Khamis, 11 April 2019

Rome statute

Saya ingin membuat klarifikasi kandungan terhadap laporan berita malaysiakini ini


Wartawan malaysiakini turut hadir dalam majlis malam tadi yang saya laporkan secara go live di pautan ini 


Ucapan utama saya sehingga minit ke 37 sahaja. Selepas itu adalah sesi ucapan Dato Lokman Noor Adam dan Dato Zaharin Mohd Yasin dan sesi soal jawab.

Jawapan saya yg di laporkan Malaysiakini berkaitan Harakiri ini adalah jawapan saya di sesi soaljawab.

Dalam tempoh 30 minit yang di peruntukkan moderator, saya menjawab 3 soalan yang saya cipta untuk menjelaskan beberapa isu berkaitan Ratifikasi Statut Rome ini.

1. Mengapa TMJ murka?

Jawapan saya, Baginda TMJ murka kepada Peguam Negara Tommy Thomas yang telah bercakap bohong kpd ayahanda Baginda DYMM Sultan Johor sekitar bulan Febuari 2019 yg memaklumkan Kerajaan tidak akan meratifikasi Statut Rome sedangkan tiba-tiba pada 4 Mac 2019, Kerajaan mengumumkan telah meratifikasi Statut Rome berkenaan.

Di sebabkan pembohongan inilah, DYMM Sultan Johor ketika bertitah sempena Hari Keputeraan Baginda pada 23 Mac 2019 telah menempelak mereka yang menandatangani Statut Rome ini sebagai pengkhianat kerana telah melakukan sesuatu yang tidak berpelembagaan apabila gagal mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Jadi TMJ hanya mencetuskan kembali kemurkaan Baginda Ayahanda baginda yang murka akibat di tipu oleh Tommy Thomas Peguam Negara.

Dan ketika itulah, Baginda menitahkan 4 orang Profesor Undang-Undang yang berkepakaran dalam bidang undang-undang Antarabangsa dan Perlembagaan untuk menyediakan satu kajian akademik berkaitan Statut Rome ini untuk di persembahkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

Dalam sesi pembentangan kepada Raja-Raja Melayu (tanpa kehadiran Sultan Kedah dan Sultan Kelantan) Baginda-Baginda Duli Tuanku turut mendengar pembentangan daripada Tommy Thomas dan Prof Shad Faruqi berkaitan statut Rome ini.

Ini bermaksud Baginda mendengar pandangan akademik daripada kedua-dua pihak   samada pihak yang menyokong atau membantah Statut Rome.

Selepas mendengar pembentangan, barulah Baginda-Baginda Raja-Raja Melayu membuat keputusan Menolak Ratifikasi Statut Rome (kecuali YangDiPertuan Besar N9)

2. Apa alasan penarikan balik SR yang tidak di nyatakan oleh Tun M ketika sidang media?

Jawapan : Tun M dalam keadaan penuh emosi telah menyatakan bahawa penarikan balik ini di buat kerana wujudnya kekeliruan di kalangan masyarakat yang di cetuskan seseorang yang mahu memukul orang sesuka hati.

Ini bukanlah alasan sebenar penarikan balik Statut Rome. Alasan sebenar yang tidak di nyatakan oleh Tun M adalah Kerajaan telah melakukan sesuatu yang melanggar Perlembagaan Persekutuan apabila meratifikasi Statut Rome ini tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu seperti yang di peruntukkan dalam perkara 38(4) Perlembagaan. 

Jadi penolakan Majlis Raja-Raja terhadap ratifikasi Statut Rome adalah semata-mata tindakan Perlembagaan yang di lakukan oleh MRR dan Tun M terpaksa akur dengan kesilapan Kabinet yang telah di buktikan melanggar Perlembagaan atas nasihat yang salah oleh Peguam Negara Tommy Thomas.

Tun M mengalihkan isu sebenar ini dengan penuh emosi menghentam TMJ dalam sidang media berkenaan dan ini tidak sepatutnya di lakukan oleh seorang PM yang seharusnya berpengalaman spt Tun M yang mengetahui bahawa tidak sihat untuk pihak Eksekutif di lihat berkonfrontasi dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

3. Apa yang kerajaan PH harus lakukan sebelum 1 Jun 2019?

Jawapan : Statut Rome di raktifikasi Malaysia pada 4 Mac 2019 dan tarikh berkuatkuasa Statut Rome ke atas Malaysia adalah pada 1 Jun 2019.

Dalam tempoh 2 bulan ini, Kerajaan PH harus membuat 2 pindaan Perlembagaan :-

i) Meminda Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Raja-Raja Melayu di dakwa atas kapsiti Perlembagaan Baginda (sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera) untuk di dakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

ii) Pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan untuk mengiktiraf ICC bagi membicarakan warganegara Malaysia selain daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Pindaan no (i) di atas lah yang menjadi asas Majlis Raja-Raja berpegang kepada Perkara 48(4) Perlembagaan kerana ia akan menyebabkan Perlembagaan di pinda melibatkan kedudukan, kemuliaan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu.

Untuk ucapan penuh saya berkaitan 3 soalan si atas, sila dengar sendiri rakaman ucapan saya sehingga minit ke 37 rakaman ini.