Jumaat, 16 Mac 2018

Azmin Ali dan Khairuddin Abu Hassan Berasap



Mana mahu lari Azmin dan Khairuddin dalam kes tanah milik peneroka projek bumi hijau di Ijok?

Sebelum ini selepas pendedahan dibuat oleh YB Dato Abdul Rahman Dahalan, kerajaan Selangor menuduh Umno telah panik kerana menteri besar Selangor YAB Dato Seri Azmin Ali berjaya menyelesaikan masalah tanah tersebut selepas menjadi menteri besar.

Sekarang rasanya PKR Selangor bukan saja panik tetapi jatuh gedebuk keatas tahi lembu kerana terkejut dengan tindakan 113 peserta mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri.


KENYATAAN KERAJAAN SELANGOR SELEPAS PENDEDAHAN DATO ABDUL RAHMAN DAHALAN

Kerajaan Selangor berkata Umno “panik” apabila Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dapat menyelesaikan masalah tanah di Ijok yang diwarisi daripada pentadbiran lepas.
Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong mendakwa tindakan tegas Azmin dapat menyelesaikan pertikaian 18 tahun antara peneroka tanah di Ijok dengan kerajaan negeri.
“Masalah berkenaan sebenarnya timbul pada masa pentadbiran Umno/BN, yang mana peneroka telah menunggu selama 18 tahun untuk memperoleh keadilan.
“Tindakan segera Azmin menyelesaikannya adalah merupakan prinsip keadilan sosial dan peduli kerajaan Selangor,” kata Yin dalam kenyataan hari ini.
Dilaporkan tanah di Ijok pada awalnya diberikan kepada sekumpulan peneroka pada 1998 oleh kerajaan BN ketika itu.
Peneroka kemudian bersetuju untuk membenarkan 2 syarikat untuk membangunkan tanah itu sebagai tukaran untuk pampasan dan perumahan.
Dilaporkan pada 2015, ECO World Development Group Bhd membeli 889.5ha tanah di barat laut koridor Lembah Klang pada harga RM1.18 bilion untuk membangunkan 3 projek hartanah, dengan nilai pembangunan kasar yang dianggarkan bernilai RM15 bilion.
“Masalah itu yang diwarisi Azmin telah dapat diselesaikan dengan menjual tanah berkenaan kepada pemaju berwibawa sebanyak RM1.18 bilion dan membolehkan peneroka memperoleh pampasan dan rumah kediaman,” kata Yin.
Beliau menambah dengan menyelesaikan pertikaian itu, Azmin terbukti membela peneroka apabila mengumumkan setiap seorang akan menerima pampasan RM180,000 dan rumah yang sekarang bernilai RM400,000.





TERKINI PESERTA MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP KERAJAAN SELANGOR



Seramai 113 orang peneroka tanah mukim Ijok memfailkan saman tuntutan ke atas 6 defandan termasuklah kerajaan negeri Selangor, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Media tempatan melaporkan, kesemua peneroka diwakili peguam Datuk Kamarudin Ahmad, yang menuntut tanah 400 hektar milik mereka yang dijual secara kontroversi oleh kerajaan negeri Selangor.

"Hari ini seramai 113 plaintif memfailkan saman tuntutan ke atas menteri besar Selangor, kerajaan Selangor, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pendaftar Hak Milik negeri Selangor dan Pejabat Daerah negeri Selangor," katanya dipetik Antarapos.

Kamarudin menyatakan plaintif yang terdiri daripada peneroka dibawah rancangan revolusi hijau peringkat 2 dan 3 di Bukit Cerakah pada tahun 1998.

Beliau juga turut menyenaraikan intipati tuntutan saman peneroka terhadap kerajaan negeri Selangor.

"Kecuaian menteri besar dan kerajan negeri Selangor dalam menstrukturkan persetujuan penghakiman di mahkamah persekutuan.

"Akibatnya hak plaintif (peneroka) terjejas dan tiada ganti rugi lewat siapkan rumah dimasukkan ke dalam perjanjian penghakiman.

"Plaintif(peneroka) juga menyoal kemana perginya 1000 ekar tanah di Peringkat II dan III Rancangan Hijau Bukit Cherakah?

"Ketiga, ada unsur-unsur kecuaian oleh menteri besar dan kerajaan negeri Selangor yang menyebabkan kerugian kepada peneroka Rancangan Hijau Bukit Cherakah Peringkat II dan III," ujarnya.

Menurut peguam itu lagi, kerajaan negeri Selangor tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai baki tanah yang menjadi hak peneroka.

Dalam saman itu juga peneroka menuntut bayaran lewat menyiapkan rumah sebanyak RM230,000 seorang.

Perjanjian persetujuan antara peneroka dan dua syarikat pemaju hanya membabitkan tanah seluas 800 hektar, namun sebaliknya baki 400 hektar menjadi milik kerajaan negeri.

Pada tahun 1998, Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah memberikan tanah seluas 3000 ekar kepada 987 orang peneroka dibawah Rancangan Hijau Bukit Cherakah Peringkat 2 dan 3.

Pemaju Mujur Zaman Sdn Bhd dan Liputan Canggih Sdn Bhd telah mengemukan cadangan kepada peneroka pada tahun 2000, untuk memajukan tanah untuk dibuat projek perumahan namun projek itu terbengkalai.

NILAI TANAH HARI INI