Ahad, 8 April 2018

‘Durian Runtuh’ Buat Penerima BR1M



Pengerusi BN, Najib Razak mengumumkan pemberian sekali ganda buat dua kategori penerima BR1M dan memperkenalkan dua kategori baru bagi bantuan berkenaan. 

Penerima BR1M bagi kategori isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah menerima RM800, berbanding RM400 yang diterima sebelum ini. Manakala pemberian isi rumah berpendapatan RM3,000 ke RM4,000 dinaikkan kepada RM600 berbanding RM300. Bayaran akan dilakukan sebanyak dua kali pada Jun dan Ogos. Individu bujang yang berpendapatan di bawah RM2,000 pula akan dinaikkan pemberiannya sebanyak RM160 menjadikan nilainya RM600.

Menerusi pengumuman manifesto itu juga, dua kategori BR1M diumumkan, pertama bagi mereka yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 akan menerima RM700, manakala bantuan 'one-off' RM1,500 diberikan kepada anak penerima BR1M yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPT.

Bagi tahun ini, RM6.8 bilion diperuntukkan bagi pemberian BR1M yang memberi manfaat kepada 7.2 juta rakyat Malaysia.

#manifestoBN #hebatkannegaraku #bnprorakyat