Ahad, 8 April 2018

AMARAN KEPADA PENSABOTAJ BENDERA BARISAN NASIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN

KENYATAAN MEDIA
8 APRIL 2018

Kami mengikuti perkembangan semasa yang bertebaran di media sosial mengenai usaha sabotaj aset Barisan Nasional (BN) oleh individu tertentu mencabut dan mengoyakkan bendera.

Kami yakin individu-individu tersebut merupakan ahli parti Pembangkang yang menerima upah dari Pakatan Harapan untuk mensabotaj seberapa banyak aset BN.

Kelibat ahli Pembangkang yang di rakam perbuatan beliau yang mencabut bendera dan merosakan aset Barisan Nasional di Taman Tun Dr Ismail merupakan satu provokasi awal bagi mencetuskan huru hara di Negara.

Perkara ini tidak boleh dianggap mudah kerana ianya melibatkan maruah sesebuah larti.

Bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan ke tahap yang lebih membimbangkan, kami menggesa orang ramai yang melihat kejadian sabotaj ini segera melaporkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan tindakan tegas terhadap pelaku boleh diambil yang sengaja menimbulkan suasana tidak tenteram semasa tempoh ini.

Dalam masa yang sama, kami berharap seluruh jentera Pemuda BN Wilayah Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dengan pelbagai ancaman Parti Pembangkang yang sudah sekian lama menjadi amalan mereka, semasa menjelang Pilihanraya Umum 14 (PRU 14).

Pemuda BN lebih matang dan mahir dalam segala bidang bagi memastikan maruah parti terus terpelihara. Di sini kami memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak merosakkan dan mensabotaj aset BN. Pemuda BN tidak bertanggungjawab ke atas segala serang balas yang mungkin boleh terjadi sekiranya usaha sabotaj ini terlihat.

DATUK MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan