Ahad, 8 April 2018

RM 1 Bilion Untuk Dana Pembangunan Halal



PM Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM 1 bilion menerusi Dana Pembangunan Halal yang bertujuan menjadikan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Kata Najib, peruntukan itu dapat dimanfaatkan oleh usahawan bumiputera dalam memastikan golongan ini terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara, sekaligus memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia. 

Selain itu, kerajaan juga berikrar membantu usahawan kecil dan sederhana (IKS) kaum Cina dan menangani kemiskinan bandar melalui pembangunan pusat niaga usahawan kecil, pusat niaga trak makanan dan pertanian bandar. Lebih banyak UTC dan RTC akan dibina bagi memudahkan urusan rakyat dan usahawan kecil. 

Yang nyata, kerajaan bukan sekadar memberi bantuan 'one off' semata, tapi membuka peluang ekonomi untuk rakyat bagi mereka menaikkan taraf ekonomi masing-masing sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.  

#manifestoBN 
#hebatkannegaraku
 #bnprorakyat