Rabu, 10 April 2019

USUL KERAJAAN DI TEWASKAN MUAFAKAT PEMBANGKANG DI PARLIMEN;



1.Sejarah tercipta di Parlimen Malaysia pada jam 10.25 mlm ini

2.Usul kerajaan utk meminda PERLEMBAGAAN NEGARA berjaya di patahkan oleh Muafakat Pembangkang apabila usul meminda perlembagaan oleh PM gagal mendapat 148 undi spt yg di perlukan 

3.Gabungan Party Party Swak,PAS dan BN telah ambil pendirian TIDAK MENGUNDI/berkecuali

4.Penolakan ini adalah atas dasar PINDAAN PERLEMBAGAAN YG CUBA DI BAWA TIDAK MENEPATI HASRAT RAKYAT SABAH DAN SWAK YG MAHUKAN SEMANGAT PERJANJIAN MSIA 1963(MA 63)DI LAKSANAKAN,tetapi sebaliknya kjaan hanya cadang meminda Perkara 2(1),yang dianggap TIDAK MEMADAI,BERSIFAT "KOSMETIK",DAN MEMBELAKANGI HASRAT SEBENAR RAKYAT SABAH DAN SERAWAK

5.Terdahulu sebelum undian secara belah bahagi,semasa menggulung perbahasan,pihak kerajaan TELAH MENOLAK SEMUA CADANGAN PIHAK PEMBANGKANG SUPAYA PINDAAN PERLEMBAGAAN DI BUAT SECARA LEBIH CERMAT,TERATUR DAN MENYELURUH DGN MEMASUKKAN SEGALA ASPEK SELARI DGMN MA63,yg antara lain;
1)Merujuk terlebih dahulu kpd jk terpilih/special select committee Parliament 
2)Memperbincangkan terlebih dahulu di Dewan Negeri Sabah dan Swak
3)Memasukkan dgn jelas perkataan "BERDASARKAN SEMANGAT PERJANJIAN MSIA 1963"

6)Kerajaan menolak ketiga tiga cadangan Pembangkang menyebabkan pembangkang sepakat utk BERKECUALI,dan menyebabkan USUL KERAJAAN TERTEWAS

7)Sikap kerajaan yg enggan MENUNAIKAN JANJI DLM MANIFESTO MEREKA SECARA TOTAL dlm isu MA63,telah mengakibatkan mereka di tewaskan pembangkang di Parlimen 

8)INILAH "KUASA RAKYAT"yg telah membuktikan SEMAK DAN IMBANG berjaya di laksana dgn berkesan DEMI MARUAH DAN SUARA RAKYAT.Kjaan tidak boleh di biar berdolak dalik dgn janji dan manifesto mereka.

9)Muktakhir ini,kerajaan PH banyak mengabui mata rakyat dgn melancarkan PERANG PERSEPSI,dgn cara mereka-reka alasan utk meletakkan kegagalan mereka menunai janji dgn menyalahkan BN.Kali ini mereka terperangkap dgn taktik mereka sendiri

10)Selepas ICERD dan STATUT ROME,kegagalan meminda perlembagaan SECARA KOSMETIK,adalah kegagalan ketiga PH apabila suara rakyat berjaya di pertahan menerusi MUAFAKAT PEMBANGKANG

Kalau di negara maju,peristiwa spt ini sudah pasti membawa kpd PERLETAKAN JAWATAN ATAU PEMBUBARAN PARLIMEN.Tapi kita tahu Kerajaan PH akan cuba bertahan dgn menggunakan kuasa menindas,menekan dan memfitnah pihak yg tidak menyokong mereka
NAMUN KUASA RAKYAT DAN TAKDIR ILAHI TERNYATA LEBIH BESAR...

Tan Sri Annuar Musa
Ahli Parlimen KETEREH