Khamis, 12 April 2018

MAHATHIR DAN DAP BAPA PERPECAHAN PKR


Oleh Tempoyak Pedas



Sewaktu pengumuman penggunaan SATU LOGO bagi mewakili parti-parti Pakatan Harapan (belum diluluskan) di Pasir Gudang, pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamed menyatakan bahawa pakatan akan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dan Gagasan Sejahtera (GS) pada PRU 14 nanti.

Beberapa hari kemudian, Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa parti KAFIR HARBI tersebut tetap akan menggunakan logo roket (DAP) di Sabah & Sarawak.

Ia sekaligus menongkah kenyataan Mahathir di Pasir Gudang dan bertentangan dengan mesyuarat pimpinan tertinggi Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Sadisnya tiada seorang pun di kalangan para pemimpin utama Pakatan Harapan yang menyanggah kenyataan Joseph Lim tersebut.

Senario ini telah melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi PKR yang teruja untuk menewaskan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera.

Kekecewaan akar umbi dan aktivis PKR dalam perkara ini tidak boleh diselindung lagi apabila ada di kalangan mereka yang mula beranggapan bahawa DAP memperalatkan PKR di Semenanjung bagi meraih undi kaum Melayu dan Cina.

Sementara di Sabah dan Sarawak pula, keputusan DAP mahu menggunakan logo roket dianggap sebagai usaha tersirat merendahkan dan memperkecilkan pengaruh PKR di sana.

"Pucuk pimpinan Pakatan Harapan yang terdiri dari kepemimpinan umat Islam dilihat gagal menjinakkan DAP berhubung isu penggunaan logo ini", jelas seorang jawatankuasa sebuah parti yang mentadbir Selangor.

Beliau yang juga aktivis reformasi dan Gerakan Aktivis Harapan (GAH) enggan namanya disiarkan, kesal dengan sikap ego para pemimpin DAP dan kecewa dengan kelemahan Mahathir mengawal dominasi parti KAFIR HARBI tersebut dalam Pakatan Harapan.

Selain dari itu, gerakerja PKR di Sarawak dan Sabah dilihat suram berikutan keputusan penggunaan logo DAP di kedua-dua buah negeri yang pernah diabaikan oleh Barisan Nasional sebelum ini.

Aktivis dan pimpinan PKR di Sabah dan Sarawak dilihat lebih selesa menjalankan aktiviti sesama sendiri berbanding dengan Parti DAP, terutamanya di bandar-bandar besar yang majoritinya pengundi tegar Cina DAP.

Mahathir dan Lim Kit Siang wajar dipersalahkan sekiranya perpecahan dalaman di kalangan ahli dan pimpinan PKR menjejaskan peluang Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera.