Sabtu, 28 April 2018

PENJELASAN PAKLANG HASBULLAH TENTANG BERTANDING BEBAS

Salam semua, berhubung isu hangat yg dipaparkan dlm akhbar Sinar Harian  pada hari ini yg menyatakan 3 Beradik  Gegar Parlimen  Larut  sempena  demam PRU yg ke 14 sekarang maka disini saya ingin zahirkan penjelasan saya mengenai perkara tersebut.

Saya selaku penyandang DUN Kubu Gajah, Parlimen Larut Perak ingin nyatakan bahawa sesungguhnya saya berpegang kuat kepada keputusan saya sepertimana yg dinyatakan semasa sidang akhbar saya pada Julai 2017 yg lalu di Dewan Kg Paya, Bt Kurau bahawa saya tidak ingin bertanding lagi dlm PRU yg ke 14 kerana ingin memberi peluang kepada muka baharu  disamping menghadapi sedikit masalah dalaman dengan pihak tertentu didalam kepimpinan Larut.

Keputusan saya itu telah pun saya maklumkan kepada YAB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi BN Negeri Perak selepas beberapa hari saya membuat sidang akhbar tersebut. Beliau menghormati keputusan yg saya buat. Namun begitu menjelang beberapa ketika sebelum parlimen dan DUN Perak dibubarkan tempuhari, saya telah dirayu oleh sebahagian besar pengundi DUN Kubu Gajah dan penyokong saya agar bertanding semula mewakili BN pada PRU kali ini dan sekiranya tidak dicalunkan mereka mahukan saya bertanding juga atas sebarang parti selain parti BN kerana inginkan khidmat saya sebagai ADUN dapat diteruskan.

Apabila saya enggan atau lewat memberi keputusan maka mereka rayu supaya saya bertanding atas tiket Bebas.Ini adalah kerana untuk saya menjaga hati dan perasaan pengundi yg datang dari pelbagai parti politik di mana saya mampu mengwujudkan hubungan dan kemesraan yg baik bersama mereka selama ini.

Rayuan dan desakkan agar saya bertanding atas tiket Bebas semakin hari semakin kuat dan mereka yakin saya mampu bersaing  dengan lain- lain calun dari parti - parti yg bersaing. Oleh kerana amat sukar membuat keputusan disamping masih sayangkan parti UMNO yg saya sertai sejak 34 tahun lalu, maka menjadi amat serba salah buat saya sehinggalah saya dihubungi oleh Dato Hamidah Osman  dan adiknya Hamizura untuk dibawa berbincang. Mereka menghubungi saya setelah mendengar khabar angin kononnya saya akan bertanding atas tiket Bebas walhal saya tidak pernah menyatakan secara rasmi hasrat tersebut.

Setelah itu saya dan abang saya Datuk Najmuddin telah berbincang dengan baik dengan mereka 2 beradik dan akhirnya penyelesaian yg diperolehi adalah kami tidak sama sekali akan bertanding atas tiket Bebas dan juga mewakili mana- mana parti.Setinggi penghargaan buat Dato Hamidah dan adiknya itu yang sudi mendengar dilema yg kami alami.

Pendek kata mereka berdualah yg 'bersama' dengan kami disaat kemelut yg berlaku. Oleh yg demikian , maka dengan perasaan rendah diri dan sejujurnya saya  ingin memohon jutaan kemaafan kepada seluruh penyokong saya kerana tidak mampu memenuhi kehendak dan harapan mereka.Ingatlah apa yg berlaku adalah kehendak Ilahi. Perancangannya adalah lebih baik dari kita.

Terimakasih atas sokongan   yg mereka berikan kepada saya. Sekian penjelasan dari saya.