Jumaat, 16 Mac 2018

MP PKR MAHU PENJENAYAH LIWAT SEBUAH TAHFIZ DIHUKUM



Dah agak mesti ada ahli politik PKR atau lain-lain dari pihak PH akan komen mengenai kes 21 pelajar sekolah tahfiz yang diliwat oleh seorang yang sering memberi sumbangan dan bantuan kepada pelajar sekolah tahfiz tersebut.

Begitu cepat mereka menghukum dan mahu peliwat dikenakan hukuman tegas oleh mahkamah. 

Cuba kita rewind balik kisah liwat kedua yang melibatkan pemimpin sebuah parti pembangkang 10 tahun lalu. 

Apabila mangsa membuat laporan polis dan membuat pendedahan bahawa beliau diliwat oleh majikannya maka ramai lah penyokong pemimpin parti tersebut marah dan menuduh mangsa adalah munafik, ramai yang minta agar mangsa membawa 4 saksi untuk membuktikan beliau telah diliwat.

Kenyataan atau tulisan dibawah adalah di kutip dari media elektronik yang menyatakan Ahli Parlimen PKR Kuantan mahu peliwat dihukum.

Lupakah beliau bahawa apabila ketua mereka dilaporkan melakukan kesalahan meliwat sejak 1990an kamu tak mahu menerima kenyataan. 

Kenapa ada dua standard dalam mengkasifikasi kes liwat di maahad tahfiz dan kes liwat ketua pemimpin sebuah parti?



Kesal, marah dan sangat sedih apabila ia melibatkan juga pelajar pelajar tahfiz di situ yang sedang mendalami ilmu agama.
Mereka diperdayakan dan dipergunakan bagi melepaskan nafsu salah seorang sukarelawan yang dikatakan aktif di situ dalam menyumbang kepada maahad tahfiz itu.
Kepercayaan dan amanah yang diberi oleh pihak maahad tafiz disalahgunakan oleh penjenayah tersebut.
Kanak-kanak memang mudah memberi kepercayaan kepada seseorang yang dilihat sebagai sahabat dan tambahan banyak pula membantu sekolah mereka.
Saya menggesa pihak berkuasa supaya memberikan hukuman yang berat serta setimpal kepada mereka yang terlibat dalam jenayah ini.
Saya juga memohon supaya pihak berwajib dapat memberikan kaunseling kepada pelajar tahfiz yang terlibat serta keluarga mereka yang pastinya mengalami trauma serta gangguan emosi dan juga dibelenggu perasaan malu dengan apa yang berlaku ke atas diri mereka.
Semoga agensi kerajaan dapat bekerjasama dengan institusi pendidikan serta NGO dalam menangani permasalahan ini supaya ia tidak merebak dan menjadi jenayah yang sangat teruk dimasa hadapan
Sebelum ini, kita juga banyak dihidangkan dengan kes-kes sebegini yang berlaku sehingga ada yang menyebabkan kematian kepada mangsa terlibat.
Bagi saya ia merupakan jenayah yang kejam dan perlu dibasmi segera supaya tidak menular dengan lebih besar di kalangan masyarakat.
Mungkin juga disebabkan pengajian di sana banyak tertumpu kepada hafazan dan agama 100% dan pelajar tahfiz tidak didedahkan dengan subjek yang membolehkan mereka memahami ilmu dunia dan persekitaran serta memahami isu semasa yang boleh membantu menggelakkan diri daripada menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
Sekiranya benar mungkin perkara ini boleh diperbaiki.
Sekali lagi saya tegaskan perasaan kesal serta marah saya dan saya ingin melihat anak-anak kita yang lain terlindung daripada menjadi mangsa di masa hadapan.
Sama-sama kita bina semula negara kita.