Isnin, 25 Jun 2018

Guan Eng pertahankan tulisan cina

Dalam kenyataan di laman Facebook Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempertahankan keputusannya mengeluarkan siaran media dalam tulisan Cina atas semangat Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan yang mana tiada seorang pun yang boleh melarang/menghalang penggunaan bahasa lain.

Tetapi Guan Eng terlupa bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152(1)(a) kenyataan penuhnya adalah;

"Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain".

"Maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud dalam urusan Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Teringat kata-kata LGE sewaktu diumumkan menjawat jawatan Menteri Kewangan, 

"Saya minta maaf, saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Cina. Saya orang Malaysia," 

Maka bersorak dan bertepuk tanganlah semua Melayu-Melayu tertipu dengan penuh rasa bangga.

Tak apa, dia berhenti bercakap bila azan..

#MalaysiaBaru
#MelayuBarai