Rabu, 3 April 2019

TOLAK MENTERI PONDAN YANG JAHAT



Roslan SMS

"Kamu ni macam pondan" bukan bermaksud fizikal kamu pondan tetapi perangai kamu sudah tersisih atau gugur kejantanannya. "Macam pondan" bermaksud seseorang yang bacul atau penakut.

Di Dewan Rakyat semalam rakyat dapat tonton betapa bukti yang cuba dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa YB Marzuk Shaary ditolak mentah-mentah oleh Menteri Kewangan Lim Gian Eng atas alasan boleh beri kepadanya secara bertulis kemudian.

YB Marzuk cuba mendedahkan bahawa memang sudah ada tender kerja-kerja kecil yang dahulunya terhad penyertaannya buat kontraktor Bumiputera hari ini bawah PH ditawarkan secara TERBUKA.

TERBUKA bermakna tiada lagi keistimewaan Bumiputera sahaja tetapi yang bukan Bumi juga boleh ambil bahagian. Bermakna mengurangkan peluang usahawan Bumiputera.

Untuk mengukuhkan hujahnya YB Marzuk mahu membacakan beberapa bukti tetapi ditolak Guan Eng. Ternyata Guan Eng sedar dia terperangkap kerana itu mati-mati enggan membenarkan Marzuk.

Konon kata Guan Eng TERBUKA itu bermaksud tiada "direct award". Menteri terang-terang berbohong, nama pun tender memanglah bukan tawaran langsung. Tetapi TERBUKA di sini makna "free for all" semua boleh masuk.

Lalu keluarlah perkataan "Macam pondan" pada Menteri yang ternyata pun ketika itu begitu malah penipu besar kerana tidak mahu menerima kenyataan.

Dewan Rakyat adalah dewan yang membahas dan membicarakan suara dan keluhan rakyat. Ianya institusi atau forum demokrasi tertinggi. Mengapa perkara penting tidak boleh didedahkan kepada dewan tetapi perlu sorok-sorok hantar ke Menteri.

Kesudahannya YB Marzuk dihalau keluar Dewan.

Jangan pondankan demokrasi. Jangan pondankan hak dan kepentingan rakyat khususnya kaum Bumiputera yang majoriti. Jangan sokong Menteri yang pondan.

Rakyat bersama ahli Pengkalan Chepa. Rakyat bosan dan benci pada Menteri yang pondan.

* untuk rekod semasa PAS dalam kerajaan Negeri Selangor dulupun telah ada usaha dari DAP untuk membuka buat umum kerja-kerja yang dikhaskan untuk kontraktor kecil Bumiputera. Tetapi ditentang wakil dan pimpinan PAS.

=======

Mohon Sebarkan, biar rakyat tahu