Sabtu, 5 Mei 2018

KENAPA AKU TAK SOKONG PKR?

#SuaraMerdeka - Kebebasan . Persamaan . Keadilan

KENAPA AKU TAK MAHU SOKONG DAN UNDI PKR?
Oleh: Mohd Faisal Robhan

Siri 1

Berlaku satu perbahasan panjang lebar di dalam keluarga saya. Ada seorang saudara terdekat bertanya: "Aku pun hairan dengan kau ni Faisal. Kau bukan kerja dengan kerajaan. Kau bukan pegang jawatan besar2 dalam Umno (saya hanya ahli biasa). Kau bukan kontraktor yang dapat projek2 besar dari kerajaan (saya tidak pernah ada urusan perniagaan dengan kerajaan walau sesen pun dan tidak ada sebarang lesen atau syarikat yang berdaftar dengan kerajaan). Engkau kerja sendiri. Siapa perintah pun kau tetap sama. Aku lihat kau ni berlebih-lebih sangat pertahankan Umno dan BN. Lebih dari orang-orang Umno yang ada jawatan dan yang ada perniagaan dengan kerajaan. Apa sebabnya?"

Saya jawab soalan yang pertama dulu; 

Parti yang berlawan dengan BN adalah parti yang masih diketuai Anwar Ibrahim dan keluarganya. Walau Mahathir cuba ambil alih untuk kepentingan politik beliau namun prinsip saya ialah kita tidak boleh dan haram menerima Anwar sebagai ketua atau ulilamri kerana kegiatan homoseksual beliau. Mahathir dah buat silap besar. Gila ke nak suruh aku sokong puak-puak yang menyokong kegiatan begitu? Kau bagilah alasan apa sekalipun, dia dah insaf, dia dah taubat atau sebagainya ker, tapi Nabi dah kata Baginda tidak mengaku umat terhadap orang yang mengamalkan seks songsang dan sejenis. Aku lihat jantan berpimpin tangan dengan jantan pun bulu tengkuk aku dah meremang berdiri. Lihat jantan berciuman dengan jantan walaupun hanya gambar pun aku dah loya dan boleh muntah. Jadi macamana aku nak terima jantan yang melakukan hubungan sejenis dengan jantan? Ish rosak.

Sejarah telah ada. Lihat apa yang menimpa kaum Nabi Luth. Terbalik dan tenggelam sebuah negara gara-gara kegiatan homoseks. Jadi laut mati. Sesungguhnya Allah SWT dan Nabi sangat marah dengan kegiatan sebegitu. Perkara tersebut ada dinyatakan di dalam Al-Quran. Kita manusia yang waras tiada otakkah untuk berfikir hingga nak angkat manusia begitu menjadi pemimpin negara? Binatang pun benci dan tolak kegiatan homoseks. Laut Mati di Jordan sekarang adalah tempat yang Allah tenggelam dan ranapkan puak yang engkar mengamalkan homoseks, ikan pun tidak mahu hidup di laut itu sampai hari ini. Walaupun dah beribu tahun, ikan tetap tidak mahu hidup di Laut Mati, itu fakta.

Saya pun tidak boleh menerima jika seseorang itu pernah berzina dengan perempuan untuk menjadi pemimpin. Jija dia masih mahu memimpin boleh dengan  syarat dia telah benar-benar insaf dan kembali ke jalan Allah. Sebabnya Allah telah menjadikan manusia berpasang-pasangan. Lelaki dijadikan untuk wanita dan lelaki perlu melindungi kaum wanita tersebut bukan menganiayai mereka. Wanita pula dijadikan untuk berpasangan dengan lelaki. Allah telah jadikan sesuatu dengan molek. Sebagai Yang Maha Pencipta, Allah tahu segalanya. Allah tahu bagaimana sifat dan perangai lelaki. Allah tahu apa kemahuan dan kelemahan lelaki, begitu juga wanita. Kita sendiri boleh tahu apa kemahuan anak kita, apa kemahuan isteri atau suami kita. Apatah lagi Allah yg menciptakan kita ini. Sudah tentu Allah SWT lebih tahu segalanya. Sebab itu Allah izinkan lelaki bernikah sampai empat jika mampu. Kerana yer? Kerana Allah tidak mahu lelaki berzina. Allah tidak mahu lelaki berpasangan dengan lelaki. Begitulah kasih sayang Allah dan Nabi kepada umatnya kerana tidak mahu hamba dan umat Mugammad SAW melakukan dosa. Sebab itu saya kata aturannya Allah dah pun buat molek. Yang nak lawan perintah Allah dan pergi berpasang-pasangan dengan lelaki apa jadahnya? Sedangkan kita ada banyak pilihan lain yang dihalalkan. 

Allah mengharamkan umat manusia melakukan seks melalui dubur walaupun suami isteri. Kerana dubur itu adalah lubang najis dan sebahagian dari sistem yang penting dalam tubuh manusia. Allah yang menjadikan manusia. Allah tahulah bagaimana sistem tubuh manusia berfungsi. Dubur berkait dengan usus tempat pembuangan makanan yang telah dicerna. Makanan yg dicerna perlu dibuang. Ia menganduni kekotoran dan toksid. Jika tidak dibuang najis itu boleh mendatangkan mudarat kepada sistem tubuh badan manusia. Kuman boleh menguasai tubuh dan manusia boleh mati. Allah jadikan lubang dubur itu kecil dan sempit. Ada pelbagai urat dan saraf yang berfungsi di situ. Walau sempit, alirannya telah dicipta untuk laluan keluar najis dari makanan yang telah dicerna walaupun besar. Tetapi lubang dubur yang boleh menerima terjahan masuk yang bertubi-tubi. Setakat buih air sabun itu bolehlah. Apabila benda yang keras dan besar masuk melawan arus boleh merosakkan pelbagai sistem yang Allah telah cipta. Jalan raya pun kalau kita menyongsang arus atau masuk no entry pun boleh berlaku kemalangan. Setakat basikal atau jalan kaki bolehlah. Apakan pula lubang dubur yang sesempit itu. 

Begitu juga dengan rahim wanita yang bisa melahirkan anak. Rahim itu telah dicipta aliran keluar hingga boleh mengeluarkan bayi seberat 3.5 kg. Tetapi bayi walaupun yang beratnya 1.0 kg tidak boleh ditolak masuk ke dalam rahim wanita. Keluar boleh. Masuk tidak boleh. Nanti rosak dan jahanam segala sistem dalam badan. Allah dah buat elok, yang nak songsang lagi kenapa? Allah buat elok itu utk siapa puls? Untuk kitalah bukan? Istimewanya kita jadi manusia.

Jadi kenapa kita hendak pilih pemimpin yang songsang nafsu dan sempit akalnya sedangkan kita ada bsnyak pilihan yang jauh lebih baik, tidak songsang walaupun mungkin yang tidak songsang itu ada sedikit sebanyak masalah. Bayi yang songsang jika hendak dilahirkan, dia perlu dibuat pembedahan. Kalau kita nak bersalin secara biasa pun boleh. Tandatangan borang risiko sendiri. Lepas lahir, tangan rosak, kaki rosak, leher rosak, saraf rosak, otak rosak dan mungkin cacat seumur hidup. Saya dah jumpa satu kes. Sekarang dah hampir 20 tahun masih lagi hidup di atas kerusi roda. Mak bapa tanggung beban seumur hidup. Kalau dulu mak bapa dia dengar nasihat doktor dan buat pembedahan walaupun lambat dan ada sedikit risiko pembedahan, hari ini dia tidak perlu tanggung beban seumur hidup itu. Oleh itu kalau kita masih nak pilih parti atau pemimpin yang memang songsang, tidak ada masalah. Pangkah sajalah! Tetapi kalau datang risiko kemudian hari nanti tanggunglah sahaja. Tanggunglah risiko seumur hidup kerana rakyat bebas melakukan LGBT.

Ikan yang dari spesis binatang pun boleh berfikir, kenapa kita manusia tidak boleh berfikir? Ikan tidak boleh terima kegiatan songsang homoseks. Ikan tidak mahu hidup di Laut Mati. Kita manusia pula hendak terima pengamal homoseks jadi pemimpin di sebuah negara islam? Adoi, sudah hilang akal agaknya orang kita? Jangan buat yang pelik-pelik; nanti semua kita akan tenggelam menjadi Laut Cina Selatan pula.. 

(Bersambung)