Jumaat, 2 Mac 2018

Isu Kapal Jho Low dirampas. Apa kisah sebenar?



Sebenarnya ia adalah suatu perkembangan positif. Biarlah proses perundangan dipercepatkan supaya terbukti kebenaran di pihak siapa. 

Kita hanya tahu serba sedikit menerusi laporan media terutama laporan Sarawak Report yang kita tahu sejak awal lagi seolah telah memberi gambaran bahawa DS Najib adalah dalangnya walhal saman DOJ tersebut tidak menamakan DS Najib dan  sehingga timbulnya isu kapal layar Jho Lo dirampas ini ianya bukti jelas bahawa semuanya masih dalam siasatan dan sehingga sekarang tiada keputusan mahkamah diputuskan berkaitan penglibatan individu-individu yang dinamakan dalam saman tersebut termasuk Jho Lo.
 
Pada Ogos 2017, pihak Red Granite sendiri mahu mempercepatkan proses undang-undang bagi membersihkan nama dan mempersoal tindakan DOJ menangguhkan tindakan sivil mereka.

"Red Granite Pictures Inc has joined other parties in questioning the move of the United States Department of Justice (DoJ) to put on hold civil forfeiture lawsuits against assets purchased with funds allegedly embezzled from 1MDB."

"In the event that a negotiated resolution is not imminent, however, Red Granite has a strong interest in clearing its name promptly," the company stated in a brief opposing the delay, according to the showbiz industry publication.

Isu yang sering dimainkan oleh media pro pembangkang seperti Sarawak Report, Malaysiakini dan Malaysian Insight khususnya ialah kapal layar mewah bernilai AS$260 juta milik Jho Low itu didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram. Biarlah DOJ siasat berasaskan kepada laporan Sarawak Report tersebut dan tunggu akan 'kebenaran' laporan Sarawak Report.

Bagaimanapun 1MDB sejak awal dan konsisten sehingga sekarang berulang kali menyatakan bahawa tiada wang 1MDB yang hilang. Oleh itu, jika satu hari nanti DOJ mahu memulangkan semula 'wang' tersebut sebagaimana yang sering dinyatakan oleh mereka , 1MDB tidak boleh menerimanya kerana tiada wang mereka yang hilang.

Hanya International Petroleum Investment Company (IPIC) syarikat milik kerajaan Abu Dhabi yang mendakwa bahawa wang mereka hilang. Maka sepatutnya ia adalah siasatan berkaitan IPIC, yang secara khususnya terarah kepada Khadem Al Qubaishi yang pada ketika itu merupakan Pengarah Urusan IPIC  yang turut memegang jawatan Pengerusi Aabar Investments dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Badaway Al Husseiny yang turut dinamakan dalam saman DOJ.
 
Lebih menarik 1MDB dan IPIC telah pun mencapai persetujuan penyelesaian dan 1MDB setakat ini telah pun melaksanakan obligasinya dalam memenuhi terma dan syarat perjanjian persetujuan tersebut.

Bertambah menarik sehingga sekarang pihak 1MDB mahupun presidennya, Arul Kanda tidak pernah dipanggil atau dihubungi DOJ untuk memberi sebarang kenyataan walhal tuduhan tersebut menyatakan bahawa 1MDB adalah mangsa yang telah kehilangan wang.

Apa yang perlu difahamkan DOJ bertindak kerana kononnya aktiviti jenayah tersebut berlaku di Amerika Syarikat, yang melibatkan wang AS , bank AS dan hartanah di AS.

Jadi, tiada ada yang pelik tentang perkembangan terbaru ini kerana sebelum ini dilaporkan sebahagian aset lain turut dirampas dalam tuntutan DOJ termasuk lukisan Picasso yang diberikan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio dan hak terhadap dua filem.

Pada Jun 2017 Mahathir sendiri berkata:

"..Jadi Amerika berhak bertindak. Ini jenayah di Amerika bukan jenayah di Malaysia."