Ahad, 29 April 2018

Kartel Azmin ‘Confirm’ Terpilih Jadi Calon!



Bukanlah susah sangat nak menjadi calon PKR Selangor. Tips-nya mudah, hanya berbaik-baik dengan Azmin Ali, sokong dan puji hingga tinggi melangit apa yang MB Selangor itu buat, maka adalah peruntukan kerusi dalam pilihan raya. Untuk jangka masa panjang pula, kehidupan kartel Azmin pasti dijamin senang dan mewah, projek-projek negeri semua masuk ke kantung anak-beranak dan kroni.

Lihat sahaja senarai calon 'kartel Azmin' kali ini. Lebih 10 nama menguasai Parlimen dan DUN Selangor. Antara muka baru dalam senarai Azmin adalah Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang), Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat), Hilman Idham (Gombak Setia), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Juwairiyah Zulkifli (Bukit Melawati) dan Shaharuddin Badaruddin (Sri Setia). Manakala muka lama yang terus setia berdampingan dengan Azmin adalah Zuraidah Kamaruddin (Ampang), Hee Loy Sian (PJ Utara), Xavier Jayakumar (Kuala Langat), Amiruddin Shaari (Sungai Tua), Shuhaimi Shafiei (Sungai Kandis) dan Daroyah Alwi (Sementa).

Bijak Azmin atur strategi, kalau barisan kartelnya menang sudah pasti kedudukannya sebagai MB Selangor akan selamat lagi sekali. Mudahlah dia buat kerja kerana sokongan kuat. Tapi dia lupa, segala 'track record' dirinya dan barisan kartelnya akan didedah pada bila-bila masa sahaja kerana sering seleweng duit. Bak kata Chegubard, politik kotor Azmin akan didedah pada 5 Mei depan!

#PakatanProDAP