untuk masyarakat luar bandar.
Majlis tersebut yang berlangsung pada pagi tadi telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Perak merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal sambil turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Trong; YB Dato’ Dr Zabri Bin Abd Wahid dan Pengarah MARA Negeri, En Yahaya bin Sani.
1MPAK merupakan kesinambungan usaha MARA dalam menerajui agenda pembangunan Bumiputera di luar bandar dengan pendekatan baharu yang lebih dinamik iaitu dengan membawa semua inisiatif MARA yang dihimpunkan di bawah empat fokus utama iaitu pendidikan, peluang pekerjaan, keusahawanan dan tanggungjawab korporat sosial MARA secara terus kepada akar umbi.
Usaha pembangunan usahawan MARA di Bukit Gantang amat jelas dengan peranannya yang meluas dalam menyediakan pelbagai bantuan dari segi pembiayaan, konsultasi, kursus dan latihan kepada usahawan tempatan. Pada tahun 2017, MARA di daerah ini telah meluluskan pembiayaan perniagaan bernilai sekitar RM4 juta untuk beberapa program seperti SPiKE yang diberikan kepada kontraktor, pembiayaan SEMAi kepada lepasan pelajar Institut Pendidikan MARA (IPMa), skim DanaNita dan Tekno Usahawan serta pembiayaan PUTRA yang diagihkan kepada usahawan belia yang berumur kurang daripada 40 tahun.
Pada tahun 2018, sehingga Februari, pembiayaan berjumlah RM868,000 telah diluluskan untuk kontraktor dan skim DanaNita dengan enam orang usahawan turut menerima pembiayaan PUTRA berjumlah RM45,000.
Turut berlangsung pada majlis yang sama adalah penyampaian cek pembiayaan yang telah diluluskan kepada sembilan orang usahawan tempatan melalui pelbagai skim seperti PUTRA, SPiKE, DanaNita dan Geran Peningkatan dan Pembangunan Standard Perniagaan. Jumlah keseluruhan yang disampaikan hari ini di program 1MPAK adalah sebanyak RM354,900 bermula daripada RM5,000 sehingga RM250,000.
Fungsi MARA diperkukuhkan lagi dengan penyediaan sewaan premis yang dibuka kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing. MARA Daerah Larut, Matang dan Selama mempunyai tujuh projek premis yang menawarkan penyewaan untuk keseluruhan 68 lot iaitu di Taiping Business Centre, Bazar MARA Kamunting, Kedai Changkat Jering, Bazar MARA Selama, Bengkel Tupai dan Arked MARA Taiping. Ke semua lot ini juga telah diisi sepenuhnya oleh para usahawan di daerah tersebut.
Hasil bimbingan dan bantuan yang diberikan oleh MARA, lebih ramai usahawan yang memperoleh peluang untuk terus memperbaiki perniagaan dan kehidupan mereka. Contoh kisah kejayaannya adalah seperti usahawan, Pn Nurul Haiza binti Abdul Aziz yang merupakan penyewa bagi premis perniagaan MARA dan penerima geran skim sewaan mesin dan geran pembangunan perniagaan MARA. Pn Nurul Haiza Abd Aziz merupakan pemenang Rural Business Challenge (RBC) KKLW pada tahun 2017 yang membawa pulang hadiah utama geran bernilai RM850,000.
Mengulas mengenai inisiatif yang dibawa di dalam program 1MPAK ini, Pn Nurul Haiza, 37, berkata, “Program RBC merupakan peluang keemasan saya untuk memajukan perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi. Ia adalah satu inisiatif yang baik kerana bukan sahaja kami bertanding untuk merebut hadiah utama, malah kami turut diberikan latihan dan tunjuk ajar mengenai pemasaran, komunikasi dan banyak lagi sepanjang berada di dalam program.”
“Saya menyeru agar orang ramai turun menyertai program 1MPAK yang diadakan di seluruh negara ini. Semua ini adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Yang paling penting adalah komitmen yang ditunjukkan sentiasa berfikiran terbuka dalam menjalankan perniagaan. Bila ada peluang yang dibawakan oleh MARA seperti hari ini, ambillah peluang dan kesempatan ini untuk teroka alternatif lain untuk terus majukan perniagaan masing-masing. Tanpa MARA, kerajaan Negeri Perak dan agensi-agensi lain yang selalu memberikan sokongan kepada perniagaan saya, tidak mungkin hari ini saya dapat berdiri dengan kukuh di sini”, tambah beliau lagi.
Sumbangan MARA di daerah Larut, Matang dan Selama juga meliputi aspek modal insan khususnya bidang pendidikan melalui ekosistem pendidikan yang lengkap di Institut Pendidikan MARA (IPMa). Antaranya seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping yang telah diangkat sebagai MRSM Bitara pada tahun 2000 di mana proses pengajaran dan pembelajaran disebatikan dengan penggunaan ICT secara terancang dan menyeluruh. Seterusnya pada tahun 2017, MRSM Taiping telah mendapat pengiktirafan sebagai Apple Distinguished School yang mewajibkan penggunaan iPad dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menunjukkan kemajuan teknologi yang telah diadaptasi oleh sekolah tersebut selari dengan perkembangan teknologi dunia.
Selain itu, kehadiran MARA di daerah ini turut diperkukuhkan dengan penubuhan dan kejayaan GiatMARA Taiping yang telah memenangi pingat Perak dalam pertandingan World Skill Se-Malaysia Belia 2017 dan seterusnya akan mewakili Malaysia dalam Asia Skill Competition 2018 di Bangkok, Thailand.
Pada program yang sama MARA turut membuka pendaftaran bagi program Graduate Employability Training Scheme (GETS) iaitu sebuah program perantisan yang memberi persiapan latihan dan kemahiran kepada para graduan untuk dipadankan dengan keperluan industri. Bagi tujuan tersebut, 1MPAK menampilkan beberapa rakan industri MARA seperti Strand Aerospace Malaysia Sdn Bhd bagi memberi peluang kepada golongan belia tempatan untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil syarikat berkenaan bagi tujuan padanan pekerjaan. Sejak jelajah 1MPAK bermula di Bera, GETS telah merekodkan lebih 5,000 permohonan daripada orang ramai.
Selain itu, melalui program 1MPAK hari ini, MARA juga melunaskan tanggungjawab sosialnya dengan menganjurkan program khidmat membaiki motosikal secara percuma oleh pelajar GIATMARA kepada penduduk setempat dan juga memberikan khidmat memotong rambut percuma oleh usahawan HIT Barber. Sebelum ini, MARA telah bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksanakan beberapa program komuniti yang serupa seperti majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan membuat sumbangan makanan kepada warga emas ibu tunggal serta menyalurkan sumbangan makanan dan membersihkan bangunan Rumah Anak Yatim Hidayah, Kampung Senduk di Bukit Gantang.
MARA juga mengambil kesempatan untuk melaksanakan transaksi tanpa tunai pada program 1MPAK dengan mengedarkan baucar elektronik, One2Pay, bagi pengunjung untuk membuat bayaran di trak makanan yang mana secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada masyarakat di luar bandar terhadap pengalaman tersebut selain menyokong agenda nasional ke arah merealisasikan masyarakat tanpa tunai.

Destinasi siri jelajah 1MPAK seterusnya ialah di Dungun, Terengganu pada 14 Mac 2018.
Pra pendaftaran untuk sesi perkongsian dan maklumat lain mengenai 1MPAK boleh didapati di